Ayam Bismi ‘closely organik’ -Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Assalamualaikum w.b.t

Mood Masak ON | Lama Mamayanie tak kongsikan resipi kan, yelah masak pun jenis yang simple je kan. Tapi kali ini Mamayanie nak kongsikan resipi simple tapi memang sedap bertambah selesa. Tak perlu menu yang banyak, menu satu ini makan dengan nasi je pun dah boleh buat korang bertambah nasi nya. Yang istimewa kali ini, Mamayanie gunakan ayam ”closely organik” tau, dari jenama Ayam Bismi yang diyakini HALAL dan tidak disuntik hormon.

Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu
Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Wah kali ini Mamayanie masak menggunakan ayam yang hampir organik. Lama dah Mamayanie nak cuba makan ayam organik ini, sebab nak tahu apa beza makan ayam biasa kat pasar itu dengan ayam organik kan. Sempena cuti Malaysia hari tu, mood masak datang ler. Dah tenghari nak ke pasar memang tak ada lah ayam nya, nak ke pasaraya jauh sedikit dari rumah. Jadinya terpikir inilah masanya nak cuba masak dengan menggunakan ayam organik.

Ayam Segar Bismi

Buat carian ayam jenama apa yang bagus untuk organik, terjumpa pasal ayam Bismi tapi ianya hampir organik. Sesuai sangat dengan motto diorang ayam yang ”segar, halal dan suci”. Ok boleh jugak ini, whatsapp Tuan Haji Azahar yang uruskan pasal Ayam Bismi ini. Dia bagi nombor telefon agent yang berdekatan rumah. Alhamdulillah rupanya dekat kedai runcit berhampiran rumah Mamayanie je ada jual.

Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Apa yang menarik tentang ayam Bismi ini ianya:

  • ‘closely organik’ dan tiada sisa khinzir
  • Bebas Hormon – tidak disuntik hormon untuk pembesaran
  • Disembelih dengan cara Islam dan halal, dipotong, dicuci dan dibekukan segera.
  • Tanpa bahan kimia dan pengawet tambahan
  • Tahan 1 tahun jika dalam keadaan beku
  • Ayam hanya diberi ubat disahkan KKM sahaja
  • Halal Jakim
  • Kurang lemak, tidak hanyir dan mudah dicuci
See also  Culinaryschools.org Game Online Memasak Untuk Kanak-kanak

Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Ini adalah Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu mengikut cara masakan Mamayanie tau, dan bahan yang digunakan pun apa yang ada dalam peti sejuk jew. Janji rasa ada ala-ala thai cili dan tetap menyelerakan bila dimakan dengan nasi putih panas-panas. Tambahan pula ayam Bismi yang digunakan kurang lemak dan masih segar bila dimasak.

Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu
Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Bahan yang digunakan:

  • Untuk Perapan Ayam:
  • Ayam Bismi ( Mamayanie beli yang potong 9 ketul -buat dalam 4 ketul)
  • Kicap Pekat
  • Garam
  • Mentega (Disebabkan Mamayanie gunakan air flyer, jadi letak sedikit mentega untuk ayam kelihatan garing)
  • Untuk Sos Thai Madu:
  • Paste Thai Cili (boleh beli dipasaraya)
  • Kicap manis
  • Madu
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Lemon ( air perahan lemon mengikut tekak masing-masing, nak rasa masam lemon letak lebih sedikit)
  • Cili Api (dhiris)
  • Cili Merah (dihiris)

Cara masak:

Untuk ayam: Gaulkan bahan perapan ayam tadi sehingga sekata. (Nak sedap lagi perap lah dulu dalam 2-3 jam atau semalaman) Tapi Mamayanie gaul kejap pastu terus masuk dalam air flyer. Bakar/goreng sehingga masak isi dalam.

Untuk Sos Thai Madu:

  • Masukkan minyak sedikit dan tumis bawang besar, bawang putih, cili api dan cili merah. Tumis bagi sedikit garing.
  • Masukkan paste dalam satu sudu besar (yang ini bergantung pada rasa thai yang korang nak)
  • Dah sebati bahan tadi masukkan kicap manisdan perahan lemon. Tumis sehingga naik minyak sedikit.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah dibakar dan madu. (madu ni bergantung pada kemanisan yang korang nak dan Mamayanie tak masukkan garam dan gula ye sebab paste thai tu dah rasa masin. Tapi korang perlu rasa dahulu, jika kurang masin boleh tambah sedikit garam)
  • Gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan dan boleh makan.
See also  Pekan Sungai Lembing Kuantan Pahang Diterokai

Kalau masak ayam Mamayanie memang suka letak madu sebab rasa manis dia tak pekat sangat dan ayam jadi sedap. Tapi bukan bermadu tau haha.. Video masak nanti Mamayanei kongsikan dalam channel YouTube ye. Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut:

AYAM SEGAR BISMI

Link Order : http://projekayambismi.wasap.link/

Website : http://www.bismicergas.com/

FB : https://www.facebook.com/AyamBismi/

IG : https://instagram.com/ayam_halal_bismi

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Nasi Lemak Hijau Pandan Resepi Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*