
Assalamualaikum w.b.t
Teruja Melihat Wajah Kandungan | Alhamdulillah sempena hari jadi Ensuami akhir bulan Mac yang lepas, Mrsyanie dan Ensuami mengambil keputusan untuk jalankan detail scan untuk kandungan kami. Kiranya ini hadiah paling terindah buat Ensuami sempena hari jadinya untuk melihat sendiri kesihatan dan wajah anak kami sewaktu dalam kandungan. Siapa yang tak terujakan bila kita dapat lihat setiap perkembangan dan wajah kandungan setelah hampir 7 tahun kami menanti kehadiran sicomel ini. Dengan teknologi yang terkini dari 2d sehingga terciptanya 5d dapatlah kita lihat raut wajah dan kesihatan terperinci kandungan.

Detail Scan Kandungan Di Rampai Puteri Medical Centre
Ada sesetengah rakan yang tanya kepada Mrsyanie kenapa perlu buat scan, biarlah jantina kandungan itu dirahsiakan. Kiranya macam surprise lah dah lahir baru tahu raut wajah dan jantina anak macam mana. Untuk pengetahuan semua, detail scan yang kami lakukan bukanlah semata-mata untuk melihat jantina dan raut wajah kandungan. Ini adalah bonus buat kami, tetapi paling utama Mrsyanie jalankan scan ini untuk mengetahui perkembangan pembesaran kandungan dan kesihatan. Dengan teknologi terkini kita boleh tahu kesihatan secara terperinci mengenai kandungan seawal kandungan lagi. Kita boleh tahu saiz kandungan adakah mengikut perkembangan pembesarannya, dari segi kesihatan jantung, buah pinggang, ukuran jarak mata dan banyak lagi korang leh tahu tentang kesihatan kandungan korang.
Kenapa Memilih Rampai Puteri Medical Centre
Sebenarnya banyak klinik dan hospital yang Mrsyanie survey untuk jalankan detail scan ni, akhirnya Mrsyanie memilih untuk jalankan detail scan kandungan di Rampai Puteri Medical Centre Kuala Lumpur. Mrsyanie tertarik dengan perkongsian dari blogger Ben Ashaari perkongsian tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rampai Puteri Medical Centre. Sebelum buat keputusan Mrsyanie baca juga komen-komen dari beberapa review yang lain. Ramai yang sangat berpuas hati dan ianya merupakan hospital yang mengutamakan perkhidmatan buat ibu mengandung dan kanak-kanak.
Tambahan pula kesemua kakitangan dan doktor yang bertugas adalah wanita. Dari segi aurat dan segan silu untuk bertanyakan sebagarang soalan dah tak perlu pikir. Mrsyanie memang jenis banyak tanya yelah ini pertama kali Mrsyanie mengandung dan banyak juga perkembangan yang perlu Mrsyanie ketahui tentang kandungan dari awal.


Malah hospitalnya sangat selesa dan kawasan yang mudah untuk parking. Berbaloi bagi Mrsyanie walaupun Mrsyanie datang dari jauh hanya untuk membuat detail scan. Serius sangat puas hati dan berbaloi kerana layanan dan perkhidmatan yang diberikan cukup baik.
Alhamdulillah detail scan Mrsyanie semua berjalan dengan lancar. Setiap inci doktor melihat perkembangan kandungan. Mrsyanie pada mulanya ingat detail scan hanya melihat saiz panjang kandungan, kuantiti air ketumban dan kira macam perkara yang nyata je. Rupanya detail scan ini sangat bagus tau kerana doktor akan mengukur dan melihat setiap inci pembesaran kandungan. Pengalaman Mrsyanie doktor akan mengesan dan membuat pemerhatian terperinci tentang kandungan contohnya kedudukan mata, fungsi jantung, buah pinggang dan sebagainya. Doktornya juga sangat peramah dan mesra, kira sempoi sangat siap biasakan diri kakak bukan doktor hihi
Kebanyakkan disarankan waktu yang sesuai untuk ‘detailed scan’ pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini. Walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada korang untuk menjalani ujian ini atau tidak.
Jantina Kandungan
Nanti Mrsyanie kongsikan lebih terperinci tentang detail scan ye untuk entry seterusnya tetapi dalam entry kali ini Mrsyanie nak fokuskan pada pengalaman Mrsyanie dan antara yang dinantikan adalah jantina kandungan Mrsyanie.
Tujuan Mrsyanie kongsikan jantina untuk bersama-sama pembaca dan rakan-rakan jantina kandungan Mrsyanie. Apa yang mampu Mrsyanie harapkan dari korang adalah doa yang baik-baik untuk fhjunior ye. Semoga kandungan Mrsyanie panjang umur, sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin ya rabbal alamin.
Jangan lupa like video Mrsyanie ini di Youtube tau: https://www.youtube.com/watch?v=XRKN9gWNdzE


Kalau korang nak tahu ianya bukan sahaja menyediakan perkhidmatan detail scan kandungan di Rampai Puteri Medical Centre juga menyediakan perkhdimatan bersalin tau. Bagi yang ingin dapatkan perkhidmatan hospital ini korang boleh hubungi terus Rampai Puteri Medical Centre seperti maklumat dibawah.
Maklumat lanjut:
Rampai Puteri Medical Centre
Website: https://rampaiputeri.com/
Facebook: Rampai Puteri Medical Centre
Instagram: Rampai Puteri
Alamat:
No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South,
53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia.
Clinic: +603-4131 2039
Office: +603-4144 4831
E-mail: admin@rampaiputeri.com
Monday – Friday @ 9.00am – 10:00pm
Maps: https://bit.ly/2ILIew6
wiwiwiwi tak sabar tunggu..
Tahniah kak yanie..
Congrats yanie.. happy for you.. yayyy geng boboi
Eiza pula yang tak sabar tunggu kelahiran baby yanie. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah baby sihat! Baguslah klinik ni.
Tahniah yanie.. Best kan buat detail scan. Rindu plak nk preggy lagi
Alhamdulillahhhh tahniah yanie dan faizal,Kak sue plak sebak tgk video scan tu ,jaga diri baik2 tau,jaga kandungan.
Alhamdulillah… boboy ya.. Moga baby & mama terus sehat wal afiat.. Aaamiinn
Congratulations kak yanie.. semoga baby membedar dgn sihat hehehe
Alhamdulillah…tahniah Yanie n Faizal
Tahniah yanie, barakaAllah syukur nikmat. Seronoknya hospital ni, nampak sgt selesa, nanti Isnin depan sis datang la nk buat medical checkup kt anak sis…
alhamdulillah.. semoga selamat semuanya. Aaminn.. tak ralat datang jauh sekalipun,jika layanan terbaik yang diberikan.
Comelnya Yanie..lama dah x jumpa yanie..kalau jumpa nanti nak peluk2 la….tahniah..jaga kandungan ok..
Nampak selesa sgt hospital ni. Semoga dipermudahkan urusan ye
congrates! btw hospital ni nmpak macam selesa sangat.
Tahniah yanie..
Moga dipermudahkan urusan
Tahniah dan semoga semuanya berjalan lancar
Congrays.. tak sabar nak tahu sambungan.. hehe
Tahniah.. moga semua berjalan lancar k
it’s a boy. congrats yanie. anugerah terindah.. berapa ya caj nya untuk details scan / scan lain2??
Tahniah yanie.. Mesti excited, kan..
Alhamdulillah Happy for you kak Yanie. ^_^
Memamg bagus buat scan nak tengok kesihatan bayi..alhandulillah..semuanya baik2 je..semoga urusan yanie dipermudahkan
Semoga Yanie dan baby terus sihat sampai melahirkan. Details scan bagus utk mengetahui sekiranya ada yang something. At least, kita tahu.
Alhamdulillah , teringat balik scan Rayyan dalam peyot haha moga dprmudahkan urusan nanti
Adik ipar pun pernah bersalin di Rampai Puteri ni dulu. Nampak selesa wadnya
Boleh tau berapa harga detail scan di Hospital ini ye?
Apa procedure @ step utk buat details scan ni?
Kita bole details scan sahaja atau kena follows up dgn Hospital ini? Sbb sy pernah tnya di HUKM (wlaupn sy ada referral letter dr KKIA) HUKM suruh kita follow up utk pertama kali dgn doctor di HUKM dlu dgn byran RM110 kemudian doc akan bg tarikh sekali lg utk details scan (second follow up) dgn byran RM150 … sy rasa bayaran yg dikenakan di HUKM terlalu mahal utk details scan .. maybe yanie bole berkongsi dgn sy harga and procedure details scan do Rampai Medical Centre.
Terima Kasih
#momtobe at 41yrs
#firstbaby
Sebelum datang scan, call pihak hospital dahulu untuk dpaatkan maklumat lanjut dan setkan temujanji. Macam Mamayanie hari tu call dulu untuk setkan tarikh. Detail scan diorang akan buat hari tertentu. Tu yg kena call untuk tetapkan tarikh.
Oh ok thank you yanie d atas info dan no tel hospital… sy akan try call Hospital…
ni nombor hospital.. Clinic: +603-4131 2039, Office: +603-4144 4831