Kelas Makeup Inspire Bersama MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri

Assalamualaikum w.b.t

Makeup Dengan Teknik Yang Mudah | Nak cantik tak susah rupanya, yang penting ada usaha dan cara yang betul. Makeup adalah salah satu cara untuk kita sebagai wanita berhias dan nampak cantik berseri. Mamayanie bukan nak suruh korang makeup macam opera Cina tu, cukup sekadar makeup nampak natural supaya naik seri muka.

Banyak je video dekat youtube cara nak makeup tapi bila belajar dengan paktube tu ada je tak kena tengok hasilnya. Sebab itu kita kena pergi kelas belajar cara teknik yang betul tau. Sebelum ini pernah je pergi kelas tapi bila tak praktis, habis lupa cara makeup. Sejak jadi single mother ini, banyak lak masa untuk diri sendiri kan selain masa untuk Babyfh. haha Bukan kata dulu tak bermakeup atau tak ada masa, tapi sekarang terlebih rajin makeup untuk diri dan ruang untuk diri sendiri lebih sket. Bukan nak mengoda cukup sekadar nampak segar dengan aura tahun baru.

Kelas Belajar MakeUp Inspire Asas Bersama Mak Andam Kiri
Kelas Belajar MakeUp Inspire Asas Bersama Mak Andam Kiri

Kelas Belajar MakeUp Inspire Asas Bersama Mak Andam Kiri

Yeah! dapat jugak hadirkan diri ke Kelas Belajar MakeUp Inspire Asas Bersama Mak Andam Kiri iaitu MUA Hayati Hashim dari Lamar Wedding dan Event Management. Fokus Mamayanie pergi kelas makeup untuk belajar teknik mudah dan cepat bagi makeup harian. Mamayanie bukan seorang jew, turut bersama kawan-kawan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain.

Mamayanie memang suka bila muka ni dimakeupkan tapi yelah siapa nak makeupkan diri setiap hari? haha Jadi, diri sendiri kenalah pandai makeupkan. Cukup lah makeup asas untuk diri sendiri, nampak lah mama vogue sket.

See also  McDonald's Dekati Masyarakat di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih RM500,000

Kak Yati atau lebih terkenal dengan gelaran Mak Andam Kiri mengajar setiap teknik-teknik makeup asas. Kenapa makeup asas? Makeup asas ini lebih kepada teknik makeup yang ringkas tetapi lengkap bagi menghias satu muka. Kami diajar setiap langkah-langkah makeup dari muka kosong (bersih tanpa sebarang makeup) hingga hasil vogue yang lebih kepada natural look gitu. Inilah Mak Andam Kiri @ Kak Yati :

Mak Andam Kiri @ Kak Yati

Kenapa Kelas MakeUp Inspire Jadi Pilihan?

Ramai je yang buat kelas makeup, semuanya bagi Mamayanie ada kelebihan masing-masing tetapi kenapa pilih Kelas MakeUp Inspire? Mamayanie pilih kelas bersama Mak Andam Kiri kerana kelas kali ini kebanyakkannya penggunaan alat makeupnya mengikut kehendak kita, mudah diperolehi (produk yang mudah dapat dipasaran) dan menggunakan produk yang kita sedia ada.

Jadi tak perlu nak beli produk lain, bawa je produk yang kita ada dan hanya perlu belajar cara guna jew. Tapi kalau korang tak ada alat makeup, jangan lah risau ye. Diorang akan sediakan dan korang hanya datang belajar jew.

Macam Mamayanie, foundation memang tak ada dah (habis tak beli pun lagi huhu). Jadinya Mamayanie guna produk yang disediakan oleh Mak Andam Kiri. Dan diperkenalkan foundation Naturactor, memang best dan sangat serasi dengan kulit Mamayanie. Mamayanie siap order dengan Kak Yati tau, beli untuk kegunaan sendiri hihi

foundation naturactor

Mamayanie kongsikan sedikit langkah-langkah yang telah dibelajar bersama Mak Andam Kiri.

  1. Primer
  2. Eyebrow
  3. Foundation
  4. Shading dan Highlighter
  5. Loose Powder
  6. Eyshadow
  7. Eyeliner, Mascara dan eye lasher
  8. Blusher
  9. Lipstick
  10. Face Mist Spray

Korang ini asas jew, ada lagi tambahan jika korang nak. Contoh permulaan makeup boleh apply dulu serum, moisturizer atau cream uv. Bagi harian mungkin tak perlu nak pakai eye lasher atau bulu mata tu. Tapi Mak Andam Kiri tetap ajar caranya, ini pun dah extra ilmu yang kami dapat. Terima kasih Kak Yati, seronok sangat dapat belajar cara yang mudah untuk makeup nampak vogue tau.

See also  Bukit Tinggi Pahang | Part 1

Lamar Wedding dan Event Management

Mak Andam Kiri atau Kak Yati bukan sahaja mengajar dan MUA malah Kak Yati juga ada Butik Pengantin tau. Lamar Wedding dan Event Management merupakan butik kepunyaan Kak Yati tau, bukan hanya menyediakan baju pengantin malah kesemua kelengkapan untuk keperluan pengantin boleh disediakan oleh mereka.

Kiranya wedding planner lah tu, korang cakap jew tema apa untuk perkahwinan korang. Mereka boleh sediakan dan semuanya boleh dibawa berbincang. hihi Cantik sangat baju yang dihasilkan, errmm buat Mamayanie nak pakai baju pengantin semula pulak. haha

Untuk maklumat lanjut:


Lamar Wedding & Event Management

Alamat: No. 2A, Jln. Selaseh 18 Tmn. Selaseh Fasa 2 68100 Batu Caves

No Tel: (Yati) www.wasap.my/60174562645

Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh

Facebook: Lamar Wedding

Facebook: Mak Andam Kiri

Instagram: @bussaina.rias73

Catwalk Class: Inspire Within

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*