
Nasi Lemak Hijau Pandan | Bila sebut pasal Nasi Lemak mesti ramai yang suka. Ia antara salah satu menu wajib untuk sarapan pagi terutamanya di Malaysia. Gabungan nasi yang lemak dengan sambal pedas membuatkan ia sebagai satu menu yang cukup lengkap. Malah ia bukan sahaja dimakan pada waktu pagi tapi ianya juga menjadi pilihan tidak kira waktu.
Sempena hari jadi Mamayanie yang lepas ada buat lah sedikit makan-makan bersama keluarga. Jemput Mak dan adik-adik datang makan sarapan pagi dirumah. Menu yang menjadi pilihan adalah Nasi Lemak tapi kita buat satu kelainan sedikit pada nasi tu. Kita buat Nasi Lemak Hijau Pandan dengan gabungan sambal dan beberapa lauk yang lain. Simple sahaja caranya tapi pasti mengenyangkan bagi semua hihi Korang kan tahu Mamayanie akan kongsikan resepi-resepi yang mudah sahaja.
Nasi Lemak Hijau Pandan Resepi Mudah

Daun pandan bukan sahaja digunakan untuk masak nasi tau, malah daun pandan banyak digunakan untuk pelbagai jenis resepi seperti Resepi Kuih Bakar Pandan , Resepi Kek Span Pandan dan sebagainya.
Biasa kita letak helaian daun pandan je kan, tapi kali ini kita gunakan daun pandan sebagai pewarna asli dengan memberi haruman kepada nasi. Ingatkan susah nak masak Nasi Lemak Hijau Pandan, tapi sebenarnya ianya resepi yang mudah disediakan dan mempunyai aroma yang cukup harum disebabkan air daun pandan.
Nasi Lemak
Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan kelapa ditambah rasa pedas sambal, dan lauk-lauk bagi pelengkapnya. Nasi Lemak Hijau Pandan merupakan satu variasi yang lain dan lebih menarik kerana mempunyai warna dan aroma pandan.
Kebiasaan orang kan gunakan pewarna hijau sahaja untuk pewarna nasi tapi nak lagi sedap kita gunakan daun pandan sebagai pewarna hijaunya. Boleh juga dicampur sedikit pewarna hijau untuk nasi itu lebih nampak warna hijau pekat. Tapi bagi Mamayanie tanpa pewarna pun dah sedap kerana tiada campuran rasa dari pewarna. Itu terpulang pada cara masak masing-masing. Jom Mamayanie kongsikan cara masak resepi mudah dan sedap ini sesuai untuk semua.

Bahan-bahan Yang Digunakan
- 3 cawan beras
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air pandan yg diblender – lebih kurang 6-8 Daun Pandan (boleh letak sedikit pewarna hijau/daun pandan)
- 3 tangkai daun pandan
- Sedikit garam
- sedikit gula
Ada sesetengah resepi yang lain, mereka akan letak hirisan bawang besar dan halia. Tapi Mamayanie tak letak sebab nak kekalkan rasa daun pandan dengan lemak santan sahaja. Terpulang pada individu masing-masing lebih selera bagaimana.
Cara Masak Nasi Lemak Hijau Pandan
- Basuh beras degan bersih dan toskan
- Masukkan kedalam rice cooker dan gaulkan dengan santan pekat
- Kemudian masukkan helaian daun pandan dan letak sedikit garam serta gula
- Kemudian tambahkan air pandan mengikut sukatan beras untuk masak / ditanak
- Masak nasi sehingga kering (korang juga boleh kukuskan nasi untuk beberapa minit supaya nasi kelihatan cantik dan elok berderai).
Resepi Lain Yang Mudah Dan Sedap
Bagi Mamayanie tak kukus pun, cuma bila nak dekat masak akan gaulkan bagi lemak santan dan warna hijau dapat sekata dengan nasi. Sangat mudah dan ianya memberi satu kelainan buat menu korang. Boleh disajikan dengan sambal ikan bilis, telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng, timun dan lauk yang lain seperti Ayam Masak Thai Madu.
Korang kena cuba untuk resepi ini tau, selamat mencuba! Boleh cuba resepi lain jugak – RESEPI MUDAH.
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
lama tak buat nasi lemak kaler hijau ni,nanti nak buat la,mat ajiq suka la nasi berkaler2 ni hahahha
Sedapnyer nasi lemak. Tiba-tiba teringin pulak nak makan.