Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre Tak Best?

Assalamualaikum w.b.t

Tak Puas 3 Hari |Mesti korang pelikkan kenapa Mamayanie kata Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre tak puas? Mamayanie rasa tak puas kerana expo ini hanya dijalankan selama 3 hari sahaja. haha Patut buat lebih hari sebab orang jauh pun boleh datang dihujung minggu. Malaysia Halal Expo 2019 merupakan expo pembukaan awal tahun 2019 yang sangat bagus dan menarik bagi industri perniagaan khususnya.

Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre
Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre

Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre

Dah lama Mamayanie tak pergi Kuala Lumpur Convention Centre tau. Disebabkan Malaysia Halal Expo 2019, sanggup Mamayanie terjah dari Tanjung Malim Perak ke Kuala Lumpur. Malaysia Halal Expo 2019 merupakan expo yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensinya, SME Corps Malaysia.

Untuk pengetahuan korang expo ini adalah salah satu usaha membawa produk halal dari Malaysia ke Jepun sempena Olimpik 2020 nanti. Dengan tema ”Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020”, ia telah membuka satu platform buat usahawan tempatan melebarkan sayap mereka menembusi pasaran luar negara. Tahniah Malaysia Halal Expo 2019!

Expo ini berlangsung dari 24 Januari sehingga 26 Januari 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya melibatkan lebih 320 pempamer perusahaan kecil & sederhana (PKS) tempatan yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan dihadiri Duta Jepunke Malaysia serta para pembeli dari luar negara.

Malaysia Halal Expo 2019 Terbaik!

Mamayanie puji dengan pengurusan expo ini kerana ianya sangat memudahkan para pengunjung tau. Bukan sahaja lokasinya yang strategik, mudah untuk datang malah sistem pendaftarannya juga semua dihujung jari. Pendaftaran dengan menggunakan telefon masuk dalam website jew, ha pastikan korang ada data internet tau kalau datang baru nak daftar hihi

See also  Yeah! Kembali Ke Sekolah Promosi Pusat Pakaian Hari-Hari

Macam Mamayanie dan kawan-kawan, kami dah daftar online awal lagi dengan buat pre-pendaftaran. Dah siap-siap dapat QR Code, jadi sampai sahaja kami scan QR Code yang dah dapat awal itu kat mesin depan pintu masuk.

Sistem aliran dalam hall pun bagus, masuk hanya menggunakan hall 4 dan keluar di hall 1. Jadi semua booth korang boleh terjah tau, cuma satu jew duit korang kena bawa lebih lah ye haha.. Banyak betul makanan dan produk yang akan buat korang tergoda, macam Mamayanie habis semua nak borong rasanya, tambahan bab makanan haha

Di Malaysia Halal Expo 2019, Mamayanie bukan sahaja dapat borong produk tempatan hihi Malah disini pelbagai lagi maklumat yang Mamayanie dapat sebagai contoh info mengenai aplikasi Halal yang diusahakan oleh Jakim bagi memastikan pengguna menyemak status halal bagi sesetengah produk yang berdaftar dengan mereka dan disahkan halal.

Pelbagai Produk Halal Usahawan Tempatan

Banyak sebenarnya produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan kita tau. Bukan sahaja produk makanan malah pelbagai lagi produk halal yang boleh korang dapat dekat Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tak rugi siapa yang datang ke Malaysia Halal Expo 2019 ini, tak percaya korang boleh tanya kawan-kawan lain yang dah pergi. hihi

Ada 6 kluster @ Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre:

  1. Food & Beverages
  2. Ingredients
  3. Cosmetics
  4. Logistics
  5. Biotech
  6. Personal Care & Pharmaceutical

Disini Mamayanie dapat kenal pelbagai produk tempatan kita yang antaranya produk dari MakCun, Asian Taste, Rezza Brand, Tisha’s, Akmal, Tamar Cocoa, Hoga Agarwood Herval Tea, Cosmoderm, Audela, Bingo Bite, Rempah Ratus Mak Siti, Nis, MyZiff Bakers dan banyak lagi usahawan yang terlibat.

See also  PICC Buffet Ramadhan 2016 Penuh Kelainan

Produk makanan dan minuman bukan sahaja yang terus dimakan malah terdapat juga produk rempah ratus, segera dan pelbagai lagi. Antara produk makanan dan minumam yang sempat Mamayanie terjah:

  • Rempah Ratus & Pes dan Pek Segera
  • Dessert & Frozen
  • Produk Kecantikkan & Kesihatan

Bagi Mamayanie ianya satu pembukaan expo awal tahun yang membuka pelbagai peluang bukan sahaja kepada usahawan tempatan malah ianya membuka ruang juga kepada pengunjung yang ingin jana pendapatan dengan menjadi agent atau dropship kepada produk tempatan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Ne5Z37k4Hvo

Tahniah sekali lagi buat penganjur dan Mamayanie sebagai pengguna produk halal berharap expo seperti ini dapat diperbanyakkan bagi memberi kesedaran tentang produk halal.

Untuk Maklumat Lanjut:

Website: http://halal-expo.my

Facebook: @ Malaysia Halal Expo 2019

Instagram: @mhe2019

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

16 Comments

  1. Dah masuk dalam expo, semua benda rasa nak beli. Banyak sangat produk halal yang menarik. Hope expo ni dibuat lagi kat banyak lokasi..biar ramai yg dapat pergi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*