Assalammualaikum w.b.t
Genap 2 Minggu Abah Pergi Buat Selamanya | Hari khamis adalah hari penuh bermakna buat Mrsyanie dan keluarga. Hrai khamis jugak hari terakhir kami dapat bercakap, memandang dan mengengam tangan Abah Mrsyanie. Dan hari ini pula hari bersejarah dalam hidup adik Mrsyanie yang bongsu untuk menerima keputusan SPM yang menjadi penentu sambung belajar buatnya.

Semakan Result SPM 2016 Khamis ini
Perasaan Mrsyanie rasa sangat sebak, apatahlagi perasaan adik Mrsyanie yang bakal ambil keputusan sedikit masa lagi. Selalu paling mengembirakan adalah Abah Mrsyanie dan dia yang akan bersungguh menemani kami untuk sebarang acara penting. Abah tak pernah tertinggal untuk turut serta anak-anak mengambil keputusan. Apa-apa pun Mrsyanie tetap berdoa Abah akan tenang disana dan dilindungi oleh Allah SWT.
Mrsyanie pulak rasa tak sabar nak teman adik dan Mak untuk ambil keputusan, semoga adik Mrsyanei dapat keputusan yang sangat cemerlang dan berjaya. Mrsyanie kongsikan bersama cara-cara menyemak keputusan sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah dimana mereka belajar.
Semakan Keputusan SPM 2016
Terdapat 2 cara untuk semakan iaitu secar online dan secara SMS.
Semakan Online SPM 2016
Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi iaitu Semakan Result SPM 2016 Khamis ini (hari ini).
Cara semakan secara online:
- Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia.
- Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan.
- Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN ( SEMAKAN ONLINE ).
Semakan SMS SPM 2016
Cara kedua adalah melalui cara semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS). Ia adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:
- Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
- Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888
**sumber
Semoga adik-adik mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Semoga Berjaya!
Leave a Reply