Mangkuk Ayam Betul!

Assalamualaikum w.b.t

Bukan Nak Marah Tapi Suka | Ini betul-betul Mangkuk Ayam tau, bukan nak marah lah. Mangkuk Ayam merupakan satu restoran yang terletak di dalam bangunan Dpulze Shopping Mall Cyberjaya. Bila sebut sahaja Cyberjaya mesti korang terpikir apalah yang ada kat situ kan. Sebenarnya ia satu lokasi tumpuan untuk mencari makan. Tak rugi rasanya Mamayanie dari jauh datang ke Cyberjaya semata-mata mencari makanan yang sangat sedap.

Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya Luar Biasa Sedap
Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya Luar Biasa Sedap

Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya Luar Biasa Sedap

Apa yang korang faham tentang definisi bila orang kata sedap? Bagi Mamayanie makanan yang sedap adalah dari segi rasa mengikut tekak masing-masing, pada harga yang murah atau berpatutan dan kuantiti yang berbaloi. Mamayanie nak kongsikan dengan korang satu restoran yang mempunyai pakej lengkap dan boleh diberikan gelaran restoran sedap, iaitu Restoran Mangkuk Ayam. Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya luar biasa sedap nya tau memang kena dengan tekak Mamayanie.

Pada mulanya Mamayanie sendiri terkejut dengan nama restoran tau, Mangkuk Ayam. Terpikir kenapa diberi nama Mangkuk Ayam. Sampai sahaja depan kedai, tengok dekorasi memang sepadan dengan nama kedai. Kedai nya yang terletak betul-betul pintu masuk dari parking level P1 memudahkan untuk korang jumpa. Malah restorannya agak santai dan terbuka.

Keenakan Sajian Tak Dapat Dinafikan Enak

Bagi Mamayanie Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya luar biasa sedap setiap sajian yang ditawarkan dalam menu. Sajiannya lebih santai dan dihidangkan dalam mangkuk yang cantik dan besar. Ohh ini lah sebab kenapa restoran ini dinamakan Mangkuk Ayam. Dari pandangan Mamayanie ianya diberi nama berdasarkan hidangan yang disajikan menggunakan mangkuk dengan hiasan gambar ayam.

See also  Pil Perancang Keluarga Adakah Selamat?

Korang tengok sendirlah gambar dibawah ini, serius Mamayanie pulak yang terliur semula tau tengok. Rasanya memang tiptop pada tekak Mamayanie dan kuantitinya banyak. Harga pun sangat berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Patutlah restoran ini ramai je yang datang, sebab sedap mesti orang akan datang lagi tau. Sajian yang disediakan ada pelbagai jenis. Siapa yang suka nasi pun ada, noodle dan makanan sajian petang pun ada.

Sajian Set Combo Lebih Untung

Restoran Mangkuk Ayam menyediakan hidangan dengan harga yang ekonomi. Disini juga disediakan set combo dimana korang boleh pilih set combo dengan diberikan air secara PERCUMA. Amboi dah lah kuantiti banyak, sedap pulak itu dan ada set combo percuma air lagi. Air korang boleh pilih samada nak air Teh O Ais Limau atau Ais Bandung. Bagi set combo korang ada beberapa pilihan anataranya Nasi Rendang Daging, Asam Laksa, Mee Rojak, Nasi Kari Ayam, Mee Kari dan Bubur Ayam.

Nasi Rendang Daging + Percuma Air (RM15.90)
Nasi Rendang Daging + Percuma Air (RM15.90)
Bubur Ayam + Percuma Air (RM11.90)
Bubur Ayam + Percuma Air (RM11.90)

Selain menu yang agak berat seperti nasi dan noodle, korang juga boleh pilih menu yang lebih ringkas. Disini korang boleh rasa hidangan snack dan dessert. 

Pecal Sayur (RM7.90)
Pecal Sayur (RM7.90)
Rojak Buah (RM7.90)
Rojak Buah (RM7.90)
Rojak Buah yang banyak kuah dan kacang.
Rojak Buah yang banyak kuah dan kacang.
Mangga Ais (RM7.90)
Mangga Ais (RM7.90)

Teh Tarik
Teh Tarik

Mee Rojak Ayam Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya Terbaik

Semua menu yang disajikan memang sedap tetapi dalam banyak-banyak pilihan paling menjadi pilihan Mamayanie adalah Mee Rojak. Mee Rojak disini ada 2 pilihan iaitu Mee Rojak Ayam dan Mee Rojak Sotong. Rasa memang sedap dan kuantiti semua tiptop banyak. Puas hati makan dan cukup selera dengan tekak Mamayanie. Kenyang makan Mee Rojak Ayam sampai ke malam dari petang tau. Tak sia-sia jauh Mamayanie memandu dari Tanjung Malim Perak ke Cyberjaya.

Mee Rojak Ayam
Mee Rojak Ayam
Mee Rojak Ayam
Mee Rojak Ayam
Mee Rojak Sotong
Mee Rojak Sotong

Antara menu yang sempat Mamayanie rasa adalah Mee Rojak Ayam, Bubur Ayam, dan Asam Laksa. Serius sangat sedap dan menyelerakan. Mamayanie ingat nak rasa yang lain jugak tapi kenyang sangat sebab kuantitinya yang banyak setiap 1 hidangan. Insya-Allah ada masa dan peluang ke Cyberjaya boleh Mamayanie datang lagi kesini. Bagi korang yang ada di Cyberjaya dan sekitar boleh datang cuba rasa sendiri. Bagi tekak Mamayanie hidangannya memang win dan A+ sedap.

See also  Serawa Durian Memukau Halaman Haji Saad

Untuk maklumat lanjut:

Restoran Mangkuk Ayam

Alamat: Restoran Mangkuk Ayam Malaysia P10,

D’Pulze Shopping Centre Cyberjaya.

(Dekat dengan pintu masuk dari parking P1)

Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia

 

Till Next Entry ye!!!

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*