Assalamualaikum w.b.t
Kecil Si Cili Padi | Bila sebut pasal negeri paling kecil di Malaysia mesti satu dunia dah tahu, bahawa Perlis adalah negeri paling kecil dalam Malasyia. Negeri paling hujung utara dan kecil yang terpahat dalam peta dunia dalam Malasyia. Tapi kecil bukan sebarang kecil tau, kerana Perlis juga mempunyai tarikan yang menarik dari segi budaya, keindahan alam dan paling best dari segi makanannya.
Negeri Perlis Indera Kayangan
Walaupun Negeri Perlis bukan antara negeri pelancongan utama seperti Melaka tetapi ianya mempunyai tarikan yang membuatkan setiap pengunjung akan meninggalkan sesuatu kenangan paling indah untuk bercuti disini. Mengikut sejarah, Perlis sebenarnya berada di bawah Raja Thailand sehingga masa Sultan Kedah mengambil alih. Ianya kemudian diserahkan kepada British selepas perang dan akhirnya, Perlis menjadi sebahagian daripada Malaysia pada Hari Kemerdekaan. Antara bandar yang masih tenang hingga ke hari ini, Perlis masih mengekalkan daya tarikan dunia lama dengan pembangunan yang sangat minimum.
Antara Perlis famous food menarik yang wajib dicuba
Perlis walaupun merupakan negeri yang tidak mempunyai tempat shopping mall yang besar dan pembangunan yang minimum tetapi kaya dengan makanan tradisinya. Bila Mrsyanie risik-risik di laman sosial Mrsyanie mengenai Perlis famous food, rupanya banyak sangat makanan yang boleh korang cuba. Ini bagi food hunter memang wajib datang ke Negeri Perlis Indera Kayangan untuk mencubanya sendiri tau. Apa lagi jom kita tengok antara Perlis famous food menarik yang wajib dicuba. Sebelum itu, untuk pengetahuan korang Mrsyanie dapat beberapa info ini dari UNSEEN MALAYSIA page tau. Bukan kata negeri Perlis sahaja, korang juga boleh dapatkan pelbagai info pelancongan mengenai negeri-negeri di seluruh Malaysia di page UNSEEN MALAYSIA.
- Medan Ikan Bakar – Medan ikan bakar yang terkenal di Perlis adalah di Kuala Perlis. Terdapat pelbagai gerai menarik yang menawarkan makanan seafood segar. Ianya merupakan Perlis famous food yang wajib korang cuba.
- Jeruk Maman – Ianya merupakan sejenis acar sayur yang ditapai dengan garam dan air selama tiga hari di mana ia menjadi masak dan warna keperangan. Ia biasanya disajikan dengan bawang dan bawang cili. Ini sedap kalau korang makan dengan nasi putih panas-panas. Super nyum nyum.
- Pekasam – Biasanya dibuat dari ikan seperti Puyu, Jawa Carp, Perch, dan Tilapia dan juga udang. Ada jugak yang moden kan dengan menggunakan daging dibuat pekasam. Ini kalau makan dengan nasi putih dan ulam sedapnya, mau bertambah-tambah nasinya. Ia dibuat secara diperam dengan garam, serbuk beras goreng, asam jawa dan gula.
- Sira Belinggai – Apabila buah Belantani matang, petani akan mengeluarkan kandungan buah ini dan campurkan dengan santan untuk membuat Sira yang biasanya dimakan semasa teh atau kopi sewaktu petang setelah para petani pulang dari sawah. Ini pertama kali Mrsyanie dengar tentang Sira Belinggai, mana tahu nanti rezeki Mrsyanie ke Perlis boleh rasa makanan tradisi Perlis ini.
- Nasi Ulam – Makanan tradisional Perlis di mana nasi bercampur dengan beberapa jenis daun yang termasuk Noni, Putat, Sekentut, Selom dan Mentalum. Selain itu, ditambah juga lada dan ikan kering kemudian dihancurkan dan digaulkan bersama nasi. Kalau korang suka makan makanan yang berulam korang boleh try di Anjung Keli.
- Laksa Kuala Perlis – Ini antara yang menajdi pilihan pengunjung ke Perlis pada waktu petang. Kuah yang diperbuat dari rebusan ikan segar memang membuka selera setiap pengunjung sambil menikmati pemandangan laut di Kuala Perlis. Antara kedai yang boleh korang cuba di D Adna Laksa Kuala Perlis.
Lokasi antara Perlis famous food menarik yang wajib dicuba:
- Restaurant Nostalgia Honey Daging Bakar, Kuala Perlis
- Mai Cafe Western Food, Kangar
- Hanna Cookies Western, Batu Dua
- Char Kuey Teow Tok Wi, Beseri
- Nasi Kandar beratur, Kangar
- Nasi Ganja Repoh Restaurant, Kangar
- Bihun Sup Ketapang, Beseri
- Bihun Sup, kangar (depan Petron)
- Rojak, Bihun Sup, Laksa, Air Kelapa, Kangar (depan Perpustakaan)
- Cendol, Kangar (berhampiran pencawang TM)
- Nasi Kandar, Kangar (dekat stesen bus express)
- Kuey Teow Goreng Kerang, Beseri (dekat simpang 3 traffic light)
- Kedai Nat, Beseri (setiap Sabtu sahaja)
- Nyiru Klasik Ikan Bakar, Kuala Perlis
Memang sangat heaven bagi pengemar mencari makanan seperti Mrsyanie, tapi bukan itu sahaja. Walaupun Negeri Perlis antara yang keluasan yang terkecil di Malaysia tetapi masih mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh korang lawati. Sambil kita cari-cari makan itu boleh lah kita melawat tempat menarik yang terdapat di Perlis. Ha siapa kata Perlis tiada tempat menarik, nak kena diorang ini. Antara aktiviti extreme yang korang boleh lakukan adalah bagaimana cara korang mengatasi ketakutan diri terhadap ular dan reptilia di Ladang Ular, korang boleh meneroka gua gelap gelita di Gua Kelam dan menghayati ketenangan fikiran di Tasik Melati.
Tempat Menarik untuk dilawati di Perlis
- Gua Kelam – Salah satu gua tersendiri di Malaysia dengan gua batu kapur yang panjangnya 370 meter di dekat bandar kecil Kaki Bukit (yang dikenali sebagai Gua Kegelapan). Taman Rekreasi Gua Kelam sangat terkenal dengan ‘gua berjalan’ yang mempesonakan di mana korang boleh memasuki dari satu hujung gua dan keluar di lokasi yang berbeza.
- Hutan Lipur Bukit Ayer – Taman rekreasi ini terletak betul-betul berhampiran ladang ular Perlis di mana setiap pengunjung boleh mengalami pemandangan dan bunyi hutan hujan Tropika atau melalui anak sungai yang sejuk sepanjang perjalanan dalam hutan.
- Muzium Kota Kayang – Sebuah muzium yang memaparkan sejarah Kesultanan Kedah yang mempunyai kaitan dengan bagaimana pembentukkan negrei Perlis. Antara barang sejarah yang boleh dilihat disini seperti wang lama, artifak, senjata dan beberapa perhiasan.
- Kuala Perlis – Sebuah pekan kecil yang memegang salah satu pintu masuk ke Pulau Langkawi. Disini terletaknya jeti yang menghubungkan laluan untuk ke Pulau Langkawi selain korang boleh menaiki feri di Kuala Kedah. Kuala Perlis terkenal dengan perkampungan nelayan kecil dan pelbagai makanan laut yang segar.
- Padang Besar – Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, bandar yang sibuk dengan aktiviti tawar-menawar antara pengunjung dengan pekedai. Disini merupakan salah satu lokasi tempat membeli belah yang terkenal di sempadan Malaysia. Terdapat pelbagai barangan bukan sahaja dari buatan Malaysia, malah terdapat juga barangan yang dibuat daripada Thailand. Selain cenderahati, pakaian dan barangan kering terdapat juga jualan makanan seperti kekacang dan beras pulut.
- Taman Negeri Perlis – Di sinilah rizab hutan Mata Ayer dan Wang Mu. Taman ini juga kaya dengan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, gua-gua yang luas dan sungai. Bukan itu sahaja, ia adalah satu-satunya tempat di Malaysia di mana pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan unik dapat dijumpai.
- Ladang Ular – Salah satu daripada dua tempat perlindungan ular di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenis ular dan reptilia yang lain. Korang boleh melihat King Cobra yang menakjubkan dalam tindakan di dalam sangkarnya dan mengambil gambar yang tidak dapat dilupakan dengan reptilia yang jinak.
- Taman Herba – Pelbagai herba, rempah dan tumbuh-tumbuhan tradisional yang berjumlah lebih daripada 1000 spesies ditanam di sini. Pengunjung dapat melihatnya, belajar tentang tumbuhan herba dan lihat bagaimana mereka menanam tubuhan herba.
- Tasik Melati – Tasik yang tenang yang sering dikunjungi untuk berkelah, berperahu atau hanya sekadar berjalan-jalan di sekitar tasik.
Bab penginapan korang jangan risau, disini mempunyai pelbagai hotel atau homestay yang boleh korang sewa. Mrsyanei kongsikan dengan korang antara penginapan yang memjadi pilihan ramai. Antaranya Hotel Sri Malaysia Kangar, Putra Brasmana Hotel, Putra Putri Lodge dan Putra Regency Hotel. Untuk penginapan bajet juga banyak terdapat disini, nak lagi mudah korang boleh layari laman sesawang www.traveloka.com untuk mendapat tawaran penginapan yang menarik.
Korang boleh rancang dari sekaran untuk percutian keluarga ke Negeri Perlis pula. Bawa keluarga untuk mengenali lebih tentang negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Sedikit perkongsian tentang Perlis famous food dan lokasi menarik untuk orang lawati di Perlis.
Perlis kalau ikutkan Sally pernah sampai sekali je tu pun sbb nak masuk Padang Besar..hahaha
Lepas ni leh buat jelajah perlis pulak..hihihi
unik kan negeri kecil ni…teringinnyaaaa nak pi sana.
Yanie pun tak habis jelajah lagi.. hihi
Rasa macam tak pernah sampai Perlis lah. Eh, ke pernah pergi Padang Besar je huhu.
apa lagi buat planning bcuti ke perlis pulak ihihi
Bila nak sampai perlis ni .. menarik jugaa
Tak pernah lagi jelajah seluruh negeri Perlis ni, nak kena masuk wishlist ni.
Ya Allah … nk diet camni klu tergugat tgok makanan sesedap cam ni.. utara mmg mknn tak sedap xsah ..
Wahhh… Mcm2 ado… Hihihi
Belum pernah sampai lagi area sana. InsyaAllah nanti nak pergi.. Pekasam tu menggoda selera betul
Thanks sharing Yanie. Plan tahun ni nak jelajah Perlis, senang la ikut panduan yg yanie bagi ni.
Laksa perlis sedap!
Noted dengan list restoran tersebut untuk cuba. Nak ke sana pun mudah dah sejak ada tren ekspress ke sana.
Dulu study kat Perlis tiap minggu layan cendol dengan char kuey teow 😀