Singapore Day Trip Part 5 | Jejak Lokasi Melayu Di Singapore

Assalammualaikum w.b.t

Kesenian Melayu dan Islam | Banyak sungguh entry untuk trip sehari Singapore kan. Yelah setiap entry ada bahagian lokasi yang menarik untuk korang lawati. Kali ini Mrsyanei nak kongsikan dengan korang lokasi perlancongan yang melambangkan kesenian Melayu dan Islam di Singapore. Kalau korang nak tahu lokasi seni Melayu ini terletak satu kawasan dengan Singapore ZAM ZAM Restaurant yang terkenal dengan menu Nasi Briyani dan Murtabak Singapore.

Malay Heritage Centre
Malay Heritage Centre

Lokasi Menarik Kesenian Melayu Dan Islam Singapore

Lokasi seterusnya kami dibawa ke Kampong Glam dimanaianya dikelilingi dengan kesenian Melayu dan lambang Islam di Singapore. Disini terletaknya Malay Heritage Centre dan Masjid Sultan Singapore serta Alsagoff Arab School. Kawasan inilah yang melambang wujudnya Melayu dan agama Islam di Singapore. Plebagai aktiviti yang melibatkan kesenian Melayu akan dijalankan disini. Ini merupakan salah satu lokasi wajib korang lawati untuk mengenali lagi tentang Melayu Singapore.

Lokasi Menarik Kesenian Melayu Dan Islam Singapore
Lokasi Menarik Kesenian Melayu Dan Islam Singapore

Kampong Glam

Apa yang Mrsyanie dengar nama Kampong Glam ini diberi nama banyak yang mengatakan bahawa Kampong Glam bermakna ‘glam’ (istilah setempat bagi mengambarkan ianya cukup ‘mempesona’). Kawasan ini memiliki perpaduan mendalam tentang sejarah Melayu, budaya, dan pemandangan gaya hidup asli.

Kampong Glam dahulunya adalah desa nelayan di tepi Rochor River. Kampung dalam bahasa Melayu berarti ‘daerah pedesaan’, dan area ini dikenal dengan pohon gelam (atau Pohon Paperbark) yang tumbuh di sini dan digunakan untuk membuat kapal. Pada tahun 1822, Sir Stamford Raffles menghibahkan daerah tersebut kepada Sultan berkebangsaan Melayu, Sultan Hussain Mohammed Shah dan lainnya di komunitas muslim, termasuk pedagang Arab dan Bugis.

 

See also  Ubat Kuat Lelaki Dengan Essential Oils

Dibangun 160 tahun yang lalu oleh Sultan Ali, putra Sultan Hussein Shah, Istana Kampong Glam dulunya pusat kerajaan dari kesultanan Melayu di Singapura. Setelah direstorasi untuk mendapatkan kejayaannya di masa lampau, Malay Heritage Centre bertempat di tanah yang dilestarikan dengan baik dan wajib dikunjungi oleh siapapun yang tertarik memahami sejarah masyarakat Melayu Singapura.

Istana Kampong Glam yang pertama, awalnya struktur kayu dibangun di atas panggung. Tingkat atas yang dikenal sebagai ‘panggung’, atau ruang tamu utama dan ruang tidur rumah tersebut. Pada tingkat dasar, ‘kolong’ digunakan sebagai area penyimpanan, pekerjaan atau pelayanan, atau bahkan area bermain anak-anak.

Mrsyanie tak dapat nak masuk dalam kerana masa yang terhad, kami sekadar melihat dan bergambar dari sturktur luaran Istana. Kalau korang tengok bangunan istananya seperti bangunan rumah lama British kan. Teringat pula cerita Tan Sri P. Ramlee yang banyak berlakon di kawasan rumah seperti ini. Alah lupa pulak filem apa ye.. hihi Sebelum kami ke restoran Zam Zam Singapore, kami melalui kawasan Masjid Sultan.

Masjid Sultan Singapura

Antara lokasi menarik kesenian Melayu dan Islam Singapore adalah Masjid Sultan Singapura. Kalau korang nak tahu Masjid Sultan juga terletak dekat dengan Malay Heritage Centre dan seperti yang Mrsyanie bagitahu diawal entry ianya juga berdekatan dengan restoran Zam Zam Singapore. Masjid Sultan ialah sebuah masjid utama Singapura yang terletak di kawasan Kampung Glam. Ia merupakan sebuah masjid terpenting negara dan menjadi salah satu tanda kewujudan Islam disana.

Sempatlah kami singgah disini untuk solat Zuhur dan Asar (buat Solat Jamak dan Qasar jew). Islam itu kan memudahkan, jangan cari alasan untuk tidak solat tau. ehh sampingan dalam ingat-mengingati. Masuk sahaja kawasan masjid, agak keliru jugak mulanya nak cari kawasan solat wanita. Cuma yang menarik disini adalah kemudahan lift disediakan untuk pengunjung yang kurang upaya.

See also  Patch Tasneem Naturel Terbaru Untuk Membantu Tidur yang Lena dan Atasi Sistem Pernafasan Bayi

 

 

 

 

Masjid Sultan Singapura
Masjid Sultan Singapura
Struktur dalaman Masjid Sultan Singapura
Struktur dalaman Masjid Sultan Singapura

Kalau nak tahu kawasan solat wanita terletak dibahagian atas tapi untuk ambil wuduk atau bilik airnya terletak dibawah. Itu je macam agak susah sikit bagi kaum hawa ni, yelah nak ambil wuduk terpaksa keluar semula dan tempat wuduknya bersebelahan dengan kawasan wuduk lelaki. Maaf lah mungkin dah terbiasa di Malaysia kita asingkan jarak tempat wuduk dan bilik air hihi..

Seni bina dalaman memang sangat cantik dan indah, bila solat pun rasa tenang jew. Waktu kami kesana kebetulan ada pasangan yang bernikah disini tau, meriah sangat dengan kunjungan pihak pengantin. Masjid Sultan ini melambangkan yang disini terletaknya lokasi menarik kesenian Melayu dan Islam Singapore. Untuk lokasi seterunya kami dibawa ke Universal Studios Singapore (USS) tau.

 

Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*