
Assalamualaikum w.b.t
Revolusi Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) | PLUS Malaysia Behad (PLUS) telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai satu langkah dalam merevolusikan kawasan rehat dan rawat (R&R) dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. PLUS juga telah membina satu revolusi dalam program-program mengubahsuai dan menaik taraf serta memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di R&R yang terpilih.

Transformasi Kawasan Rehat dan Rawat PLUS Malaysia
dalam industri makanan dan minuman. Dimana ianya membuka satu lagi transformasi kawasan rehat dan rawat PLUS Malaysia (R&R) sebagai pusat atau hub komuniti untuk pengguna lebuh raya dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Kiranya kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS bukan sahaja untuk berhenti ke tandas atau isi minyak tetapi ianya akan dijadikan satu kawasan yang boleh korang berehat dengan lebih selesa. Bayangkan kalau korang memandu dari utara nak ke selatan, perjalanan yang jauh perlukan masa juga untuk berehat dari memandu. Jadi kawasan rehat dan rawat (R&R) ini lah yang akan lebih menyenangkan korang.
PLUS Jalin Kersama Dengan Jenama Besar
Terbaru PLUS telah memeterai perjanjian dengan 10 jenama besar bagi beroperasi di R&R terpilih. Bagi Mamayanie yang selalu menggunakan lebuhraya dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur, ianya sangat bagus untuk mendapatkan variasi dari segi makanan dan minuman. Dulu kalau ke R&R menu biasa je korang akan dapatkan, kali ini jenama besar akan masuk ke R&R tau.
10 Jenama Besar yang telah memeterai perjanjian bersama PLUS adalah:
- Starbucks
- Krispy Kreme
- Harold’s Bread
- Mohd Chan
- Famous Amos
- A&W
- Dunkin Donuts
- MyNews
- Kenny Rogers
- Nasi Kandar Line Clear
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Justeru, strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar dan akan lebih banyak jenama lain yang akan berkolaborasi bersama untuk operasi di R&R kami”.
Sewaktu majlis juga terdpaat beberapa booth jenama yang memeterai perjanjian, sempatlah Mamayanie rasa sajian yang bakal memasuki dan bakal menemuinya di kawasan rehat dan rawat R&R) sepanjang lebuhraya Utara Selatan dan Pantai Timur.
PLUS juga memperkenalkan beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) yang telah menjalani pengubahsuaian. Antara kawasan rehat yang terlibat dalam proses pengubahsuian ni adalah R&R Rawang (Arah Utara), R&R Machap (Arah Selatan), R&R Gelang Patah (Arah Selatan), Restoran Jejantan Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan). Juga PLUS juga telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) dan juga pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (Arah Utara).
Untuk maklumat lanjut:
PLUS MALAYSIA
Website: http://www.plus.com.my/
Leave a Reply