Assalammualaikum w.b.t
Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Bersampan Menyusuri Sungai Pokok Nipah | Masih lagi Mrsyanie bersama rakan travel di Sungai Mekong. Dalam entry yang lepas Mrsyanie kongsikan bersama pengalaman Mrsyanie rasa madu lebah, makan buah-buahan dan rasanya sendiri candy dari hasil kelapa. Aktiviti seterusnya yang paling best sebab Mrsyanie memang target untuk lakukannya walaupun macam takut jew, tiada keselamatan diberikan.
Bersampan Menyusuri Sungai Pokok Nipah Ke Muara Mekong di My Tho
Apa lah yang Mrsyanie takut sangat tapi nak jugak buat ni, bersampan Menyusuri Sungai Pokok Nipah Ke Muara Mekong di My Tho. Datang ke Sungai Mekong wajib korang rasai sendiri bersampan tanpa sebarang life jaket tau, tapi jangan risau diorang ni berpengalaman dan menjadi tradisi disini. Antara tarikkan utama pelancong jika datang kesini.
Mulanya memang takut, takut terbalik tapi kalau tak naik lagi rugikan. Gigihkan jugak bersampan menyusuri pepohon pokok Nipah. Memang sampai jem lah sungai ini, dan paling menarik pendayungnya kebanyakkan adalah wanita. Sangat kuat dan gigih dalam mencari rezeki. Respek dengan diorang, bayangkan lah seharian dari pagi sampai petang mendayung ulang alik. Fuh!
Akhirnya berjaya kami menyeberangi sungai dengan bersampan menyusuri pokok Nipah. Walaupun jem (banyak sampan) diorang tetap berjaya membawa dengan selamat. Seterusnya kami dibawa pula merasai menaiki kereta Kuda. Errmm macam kat Malaysia tak ada je kan. Tapi dah sampai kita rasainyalah sebab nak jalan kaki jauh dengan panas lagi, kami pun naik jugak lah. Bayaran adalah ikut kepada berapa yang kita nak bagi, kiranya tips untuk Kuda brape pun tak apa. Diorang tak tetapkan bayaran.
Akhirnya sampai kami ke jetty menaiki bot ke seberang untuk balik ke Bandar Ho Chi Minh City. Dalam bot kami diberi minum air kelapa untuk menyegarkan dan menghilangkan rasa panas. Memang best sebab dapat menikmati pemandangan Sungai Mekong sambil minum air kelapa.
Belakang Mrsynaie tu lah big bos agensi travel yang kami join. Memang puas hati dengan trip Sungai Mekong yang dibawa. |
Selesai aktiviti kami di Sungai Mekong, memang antara lokasi wajib bagi pelancong yang datang ke Vietnam. Walaupun sebenarnya agak simple tapi tetap menjadi satu pengalaman yang berharga. Tiada kat Malaysia tau hihi.
Cho Binh Tay Market @Chinatown
Sebelum balik kami sempat singgah ke Pasar China (ChinaTown Vietnam), tetapi maaf tak sempat ambil gambar didalamnya kerana diorang dah sibuk nak tutup kedai. Disini buka dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang sahaja. Memang sangat ramai dan disini korang tak boleh beli 1 unit barang, kena beli secara pukal. Tetapi ada jugak yang masih menawarkan pembelian 1 unit / 1 helai. Harga memang murah tapi yelah rasa tak sempat nak pusing habis. Masa pun tak mengizinkan kami belek dengan lama.
Cukup masa kami dibawa pula ke lokasi kedai-kedai yang boleh dikategorikan mahal. Betul-betul di Bandar dan dikelilingi hotel yang mewah. Hanya cuci mata jelah kami. hihi Tak lama pun sebab mahal kan.
Kami tak terus balik, kami mintak tour guide hantar kami ke Saigon Square untuk melihat sendiri barangan yang ada. Tapi harga tetap mahal berbanding di pasar malam Ben Thanh jadinya kami terus jalan kaki ke pasar malam Ben Thanh, dekat je rupanya hihi. Ok sambung shopping lagi di pasar malam Ben Thanh.
Hari ke tiga kemana pula lokasi yang nak diterjah? Nantikan ye.
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Part 1 Vietnam (Day 1)
- Part 2 Vietnam (Day 1)
- Part 3 Vietnam (Day 1)
- Part 4 Vietnam (Day 1)
- Part 5 Vietnam (Day 2)
- Part 6 Vietnam (Day 2)
- Part 7 Vietnam (Day 2)
- Part 8 Vietnam (Day 2)
agak2 ada buaya x dalam sungai tu..nice trip!
Syok tu naik sampan. Bestnya dapat tengok negeri orang.
yanie.. budak sesuai tak naik sampan tu?
Allhamdulillah… wow bestnya sis… air kelapa tu mmg best la panas cam gini… selamat bershooping sis…
Perghh seronoknyer bercuti
ada x akak try celup tangan dalam sungai tu ngeh3..
ehehe tingin nak p Vietnam sebab nak naik sampan je.. tapi tahla bila nak pegi sana tatau.. belum trbuka pintu ati =P
sesuai je, sebab ramai yang naik.. tak jauh sgt pjalanannya..
alamak terpikir jugak ari tu tapi tak tanya sebab takut hahaha
alamak terpikir jugak ari tu tapi tak tanya sebab takut hahaha