Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Assalamualaikum w.b.t

Pancake Strawberi Penuh Nutrisi Untuk Anak-anak | Dalam tempoh pergerakan kawalan (PKP) ini macam-macam perkara baru yang IbuBapa lakukan. Apa pun ambillah ia sebagai satu peluang untuk kita lebih rapat bersama keluarga dan hargai masa yang diberikan ini untuk keluarga, lagi-lagi dibulan Ramadan ini. Antara aktiviti yang menarik minat Mamayanie adalah memasak, inilah masa nya masing-masing belajar memasak untuk keluarga, macam-macam resepi yang dikongsikannya. Tapi mesti ramai dah buntu menu apa nak buat untuk anak-anak dibulan Ramadan ini, ha Mamayanie nak kongsikan dengan korang resepi mudah dan penuh dengan nutrisi.

Menu yang paling mudah untuk ibubapa sediakan diwaktu pagi buat anak-anak kecil. Walaupun resepi mudah dan biasa dah korang buat tapi kita ubah sedikit rasanya dan yang penting penuh dengan nutrisi untuk mereka. Ini menu paling senang Mamayanie buat untuk Babyfh tau iaitu Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ atau kalau nama Melayunya disebut lempeng hihi.

Sebelum itu Mamayanie nak kongsikan kenapa Mamayanie bagi nama Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ? Kerana antara bahan utama yang digunakan adalah Susu Kambing dari LAZZ yang bereprisa Strawberi. Ini adalah perisa baru tau dari LAZZ, biasa kita dengar susu Kambing Kurma (ini kegemaran Mamayanie tau terutamanya waktu sahur di bulan Ramadan) dan susu Kambing Cafe kan. Yang ini pula perisa Strawberi yang pasti menjadi kesukaan buat anak-anak khususnya malah mana yang inginkan rasa kelainan dalam susu Kambing korang kena cuba susu Kambing Strawberi dari LAZZ ini.

Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

  • Tepung Gandum
  • Susu Kambing Lazz Strawberi
  • Sedikit Garam
  • Air secukupnya
See also  FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Cara paling senang korang campurkan semua bahan, cuma untuk air itu bergantung kepada kepekatan adunan yang korang nak. Mamayanie suka adunan agak pekat likat, jangan terlampau cair. Lebih lanjut korang boleh tengok video ini:

Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ
Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Kalau korang nak tahu ini juga salah satu cara korang nak bagi anak-anak dapat khasiat dari susu Kambing tau. Bukan sahaja anak-anak suka dengan pancake ini malah mereka akan dapat nutrisi yang sihat. Mudah sangat nak bagi anak-anak yang tak gemar minum susu Kambing, siap ada perisa Strawberi tau.

Tips Diet Di Bulan Ramadan

Mamayanie nak jugak kongsi dengan korang antara menu diet yang Mamayanie amalkan sebelum ini sewaktu bulan Ramadan tau. Sangat mudah dan ringkas tetapi korang akan kenyang sepanjang siang hari tau. Malah ianya juga membantu kurangkan berat badan secara seimbang.

Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ
Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Mamayanie amalkan pengambilan susu Kambing Kurma dengan campuran nestum atau korang boleh juga ubah kepada Oat kosong. Macam Mamayanie lebih suka nestum kerana ianya bijirin yang lebih sedap tapi nak betul-betul kawal berat badan korang campur dengan Oat. Untuk 1 cawan susu Kambing Kurma LAZZ, Mamayanie akan campurkan dengan 3 sudu nestum. Bagi Mamayanie memang akan kenyang, bertenaga dan yang penting ia dapat kawal berat badan Mamayanie. Selain itu, dapat jugak kita jaga perut, yelah hari biasa kita makan macam-macam jenuh perut bekerja, bulan puasa ini kita bagi perut berehat sebentar.

Mana nak dapatkan Susu Kambing LAZZ ini lagi-lai musim PKP ini, jangan risau korang hanya hantar pesanan Whatsapp ‘Nama dan Lokasi’ korang ke Talian Rasmi Lazz Careline.

  • Careline 1 : 018-2777 290
  • Careline 2 : 016-2449 722
Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ

Untuk maklumat lanjut:

See also  Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bagi Anda Yang Bekerja Dari Rumah

Susu Kambing LAZZ HQ

Instagram: Lazz Susu Kambing HQ

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*