
Assalamualaikum w.b.t
Sinar Baru Dalam Hidup 2019 | Sebelum tu Mamayanie harap tak terlambat untuk Mamayanie ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 dan selamat tinggal tahun 2018. Semoga tahun 2019 ini penuh dengan pelangi yang menyinari kehidupan muncul selepas hujan membasahi bumi. Apa azam tahun baru?
Ayat klasik sangat kan bila tiap kali nak masuk tahun baru mesti tanya apa azam tahun baru haha. Paling klasik jawapan azam tahun baru adalah bila niat kata nak kurus haha.. oklah itu bukan utama yang Mamayanie nak kongsikan.

Selamat Tahun Baru 2019
Tahun 2018 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, suka, duka dan dugaan buat Mamayanie. Bermula akhir tahun 2017, Allah SWT menduga Mamayanie untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran Mamayanie. Yup setiap dugaan adalah petanda bahawanya Allah SWT sayang pada setiap hamba-NYA. Peringatan supaya kita tidak terpesong dan kembalilah pada-NYA.
Dalam dugaan yang diberikan, Allah SWT kembalikan semula reward atas kesabaran yang kita lalui. Dimana ditiupkan satu nyawa yang hadir dari rahim bagi seorang wanita. Yang kini telah berusia hampir nak masuk 6bulan minggu depan. Alhamdulillah lahirnya Babyfh menjadikan sinar dalam hidup dan kekuatan buat Mamayanie.
2018 ibarat mimpi dalam hidup, tapi itulah hakikat yang perlu Mamayanie lalui. Tarikh 1.1.2019 sepatutnya adalah tarikh yang akan jadi penuh bermakna dalam hubungan perkahwinan Mamayanie. Tarikh pernikahan Mamayanie yang sepatutnya disambut bagi ulangtahun ke 8 tahun dengan hadiah paling bermakna dengan kahadiran Babyfh. Tapi itu semuanya jadi sejarah dan kenangan buat Mamayanie.
Mungkin menjadi tanda tanya buat semua orang yang mengenali Mamayanie. Biarlah detik perkahwinan Mamayanie menjadi kenangan paling indah dan Mamayanie jadikan ianya satu proses pembelajaran dalam kehidupan supaya kita lebih dekat dengan Allah SWT.
Jodoh Itu Milik Allah SWT
Jodoh itu milik Allah SWT, bila diberikan kita terima, bila ditarik semula kita redha. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYA yang kita tak akan sangka. Kini Mamayanie hanya fokuskan pada Babyfh, Allah SWT memberikan peluang untuk Mamayanie menjadi seorang mama untuk mendidik dan membesarkan amanah yang diberikan.
Syukur hampir 4 bulan Mamayanie lalui kehidupan berdua bersama Babyfh, dipermudahkan segala urusan tanpa kita sangka. Apa pun terima kasih pada keluarga, kawan-kawan dan paling utama adalah MAK yang sentiasa ada dikala anaknya sangat memerlukannya. Tak terbalas segala pengorbanan MAK pada Mamayanie dan Babyfh. Nak ungkapkan pun tak terungkap dengan kata-kata, ”Mak, Ani sayang sangat dekat Mak”. Ani sentiasa doakan Mak sentiasa dilindungi dan diberikan sepenuh rahmat dari Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamin..
Niat bukan untuk mencanangkan kisah peribadi tetapi sekadar mengelak fitnah yang datang. Mamayanie bukan mintak untuk dibawangkan atau disimpatikan tetapi cukuplah sekadar korang tahu apa yang tertulis dan doa yang baik-baik dari korang untuk Mamayanie dan Babyfh ye.
Mamayanie harap dengan penjelasan ini, semua sedia maklum serta tiada lagi persoalan atau tanda tanya dengan status Mamayanie dan tidak lagi berteka-teki. Yang berlaku biarkan berlalu, kenapa dan mengapa jua biarlah Allah SWT dan kami sahaja yang mengetahuinya.
Mamayanie harap usahlah dikecam, usahlah dikeji mana-mana pihak, kehidupan ini mesti diteruskan dengan redha Allah SWT. Yang baik semuanya datang dari Allah SWT, dan yang buruk atas segala kekhilafan diri sendiri. Moga tahun 2019 ini, kita mulakan hidup baru dengan penuh keberkatan dan kebahagiaan dari Allah SWT.
Till Next Entry ye!!!
Stay strong… Allah takkan menguji diluar kemampuan hambaNYA….
*Hugs*
Stay strong.. Semoga dipermudahkan segala urusan Yanie dan babyfh. Diberi kekuatan, ketabahan dan dilimpahi kasih Sayang dan rezeki penuh berkat buat Yanie, babyfh sekeluarga.
InsyaAllah pelangi pasti datang… Yakin dengan DIA yang beri yang terbaik untuk hambanya.
Aamiin
menangis baca ……..akak doakan semoga yanie kuat tabah dan lebih bahagia ….allah uji sebab allah sayang yanie…yanie seorang yg sangat baik dan penyayang orgnya selama akak kenal …stay strong ok
Stay Strong n sabar ye Yanie. Ada hikmah semua ni. Takpe, Allah hadirkan babyfh untuk temankan mama dia. babyfh akan jadi sumber kekuatan Yanie untuk hari2 mendatang. InsyaAllah ada pelangi nanti. Allah takkan uji Hambanya jika x mampu kan. Hugs.
Takpe yanie, baby FH dan kami kan ada. Yanie jgn sedih2, tiap yg berlaku ada hikmahnya
happy new year yanie. stay strong k demi baby tersayang
love u n always support u..
Selamat tahun baru 2019
Happy new year kak
Insya Allah,Allah uji sebab Yanie kuat….kak sue dan abg eddy sentiasa mendoakan yanie dan baby fh.Hidup ini kalau kita tahu laluannya ada apa,bukan hiduplah namanya…kan? berlapang adad dengan apa yang Allah beri,jaga diri,jaga hubungan sesama manusia,jaga hubungan dengan Allah.Insya Allah,Yanie akan jumpa bahagia sendiri nanti.HUgs
Moga Yanie terus tabah hadapi dugaan ni dan ingat Baby FH adalah penguat untuk Yanie teruskan hidup!
Allah…kita br tahu. Semoga yanie kuat disamping baby penyeri hidup…aamin
Pembakar semangat untuk Haida jg lalui perkara yang sama. Mudah2an kita sama2 kuat. Redha dengan ketentuannya.
Allah knows better Yanie! Moga kehidupan yang mendatang lebih bermakna buat yanie & baby