SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Mempunyai 99.9% antibacteria

Assalamualaikum w.b.t

Ini Masa Untuk Berperang ! Yeahh dah sampai senjata perang Serai Wangi SWiPEL | Jujur cakaplah bab lipas ini Mamayanie surrender, bukan apa geli sangat. Tapi selagi tak nampak lipas tu mati, tak keruan tau. Lagi satu Mamayanie juga pantang nampak lalat dan serangga lain, haih geram je tengok. Bila ada serangga dekat rumah terasa tak selamat, yelah ianya bukan sahaja menganggu malah ianya membawa kuman yang kita tak nampak. Sejak jadi #mamapower, ada lah keberanian sikit nak melawan tapi perlu ada bantuan jugak lah hihi. Nasib baik lah ada Serai Wangi SWiPEL.

SWiPEL Membantu Menghalau Serangga

Apa itu SWiPEL? Ok dulu namanya dikenali sebagai Serai Wangi Afy Haniff. Sekarang dah diberi nafas baru tau, lebih senang sebut & senang ingat iaitu SWiPEL tapi masih dengan kualiti produk yang terbaik serta efektif. Bukan sahaja SWiPEL membantu menghalau Serangga malah ianya mempunyai kelebihan membunuh kuman 99.9% antibacteria. SWiPEL ini mengandungi pati Serai Wangi yang merupakan bahan aktif citronellol berfungsi menghalau serangga secara semulajadi dan ianya mengandungi agen pembuihan yang bertindak untuk membersih.

Berasaskan Serai Wangi

Mesti korang tau kan, bila sebut jew serai wangi tau dah fungsi dia. Mamayanie kalau bab nak halau serangga ni, memang cari serai wangi SWiPEL jew. Bukan sahaja berkesan untuk menghalau serangga malah ianya tiada bahan yang merbahayakan dan baunya wangi jew. Terasa seperti dalam spa tau selepas spray dengan serai wangi.

SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran

Kelebihan Produk SWIPEL

  • Penggunaan 2 dalam 1 iaitu menghalau dan membersih
  • Mampu menghalau serangga dengan penggunaan yang konsisten
  • Bau segar, anti kulat & anti bakteria, antiseptik, aromaterapi, menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Terdapat dalam botol saiz kecil dan lebih mudah dikendalikan
  • Selamat digunakan pada perabot, dapur, fabrik, tilam, kereta, tumbuhan & haiwan
  • Mengandungi pati serai wangi yang bertindak menghalau serangga secara semulajadi
  • Bebas DEET (N,N-Diethyl-meta-toluamide) yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar
See also  Separuh Hartaku Hilang
SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran
SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran

Cara Pengendalian Dan Langkah Keselamatan

  • Simpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak
  • Kegunaan luaran sahaja, tidak boleh diminum
  • Bilas tangan dengan air bersih selepas menggunakan
  • Jika tertelan, segera kumur dan minum banyak air masak serta dapatkan nasihat doktor. Bawa bersama label produk
  • Jika terkena mata, basuh dengan air mengalir selama beberapa minit
  • Guna sarung tangan untuk mengendalikan jika kulit sensitif

Rangkaian Produk SWiPEL

Ia juga telah mengeluarkan kepelbagaian rangkaian produk yang juga berasaskan serai wangi. Produk Serai Wangi SWiPEL ini dari Afy Haniff amat berkesan halau serangga semut, lipas, cicak, tikus dan sebagainya. Antara rangkaian produknya adalah:

  • SWiPEL Anti-Lipas

Ini antara produk yang Mamayanie cukup suka. SWiPEL Anti-Lipas ini berbentuk kiub yang digunakan untuk menghalau lipas dikawasan-kawasan atau ruang tertutup. Korang hanya perlu letakkan kiub Anti-Lipas ini diruang atau kabinet yang tertutup. Antara ruang wajib Mamayanie letak dekat bawah sinki yang tertutup, kerana kebiasaan disitu lipas akan membiak. Tapi alhamdulillah selepas Mamayanie letak kiub ini, tiada lagi kelibat lipas tau. Lega sangat, kalau tak jenuh lah berbulan agaknya Mamayanie tak akan buka kabinet tu haha

  • SWiPEL Anti-Tikus

Dulu kebiasaan kita akan letak ubat macam gegat tu untuk halau lipas atau tikus kan, dengan bau bahan kimia dia. Tapi sekarang tak perlu risau sebab SWiPEL ini berasaskan herba yang sangat wangi dan tidak merbahayakan dari segi bauan. Boleh diletakan satu rumah tau, lagi-lagi dalam almari cadar semua. Sebab ianya tak akan bau busuk kan cadar atau toto korang.

SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran
  • SWiPEL Lilin Serai dan Pandan

Kebiasaan korang halau lalat macam mana? ha kali ini tak perlu nak pening pikir tau. SWiPEL ada jalan penyelesaiannya, gunakan sahaja lilin Serai dan Pandan ini. Caranya korang hanya nyalakan sahaja lilin yang disediakan. Terdapat 2 jenis bauan iaiatu serai (merah) dan pandan (hijau), boleh pilih samada nak bau serai atau pandan.

See also  2K19: New Chapter New Life
SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran
  • SWiPEL Hangging Serai Wangi 

SWiPEL hangging ini macam perfume kereta tu, tetapi ianya juga berfungsi untuk meghalau nyamuk dan serangga yang lain. Boleh diletakkan dalam kereta atau gantung dirumah.

SWiPEL Membantu Menghalau Serangga dan Membersih Kotoran

Mamayanie dah guna lama jugak dari sebelum dia tukar nama jenama tau, memang sangat berkesan. Bukan sahaja bau dia wangi malah selamat kerana kandungan berasaskan serai dan bahan semulajadi. Korang boleh dapatkan di pasaraya besar seperti Tesco, Mydin atau boleh buat pembelian secara online. Nak dapatkan lebih info cara pembelian korang boleh layari website dibawah.

Untuk maklumat lanjut:

Website: http://afyhaniff.com

Facebook: https://www.facebook.com/AFYconsumer/

Instagram: https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/

YouTube: AFY HANIFF

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

24 Comments

  1. Bagus all in one semua. Kita geram semut banyak kat rumah ni. Nanti nak cari Swipel. Sambil bersihkan tu ada antibacterial kan. So tak la risau anak-anak keracunan. Betul tak?

  2. Wah Swipel ni pun dah keluarkan macam-macam produk ye.. Yang bestnya bau serai dia.. skrg memang guna sabun lantai yang berbau serai.. suka sangat tak tahu kenapa.. so boleh la try produk ni nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*