Rehatkan Diri Dengan Babyfh di Refarm Leisure Kampar Perak

Assalamualaikum w.b.t

Menarik di Kampar Perak | Kalau sebut Kampar Perak mesti korang terpikir apa yang menarik dekat sana? Ye dulu bila orang tanya nak jalan dekat Perak ni macam terhad je tempat menariknya. Tapi sebenarnya Perak juga merupakan Negeri yang penuh dengan keunikkan tersendiri khususnya berkaitan dengan alam semulajadi. Antara tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Bukit Larut, Gua Tempurung, Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi, Orang Utan Island, Royal Belum State Park, Refarm Kampar dan sebagainya.

Untuk kali ini Mamayanie nak kongsikan tempat menarik yang korang boleh bawa keluarga beristirehat dengan suasana alam semulajadi yang lebih tenang dan damai. Malah ianya sesuai juga untuk dijadikan lokasi hari keluarga tau. Lokasinya di Kampar Perak iaitu Refarm Leisure Kampar Perak.

Refarm Leisure Kampar Perak

Refarm Leisure Kampar Perak

Mamayanie kongsikan sedikit tentang Refarm Leisure Kampar Perak ye, ianya seluas 26 ekar ladang rekreasi yang terletak di Kampar Perak. Lokasinya terletak lebih kurang 4 kilometer dari pekan Kampar dan sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh dengan Pekan Tapah.

Dengan suasana bukit-bukau dan hutan membuatkan Refarm Leisure Kampar Perak sebuah lokasi yang sangat indah dan udara yang nyaman. Menarik disini adalah sumber air bersih yang digunakan untuk tanaman dan ternakan adalah dari sumber hulu air terjun. Kiranya kebanyakkan aktiviti disini menggunakan bahan semulajadi terutama untuk ternakan dan tanaman yang ada.

Refarm Leisure Kampar Perak

Aktiviti Sesuai Untuk Keluarga

Refarm Leisure Kampar Perak merupakan satu tempat yang korang boleh rehatkan diri daripada gaya hidup bandar yang penuh tekanan dan kesibukkan kota. Korang akan dapat cipta satu pengalaman berbeza yang jauh dari kehidupan bandar. Apa yang boleh korang lakukan disini?

  • Disini disediakan kolam mandi yang mempunyai 2 saiz iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak beserta air terjun buatan yang meriahkan lagi suasana.
  • Menunggang basikal, perkhidmatan sewa basikal disediakan untuk aktiviti riadah korang keliling refarm.
  • Menyauk ikan
  • Bot pedal dan bot itik, yang ini sangat santai untuk keluarga.
  • Jogging keliling refarm yang damai
  • Permainan layang-layang
  • Taman haiwan atau Mamayanie suka panggil mini zoo. Yang mana korang boleh bagi makan kepada haiwan yang ada.
  • Terdapat juga taman tumbuh-tumbuhan yang ditanam secara organik.
  • Meneroka cara pembiakan Lebah
  • Jungle trekking
  • Bergambar di air terjun
  • Dan bila sampai Kampar, jangan lupa jalan-jalan sebentar di pekan Kampar ye.
See also  Bangkok Thailand Lokasi Shopping Terbesar
Refarm Leisure Kampar Perak
Refarm Leisure Kampar Perak
Refarm Leisure Kampar Perak
Refarm Leisure Kampar Perak
Refarm Leisure Kampar Perak

Disini juga disediakan tempat untuk korang nak buat hari keluarga, ada dewan terbuka dan padang untuk sukaneka. Malah penginapan disini juga menarik. Ianya menyediakan penginapan dengan senibina yang kreatif antara menjadi tarikan adalah:

  • Bilik Gua: sesuai untuk 2 orang yang bilik keluasan 7kaki x 7kaki disimen kabat dan seluruh bilik adalah berbentuk bulat.
  • Bilik Kabin: nilik ini sesuai untuk 4 orang. Ianya menggunakan kontena besar dengan konsep mesra alam sekitar.
  • Bilik Brick: Sesuai untuk 6 orang. Biliknya tidur secara tilam ala-ala cam kat Jepun gitu.
  • Bilik sesuai untuk keluarga 6 orang adalah bilik Batu Rata: dibina menggunakan batu bata untuk menyejukkan bilik secara semulajadi.
  • Hotel: Terdapat 2 jenis iaitu Double Deluxe dan Family suite.
  • Penginapan Vila: Ada 2 jenis Vila yang sesuai untuk 4 dan 6 orang. Penginapan vila mengandungi bilik tidur dan ruang tamu yang lebih selesa. Penginapan ini juga termasuk satu kolam renang peribadi dan persekitaran yang lebih nyaman.

Berkelah Santai Bersama Babyfh dan Keluarga

Mamayanie pergi bersama keluarga, teruja bawa babyfh tau nak ambil udara yang segar. Yelah sebelum itu dia agak kerap demam dan selesama, jadi bila dah sihat Mamayanie bawa dia ambil udara segar dengan suasana yang lebih nyaman. Kebetulan pula refarm ini dekat jugak dengan rumah adik di Langkap. Jadi kami buat lah trip berkelah ke Refarm Leisure Kampar Perak.

Bagi yang korang tak nak bermalam juga boleh, bayaran masuk hanya RM10 seorang dan yang menariknya korang boleh bawa bekalan makanan. Kiranya ala-ala berkelah santai tepi kolam mandi dengan suasana alam semulajadi. Bawa bekalan hanya dikenakan bayaran RM10 sahaja, berbaloi kan. Tapi bagi yang tak nak bawa bekalan pun tak apa sebab disana ada 2 kedai makan. Satu dalam tempat kawasan mandi dan satu lagi diruang luar.

See also  Kuching, Sarawak | Holiday | Part 2 | Semengok Orang Utan Wildlife Centre

Bagi korang yang nak mencari lokasi beristirehat dengan tenang boleh datang ke Refarm Leisure Kampar Perak.

Untuk maklumat lanjut:

Alamat : Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak.

Nombor Telefon : 012-502 6115

Waktu Operasi : 9:00 a.m – 6:00 p.m

Website : Refarm Leisure Kampar Perak

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*