Assalamualaikum w.b.t
Menguji Gayat Seseorang | Adakah korang seorang yang berani tanpa ada sebarang rasa gayat? Ha Mrsyanie awal bulan baru-baru ini bercuti bersama keluarga mertua ke Melaka. Terasa lama tak berjalan-jalan, memang rasa macam bertapa di rumah je. hihi Salah satu lokasi menarik yang menjadi tumpuan kami adalah The Shore Sky Tower Melaka kerana ianya menjadi daya tarikan terbaru di Melaka. Apa yang menarik disana?
The Shore Sky Tower Melaka
Mrsyanie dah selalu ke Melaka tetapi masih belum berkesempatan untuk ke The Shore Sky Tower Melaka merasai sendiri berdiri diatas lantai berkaca tanpa sebarang tali keselamatan. Inilah masanya untuk menguji tahap fobia gayat dan keberanian korang, dalam fikiran Mrsyanie berlegar-legar persoalan kalaulah kaca ini pecah terus jatuh dari tingkat 43 ni. Tapi jangan risau ianya mempunyai daya ketahanan kaca yang sangat kuat dan telah diujia sebelum dibuka kepada orang awam.
The Shore Sky Tower Melaka telah dibuka pada pertengahan tahun 2015 dan ianya merupakan bangunan setinggi 43 tingkat pusat membeli belah tertinggi di Melaka. Ia adalah struktur buatan tertinggi di Bandaraya Melaka dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 kilometer dari setiap arah. Struktur konsep yang digunakan adalah dinding berkaca bagi menerapkan lagi perasaan berada di langit dan membolehkan pengunjung melihat pemandangan bawah secara menyeluruh.
Sky Tower Melaka Menguji Tahap Gayat Seseorang
Sky Tower Melaka menguji tahap gayat seseorang apabila berdiri diatas lantai kaca dari bangunan setinggi 43 tingkat. Jika korang seorang yang gayat, disini korang boleh menjadikan salah satu cabaran bagi melawan tahap fobia gayat korang. Kalau korang nak tahu dah lama Mrsyanie teringin nak cuba tau, yelah pernah viral kan pasal lantai berkaca ni. Bila dapat peluang memang teruja sangat nak cuba tapi bila dah sampai rasa lemah lutut bila nak berjalan melalui titian lantai berkaca tu. Memang Sky Tower Melaka menguji tahap gayat seseorang tau, adakah korang mampu atau tidak untuk berdiri diatas lantai kaca.
Nak tak nak kena jugak lah jalan sebab dah bayar. Harga tiket pula boleh tahan mahal bagi Mrsyanie iaitu RM25 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak berumur 3tahun keatas. Tapi sebab dah lama nak cuba, gagah jugak membayarnya. Cuma disini tidak sesuai untuk warga kurang upaya yang menggunakan kerusi roda. Disana tiada lift yang membolehkan orang kurang upaya menggunakan kerusi roda untuk terus ke puncak (sky deck).
Cuma satu sahaja Mrsyanie rasa pihak pengurusan perlu lihat semula, iaitu diruang lantai berkaca diatas sekali tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera sendiri. Mereka menyediakan perkhidmatan mengambil gambar dan bayaran gambar yang dikenakan adalah RM40 bagi harga sekeping gambar. Ini kerana pihak pengurusan telah kenakan bayaran masuk yang agak tinggi. Apa tujuan orang datang kesitu? mestilah untuk mencuba berdiri diatas lantai kaca kan, jadi nak ambil gambar sendiri pun tidak dibenarkan.
Yup itu salah satu pendapatan mereka tapi berbaloi ke semata-mata berdiri diatas lantai kaca gambar yang dikenakan RM40. Jumlah yang dikenakan kiranya RM25 + RM40 = RM65?. Tapi ianya bergantung kepada pendapat masing-masing, bagi Mrsyanie ianya tidak berapa berbaloi. Mintak salinan softcopy pun akan diberikan jika beli 2 keping gambar. Ermm korang rasa?? hihi Bayar zakat pun tak semahal ini tau.. Pahala pun dapat.. opsss..
Apa pun itu satu pengalaman yang menarik tambahan dapat pergi bersama dengan keluarga. Selain tu, korang boleh melihat pemandangan bandar Melaka secara menyeluruh diatas bangunan yang sangat cantik pemandangannya. Bukan itu sahaja, dalam bangunan disini juga disediakan beberapa lagi aktiviti menarik seperti Toy Museum, The Shore Oceanarium, dan 3D Interactive Park.
Untuk maklumat lanjut:
The Shore Sky Tower Melaka
Alamat : The Shore Sky Tower Sdn Bhd, Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka Tengah, Malaysia.
Nombor Telefon : +06 – 288 3833
Nombor Fax : +06 – 288 3533
Email : info@theshoreskytower.com
Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m
Website: http://skytower.theshoremelaka.com
Facebook : Shore Sky Tower
Mahal jugak caj dia….
Kalau orang memang tak naiklah…
Rase tak berbaloi pulak dah caj masuk, amik gambar pun tak boleh… Hehehhee
Tantikkk la tempat nii…
wow menariknya mmg tinggi dan gayat yer
Agak mahal juga tiketnya ye. Saya memang tak nak dah layan benda yang gayat ni. Dulu time single ok jer, Dah jadi mak ni macam tak berapa nak suka pulak. hehe
Kenapa la masa zie bljr kt melaka, benda ni tak siap lagi.. huhuhu…
Interesting. Tapi memang kena siap duit la kalo nak naik.
Woww..nampakkk macam best betol laa…ok..harga leh tahan…fuhh..msa study dlu belom ada…nasibb baikkk.hehe… Cantiknya klu dapat selfie bebanyakk..kan…hohoo
Wahh terima kasih untuk guide ni. Lain kali pergi melaka nak pergi. Sebelum ni tak tau jalan -.-