Assalammualaikum w.b.t
Ramadhan Bersama FAMR dan Anak-anak Yatim | Dalam bulan yang mulia ini indah sangat bila dapat bersama dalam menjayakan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang telah dianjurkan oleh FAMR. Inilah event pertama yang Mrsyanie hadirkan diri sepanjang berlangsungnya bulan Ramadhan kali ini. Yelah kena berbuka dulu dengan keluarga dan sekarang baru berkesempatan untuk turut serta dalam mana-mana event dalam bulan puasa ni. Majlis Iftar Ramadhan ini diadakan di Impian Golf & Country Resort Kajang, nasib baik ada waze senang Mrsyanie sampai tau walaupun ada lah 2 kali salah lorong hiihi.
Majlis Iftar Ramadhan FAMR & Usahawan IKS Bersama Anak-anak Yatim
Sempana hari Nuzul Al-Quran semalam, satu majlis iftar yang dianjurkan oleh FAMR bersama usahawan IKS dalam meraikan anak-anak yatim Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dan anak-anak Tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahman Ar-Rahim (PERKAP) Pahang. Ketibaan anak-anak kecil ini disambut oleh clown khas menghiburkan mereka. Kemudian majlis dimulakan dengan persembahan Qasidah dan Zikir dari anak-anak Tahfiz PERKAP yang sangat indah dan sejuk hati mendengarnya.
Sementara menunggu waktu berbuka sempat Mrsyanie dan rakan blogger beramah mesra dengan anak-anak yang turut serta. Comel sangat diorang dan umur diorang antara umur 3 tahun keatas (rasa nak ajak balik je rumah Mrsyanie tau, leh jadi anak angkat Mrsyanie dan Mrlaling) hihi.. Telatah diorang buatkan rasa sejuk hati dan tak rasa kelaparan berpuasa tau.
Bila masuk waktu berbuka, meriah tengok anak-anak kecil ni berbuka dengan penuh girang. Pelbagai juadah yang disediakan di Impian Golf & Country Resort. Dari menu tradisional hingga lah pelbagai menu lain seperti barat. Sempat jugak lah Mrsyanie ambil gambar menu yang terdpaat disini, nama pun blogger makanan (food) tak sah kalu tiada sesi photoshoot sajian yang disediakan.
Paling menarik sambil berbuka turut disajikan dengan persembahan dari penyanyi bersama anak Tahfiz. Selepas solat Magrib, Isyak dan solat sunat Terawih yang di Imamkan oleh Iman yang terlantik, majlis bermula dengan ucapan dari Pengarah Latihan PPIM, Dr. Izham Bin Nayan dan Pengasas FAMR.
Akhir penyampaian sumbangan tajaan dari usahawan IKS iaitu Puan Nor Haslina dari Media Foundry (Super Quad animasi) yang disampaikan oleh Dato’ Siti Zaleha Binti Abd Ghani selaku pengasas FAMR kepada anak-anak kecil dan wakil setiap pusat kebajikan.
Farid & Alice Marketing Resources (FAMR)
Mungkin korang masih tak tahu apa itu FAMR? Mrsyanie nak kongsikan sedikit maklumat mengenai FAMR. Ianya adalah singkatan daripada Farid & Alice Marketing Resources dengan slogan yang diterapkan adalah Halal4Us. FAMR telah diasakan oleh Dato’ Siti Zaleha Binti Abd Ghani juga merupakan seorang usahawan yang bercita-cita untuk menaikkan tarafkan dan memperkenalkan produk IKS Halal ke seluruh negeri khususnya. FAMR merupakan satu organisasi yang menjadi medium atau platform kepada usahawan IKS terutamanya bumiputra dalam memperbaiki kemahiran perniagaan, pengurusan, teknologi ICT, R&D, pembangunan produk dan pendedahan tentang pemasaran yang menyeluruh. Mereka juga merupakan peneraju produk halah yang pertama di Malaysia, dimana mereka bertanggungjawab dalam membawa produk halal khususnya produk IKS secara menyeluruh dalam pasaran.
Wah bestnya bermain dengan anak-anak ni. Semoga mereka sentiasa di bawah lindunganNya. Amiin.
Fuyooo. Ada badut lagi. Seronok melihat mereka tersenyum gembira. Semoga sentiasa dilindungi dan disayangi.