DASHING SPORT Khusus Buat Lelaki Aktif

Wangian Rekaan Khas buat Lelaki Sukan | Sekarang tengah hangat berlangsung sukan Komanwel Gold Coast Australia 2018, tahniah dan semoga berjaya team Malaysia. Di tempat kerja Mrsyanie pun sedang berlangsung sukan antara kakitangan, cuma Mrsyanie jelah yang tak masuk sebarang acara tahun ini. Rehat setahun untuk menjaga sicomel dalam perut ni hihi tapi Mrsyanie tetap menjadi penyokong tegar tau. Bukan nak cerita pasal sukan tapi ianya masa sesuai sangat nak perkenalkan wangian baru dari produk yang cukup terkenal dipasaran khas buat lelaki macho iaitu DASHING Sport Wangian. Dimana Dashing kini telah lancarkan produk wangian yang khusus buat lelaki aktif dengan variasi wangian berbeza.

DASHING Sport Wangian
Sumber gambar Landak UPSI

Rekaan Khas Lelaki Aktif

Sebelum ini Mrsyanie ada kongsikan dengan korang satu contest yang melibatkan produk DASHING sport  iaitu variasi MCFC Hattrick (warna biru) dan Ultimate Kick (warna hitam) yang telah berada dipasaran. Siapa ada masuk contest tu?

Tahniah tau yang terpilih. Kini DASHING Sport wangian rekaan khas lelaki aktif melebarkan lagi rangkaian wangiannya dan memperkenalkan pula variasi wangian yang memikat dan mampu bertahan sehingga 24 jam khusus buat lelaki yang aktif. Bukan hanya untuk lelaki yang bersukan tetapi sesuai juga buat lelaki yang aktif dan kerap berpeluh. DASHING Sport adalah pilihan yang sesuai untuk korang bagi mengekalkan aura lelaki maskulin, macho dan daya keyakinan yang tinggi.

BACA: Gunung Banang

DASHING Sport Wangian Rekaan Khas Lelaki Aktif

DASHING Sport Wangian

Semburan Deodoran DASHING Sport bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan.

See also  Melawan Fobia Gayat di Sky Tower Melaka

DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman (warna hijau) dan Golden Boot (warna kuning) yang terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Kenapa ianya sangat penting buat lelaki yang aktif kerana Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran.

Ia bukan sahaja sebagai produk wangian tetapi ianya mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Golden Boot 

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

DASHING Sport Wangian
Golden Boot
DASHING Sport Wangian

DASHING SPORT Hitman

Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING SPORT Hitman
Hitman
Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette Hitman

Wangian yang diperkenalkan memang sangat memukau orang sekeliling tau. Mrsyanie lebih suka dengan wangian Hitman, tambahan lagi bila ensuami pakai tau hihi. Menarinya bila ensuami pakai dan bersukan, selepas sukan tiada lagi bau peluh yang teruk. Ianya masih mengekalkan wangian DASHING Sport Wangian rekaan khas lelaki aktif ini.

Korang boleh dapatkan DASHING Sport pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50ml di semua pasaran dan farmasi yang terpilih.

See also  Antara Perlis famous food menarik yang wajib dicuba

Untuk maklumat lanjut DASHING Malaysia

Website: http://www.dashing.com.my/

Facebook: Dashing.MY

Instagram: Dashing_my

yanieyusuf.com

***Klik Untuk Kecantikan Lelaki

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*