Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Assalamualaikum w.b.t | Melancong ke Indonesia? | Rindunya nak melancong ke luar negara, terutamanya ke Indonesia. Kali terakhir Mamayanie ke Indonesia sewaktu percutian ke Bali Indonesia pada tahun 2016. Lama kan? Bila sempadan negara dah buka ini teringin pulak nak bercuti ke luar negara, lagi-lagi bila sekarang Mamayanie dah ada anak.

Tapi bila dah ada anak ni, tak boleh nak travel macam dulu secara backpacker. Jadi Mamayanie rasa yang terbaik adalah melancong bersama travel agensi. Tak perlu pening-pening fikir nak buat tempahan hotel, pengangkutan dan buat itinerary perjalanan. Dalam keadaan sekarang nak cari travel agensi perlu yang betul-betul yakin dan boleh dipercayai, betul tak?

Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Kenapa Pilihan Travel Agensi Terbaik Untuk Melancong Ke Luar Negara?

  1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
  2. Menjimatkan masa untuk ke tempat menarik
  3. Harga yang berbaloi
  4. Keperluan / pakej yang lengkap
  5. Wakil rasmi pelancong
  6. Membantu ketika kecemasan (ini paling penting lagi-lagi musim sekarang)
  7. Fleksibiliti mengikut kemahuan kita
  8. Keselesaan terjamin

Ini antara faktor yang menyebabkan Mamayanie rasa kenapa kita perlu pilih travel agensi untuk melancong. Jadi Mamayanie diperkenalkan dengan Sahabat Holidays Indonesia travel agensi yang bertapak di Indonesia dan dipercayai bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, dan Thailand.

Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Sahabat Holidays Indonesia, diasaskan pada 2019 oleh Encik Yusuf. Dengan pengalaman bekerja dalam Industri Pelancongan sejak 2011, dan memfokuskan kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia, seperti: Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura dan juga Pasaran Domestik.

Dengan lebih daripada 7 tahun pengalaman, keberanian dan dedikasi terhadap pembangunan pelancongan di Indonesia, telah menjadi semangat dalam menubuhkan syarikat ini. Pihak agensi komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua tetamu mereka dengan moto “Kepercayaan dan Kepuasan” Pelanggan adalah Keutamaan Sahabat Holidays Indonesia.

Sahabat Holidays Indonesia boleh aturkan pakej percutian menarik hampir keseluruh Indonesia tetapi kali ini Mamayanie nak kongsikan dengan korang pakej menarik yang korang boleh lawati sekitar Wilayah Sumatra Indonesia.

  • Banda Aceh Indonesia
See also  Hong Kong Macau Trip | Part 3 | Macau | Senado Square | Ruins of St. Paul | The Venetion

Banda Aceh juga merupakan kota Islam tertua dirantau Nusantara dan Asia Tenggara, dimana Kota Banda Aceh merupakan ibukota kepada Kesultanan Aceh. Ianya juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi sejarah akibat Tsunami pada tahun 2004.

Antara lokasi menarik yang korang boleh lawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia:

  • PLTD Apung (penjana elektrik di Banda Aceh)
  • Kawasan/ tapak mangsa Tsunami
  • Muzium Tsunami
  • Masjid Raya Baiturrahman di Ulee Lheu
  • Kapal diatas rumah di Kampung Lampulo
  • Muzium Aceh
  • Taman Bersejarah Gunongan
  • Rumoh Cut Nyak Dhien
  • Pantai Lhoknga
  • Explorer Pulau Sabang
  • Shopping di Pasar Atjeh

Selain dari aktiviti melawat, korang jugak boleh buat aktiviti pantai seperti Snorkling, Diving, Glass Bottom Boat dan sebagainya.

Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia
  • Medan Indonesia

Bandar Medan adalah bandar terbesar di pulau Sumatra, dan juga ialah bandar terbesar ke-3 di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara. Antara lokasi terkenal di Medan adalah Tasik Toba yang merupakan tasik gunung berapi terbesar di dunia.

Antara lokasi menarik yang korang boleh lawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia:

  • Tasik Toba (wajib pergi tau)
  • Huta Ginjang
  • Pulau Samosir
  • Efrata Waterfall
  • Holbung Hill
  • Kampung Tomok (Makam Raja-raja Batak purba, Raja-raja Sidabutar)
  • Desa Ambarita
  • Simarjarunjung
  • Masjid Besar Al-Mahsun
  • Istana Maimoon
  • Membeli-belah di Batik Centre, Medan Mall, Sun Plaza.

Medan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan alam semulajadi yang memberi seribu satu kelainan. Ianya juga salah satu lokasi yang Mamayanie teringin nak pergi tau.

  • Padang & Bukittinggi Indonesia

Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatra Barat, Indonesia.Jika kesini lokasi wajib pergi adalah di Bukittinggi, dimana ianya terletak lebih kurang 2jam perjalanan dari Kota Padang. Kiranya korang boleh lawati 2 lokasi menarik dalam satu itinerary, Padang + Bukittinggi. Disini kaya dengan budaya dan warisan Minangkabau.

See also  Essential Oil Ylang Ylang Young Living Mempunyai Aroma Manis dan Romantis

Antara lokasi menarik yang korang boleh lawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia:

  • Air Terjun Lembah Anai
  • Muzium Rumah Gadang (Rumah Minangkabau)
  • Pandai Sikek (proses pembuatan pakaian tradisional dari Minangkabau)
  • Lembah Harau
  • Kelok 9
  • Batusangkar
  • Istana Pagaruyung
  • Membeli-belah di Kiniko
  • Jam Gadang Big Ben
  • Panorama Ngarai Sianok (Lembah Sianok)
  • Sungai Landi
  • Tasik Maninjau
  • Pantai Padang
  • Jambatan Siti Nurbaya
  • China Town
Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia
  • Pekanbaru Indonesia

Pekanbaru merupakan kota perdagangan dan pusat ekonomi yang sangat terkenal. Ia terletak di tebing Sungai Siak , yang mengalir ke Selat Melaka. Pekanbaru mempunyai akses terus ke selat yang sibuk dan telah lama dikenali sebagai pelabuhan perdagangan.

Antara lokasi menarik yang korang boleh lawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia:

  • Riau Fantasi
  • Istana Siak Sri Indrapura
  • Candi Muara Takus
  • Rainbow Hills Rumbai
  • Masjid Agung An-Nur
  • Trans Studio Mini Pekanbaru
  • Kawah Biru
  • Taman Wisata Refi
  • Anjungan Seni Idrus Tintin

Pekanbaru ini jugak salah satu lokasi yang menarik untuk korang bercuti, terutamanya yang bawa anak-anak. Ianya penuh dengan lokasi menarik yang boleh korang lawati bersama.

  • Palembang Indonesia

Lokasi terakhir yang terkenal sekitar Wilayah Sumatra Indonesia adalah Palembang. Ianya antara lokasi yang penuh dengan sejarah. Palembang Indonesia merupakan bandar tertua di Indonesia, ia didasarkan dari Batu Bersurat Kedukan Bukit yang diketemukan di Bukit Siguntang sebelah barat Kota Palembang. Ianya dahulu menjadi pusat empayar Srivijaya.

Antara lokasi menarik yang korang boleh lawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia:

  • Jembatan Ampera
  • Masjid Cheng Ho Palembang
  • Kampung Arab Al Munawar
  • Pulau Kemaro
  • Air Terjun Bidadari Palembang
  • Arung Jeram Sungai Manna
  • Gunung Dempo
  • Muzium Al Quran Palembang
  • Hutan Punti Kayu
See also  SABAH PART 3

Tempah Percutian ke Indonesia Dengan Sahabat Holidays Indonesia

Banyak sangat kan tempat menarik sekitar Wilayah Sumatra Indonesia. Bila kita melancong ke Indonesia tak sah kalu kita tak pergi tempat-tempat yang menjadi tarikan dari segi sejarah dan alam semulajadi. Selepas tengok pakej-pakej yang ditawarkan oleh Sahabat Holidays Indonesia memang sangat berbaloi. Malah dah banyak testimoni yang puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Sahabat Holidays Indonesia bukan sahaja berpengalaman selama 7 tahun dalam industri pelancongan sekitar Indonesia malah ianya juga diyakini serta ianya telah berdaftar dan berlesen.

Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Sahabat Holidays Indonesia bukan sahaja menyediakan pakej sekitar Wilayah Sumatra, malah mereka boleh menawarkan pakej ke pelusuk daerah Indonesia, seperti Bali, Lombok, Jakarta & Bandung. Mana yang nak bercuti dengan keluarga, kawan mahupun honeymoon boleh dapatkan pakej menarik dengan Sahabat Holidays Indonesia.

Untuk maklumat lanjut:

Sahabat Holidays Indonesia

Whatsapp: +6287868689298

Email: info@sahabatholidays.com / sahabatholidays@gmail.com

Website : www.sahabatholidays.com

Instagram : https://www.instagram.com/sahabat_holidays_indonesia/

Facebook: https://www.facebook.com/Sahabat-Holidays-Indonesia

Youtube : https://youtu.be/Lyttyr3Ynq0

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

7 Comments

  1. Kan Yanie, rindu nak cuti-cuti ke oversea..Betul bila gi melancong ke luar negara ni better ambil pakej dengan travel agensi, trip kita lagi teratur & ikut jadual..So boleh cover semua tempat yang menarik ada kat situ…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*