Assalammualaikum w.b.t
Pulau Sentosa Lokasi Utama Kota Singa | Mrsyanie janji ini entry terakhir bagi trip sehari di Singapore ye. hihi Korang nak tahu dalam banyak-banyak lokasi, Pulau Sentosa Singapore antara lokasi menarik dikunjungi setiap kali ke Singapore. Macam mana pun korang perlu letakkan ianya sebagai salah satu lokasi utama dalam itinerari korang ye.
Pulau Sentosa Singapore Antara Lokasi Menarik Dikunjungi
Pulau Sentosa merupakan salah satu Pulau yang terletak dihujung Singapore. Ianya dijadikan salah satu pusat perlancongan yang terkenal dan membawa simbolik utama bagi negara Kota Singa ini. Disini juga terletaknya Universal Studio Singapore (USS) yang menjadi tumpuan ramai. Rindu betul Mrsyanie nak masuk dalam USS tau walaupun dah pernah sampai tapi rasa tak puas lagi nak rasai keterujaan disana.
Selepas kami dibawa melawati lokasi menarik Kesenian Melayu dan Islam Singapore, kami terus ke Pulau Sentosa. Pulau Sentosa Singapore antara lokasi menarik dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun luar negara.
Menarik Sekitar Pulau Sentosa Singapore
- Globe Universal Studio Singapore (USS)
Kami juga tidak lepaskan peluang untuk jelajah Pulau Sentosa. Lokasi wajib kami pergi adalah dihadapan globe yang tertulis UNIVERSAL, yang terletak dihadapan pintu masuk USS. Ehh kami tak masuk USS, kalau masuk mau kena bermalam disini.hihi Untuk ke USS Mrsyanie sarankan korang untuk luangkan masa 1 hari didalam USS sahaja.
Banyak sangat aktiviti yang boleh korang ikuti disana, memang tak sempat ke lokasi lain. Trip kali ini Mrsyanie hanya bergambar ramai-ramai dihadapan globe yang merupakan salah satu mercu tanda Singapore.
Pelbagai lagi menari disekitar hadapan pintu masuk USS dan kami diberi masa lebih kurang 30-45minit untuk bergambar. Kami yang sememangnya suka bergambar apa lagi, habis kami jelajah untuk selfie. Tapi itu pun dah agak kepenatan cuma semangat kami jew tinggi hihi.
- Candylicious Eat Happy
Paling best bila bergambar depan kedai coklat ni, ermm sedap jew tengok. Dari luar dah bau coklat yang menyenangkan dan menyelerakan hihi.. Tapi tak berani masuk sebab kata trip bajet hihi Tunggu beli dekat Langkawi jelah nanti hihi.
- Hard Rock Cafe
- The Merlion
Antara point lain yang korang wajib untuk bergambar adalah dihadapan patung Lion (The Merlion) sama seperti patung di Merlion Park. Tetapi disini lebih besar dan diorang gelarkan patung tu sebagai Father Merlion. Ianya lebih besar berbanding di Merlion Park tapi di Merlion Park boleh keluar air. Yang ini hanya patung semata sahaja dan dihadapannya terdapat signboard besar dengan perkataan SENTOSA.
- Lake Of Dreams
- Mirror Ball
- Palawan Beach
Kami teruskan perjalanan ke Palawan Beach pula dengan menaiki monorail dari Imbiah Station ke Beach Station hanya beberapa minit sahaja. Tapi kalau jalan kaki memang agak jauh dan makan masa. Cuma bila naik tren ni korang kena lah bersabar ye, kena beratur dan ikut peraturan yang ditetapkan. Memang ramai pengunjung yang datang terutamanya hujung minggu.
Sampai di kawasan station Beach korang boleh jalan kaki ke pantai sekitar 8-10 minit atau korang boleh naik trem. Kalau jalan kaki korang boleh lah singgah ke KidZania Singapore yang terletak diantara Beach station dan pantai Pahlawan.
Pantai Pahlawan ini merupakan pantai yang terletak dihujung selatan Singapore. Disini disediakan satu pulau kecil yang telah ditambah untuk pengunjung menikmati pemandangan dengan melihat dari menara yang disediakan. Ianya menghubungkan jambatan gantung untuk ke pulau kecil ini. Dari menara ini korang boleh lihat kapal-kapal yang melalui lautan di Singapore dan pemandangan lautan yang luas.
Disini juga korang boleh mandi tau, cuma Mrsyanie tak berminat untuk mandi kerana air lautannya seperti dicemari mungkin disebabkan oleh dari kapal-kapal yang melalui lautan hujung Singapore.Tapi ramai je yang mandi kat situ dan kawasan sini juga ada disediakan cafe/bar sepanjang pantai.
- Gardens By The Bay
Dah puas kami melihat keindahan pantai disini, kami bergerak menaiki bas yang menanti di sekitar Kidzania tadi untuk ke lokasi terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Lokasi terakhir dan antara yang wajib korang pergi adalah Gardens By The Bay. Ok yang ini bukan didalam kawasan Pulau Sentosa tau. Korang perlu keluar dari pulau untuk ke Gardens By The Bay.
Disini menjadi tumpuan utama selepas Fountain Show tidak lagi dijalankan. Ianya sama masih berunsurkan persembahan lampu neon yang penuh berwarna -warni dengan mengikut alunan muzik dan ia membuatkan ramai pengunjung yang terpukau keindahannya.
Keunikkan disini adalah binaan menara seperti pokok-pokok besar yang disertakan lampu. Persembahan muzik akan bermula sekitar jam 7.30 malam dan korang perlu melihatnya dengan baring. Tenang sangat sambil baring melihat langit dan pokok-pokok berlampu diwaktu malam. Nasib baik malam tu cuaca sangat baik dan tidak hujan. Dapatlah kami melihatnya dengan penuh nikmat.
Gardens by the Bay Singapore juga menyediakan beberapa aktiviti yang boleh korang cuba. Seperti berjalan diatas jambatan yang menhubungkan menara pokok-poko ini iaitu OCBC Skyway
Cukup indah dan ianya penutup buat kami menghilangkan rasa penat seharian jelajah Singapore. Banyak lagi yang boleh dijelajah tetapi ianya sudah memadai bagi korang yang belum pernah lagi ke Singapore. Trip yang lengkap dan sangat seronok. Yeah akhirnya habis juga entry trip Singapore 2017 dan ingat Pulau Sentosa Singapore antara lokasi menarik dikunjungi. Kami terus gerak balik dan hanya singgah sebentar untuk solat dihentian Melaka.
Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet
- Part 1 Day Trip Singapore
- Part 2 Day Trip Singapore
- Part 3 Day Trip Singapore
- Part 4 Day Trip Singapore
- Part 5 Day Trip Singapore
- Part Akhir Day Trip Singapore
Bestnya bila lah dpt pergi sini
cantikkan kat sana.. lama tak pergi
Rindu nak jalan2 lg. heheh best baca entry ko ni. best!
Assalamualaikum.sy nak pergi hujung minggu ni.kalo sy bawa 100sgd je cukup tak sis?
Wslm.. cukup kalau tak shopping. kalau kata itu bajet untuk jalan-jalan, bukan kos wajib (cth pengangkutan dan lain-lain)