Singapore Day Trip Part 2 | Menarik Mercu Tanda Singapore

Assalammualaikum w.b.t

Kembali Bercuti Dengan Kos Bajet | Kali ke-2 kiranya Mrsyanie masuk ke Singapore, dah pernah sampai tak kan nak masuk lagi?. Tapi disebabkan Mrsyanie belum habis pusing satu Singapore, Mrsyanie teruskan juga trip kali ini. Dulu pergi negara jiran sempat masuk Universal Studios Singapore (USS) je. Kali ini misi travel adalah untuk pusing dan jelajah satu negara. Fuh nasib baik negaranya kecil kalau besar jenuh nak jelajah haha. Yang paling bestnya kali ini pergi dalam bajet yang paling minimum tau.

Trip Penuh 1 Hari Ke Singapore Havoc Dan Padat
Trip Penuh 1 Hari Ke Singapore Havoc Dan Padat

Trip Penuh 1 Hari Ke Singapore Havoc Dan Padat

Percutian kali ini memang berbeza sangat sebab pergi trip hanya 1 hari,bersama rakan-rakan dan Mrlaling tak pergi sekali. huhu Disebabkan Mrlalin dah pernah pusing Singapore jadi dia izinkan Mrsyanie pergi dengan rakan-rakan yang lain. Asalnya pergi 3 orang jew tapi nasib baik ada lagi kawan yang nak turut serta. Jadi kita berlima lah dalam trip penuh 1 hari ke Singapore havoc dan padat dengan tentatif lokasi yang akan kami lawati. Seperti dalam entry itinerari bajet trip sehari ke Singapore, Mrsyanie ada bagitahu yang trip ini bukan secara backpacker tetapi trip bersama travel agensi tau. Korang nak tahu tentang travel agensi tu boleh ke entry Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore.

Kami bertolak dalam jam 10.00-11.00 malam jugak tapi semua diaturkan oleh pihak agensi. Kami hanya menunggu sahaja untuk menaiki bas yang telah ditetapkan. Kira jam 4.00 pagi kami sampai ke kawasan R&R Gelang Patah untuk berehat dan mengambil penumpang yang lain. Kiranya bukan di KL Sentral sahaj pick up point, diorang ada setkan juga di R&R Gelang Patah (sekali jalan). Disini kami mandi dan rehat sebentang sementara menunggu solat Subuh jam 5:33 pagi. Sarapan juga pihak agensi sediakan tau, sarapan kami pagi itu adalah Nasi Lemak dan Teh O Panas. Cukup untuk alas perut awal pagi kami sementara nak sampai ke Singapore.

See also  Avant Chocolate Cameron Highlands Antara Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi

Sewaktu dalam bas kami dah siap diberi White Card dan pihak tour guide siap berikan penerangan tentang pengisian kad tersebut. Jadi wajib bawa pen tau untuk mudahkan korang isi, nanti tak lah kena pinjam pen orang lain. hihi. Sepanjang pemeriksaan disempandan berjalan dengan tetapi ada seorang ahli travel satu bas kami yang terkandas di Imigresen Singapore. Lama jugak kami menunggu, semua macam tertanya-tanya kenapa. Sampailah tour guide kami balik semula ke bas beritahu yang seorang ahli ditahan. Nak tahu kenapa? ha sebab passport dia terkoyak sedikit sahja tetapi dipertikaikan oleh pihak Imigresen Singapore. Jangan buat main-main ye kalau passport korang terkoyak atau terconteng atau terkena air.

salah satu simbol anak Merlion yang terdapat di Merlion Park
salah satu simbol anak Merlion yang terdapat di Merlion Park

Tapi jangan risau disebabkan kami pergi secara berkumpulan dibawah tour agensi, dia diberi tempoh untuk lawatan ini. Adalah prosedur yang perlu dia ikutkan jadi kami gerak dulu ke destinasi seterusnya, pihak agensi memintak dia untuk naik kenderaan awam terus ke lokasi kami nanti. Alhamdulillah dapat lah dia bersama kami meneruskan trip penuh 1 hari ke Singapore havoc dan padat dengan aktiviti seharian. Sampai sahaja di lokasi pertama kami diperkenalkan dengan tour guide dari Singapore, nak tahu siapa? ha dia adalah vblogger Singapore iaitu Gia. Telatah dia buatkan kami rasa havoc dan enjoy tau dengan trip ni.

Lokasi Mercu Tanda Singapore

  • Cloud Nine: Raining

Lokasi pertama kami adalah di Cloud Nine: Raining. Cloud Nine: Raining adalah salah satu art atau karya seni kontemporari berbentuk awan yang terapung di atas air.

Cloud Nine: Raining
Cloud Nine: Raining
Cloud Nine: Raining, awan di sungai Singapore
Cloud Nine: Raining, awan di sungai Singapore
  • Merlion Park 

Kami meneruskan perjalanan kaki ke lokasi mercu tanda Singapore yang utama iaitu Merlion Park. Disini memang wajib korang datang jika ke Singapore, kerana disini terletaknya imej ikon negara Singapura, Merlion yang merupakan satu mitos dimana ia berkepala singa dan badan ikan. Ia adalah lambang atau maskot yang digunakan oleh Singapore yang mana ianya mempunyai cerita disebalik kejadian kepala Singa berbadan Ikan. Nama Merlion merupakan gabungan dari “mermaid” dan “lion”. Merlion Park buka 24 jam setiap hari dan ia terletak di depan Singapore River.

See also  Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2 - sepetang di pantai
Merlion Park 
Merlion Park
sumber gambar: google.com
sumber gambar: google.com

Sepanjang berada di merlian Park yang sememangnya ramai sangat pengunjung, korang juga boleh melihat dari jauh bangunan lain yang menjadi mercu tanda Singapore yang lain seperti Marina Bay Sands dan Esplanade. Dihadapan Marlion korang boleh lihat keunggulan seni bina bangunanMarina Bay Sands.

  • Marina Bay Sands

Marina Bay Sands merupakan resort yang berbentuk unik gabungan bentuk 3 bangunan dan sebuah kapal diatas nya. Disini terdapat ribuan bilik dan diatas sekali yang berbentuk kapal tu mempunyai kasino terbesar di Singapore. Harga biliknya tak yah usha lah ye..haha mahal dan ia mempunyai kolam renang yang panjang dan mewah.

 

 

 

Marina Bay Sands
Marina Bay Sands
Marina Bay Sands di hadapan Merlion Park
Marina Bay Sands di hadapan Merlion Park
  • Esplanade
Esplanade - Theatres on the Bay
Esplanade – Theatres on the Bay

Esplanade adalah sebuah pusat seni dan merupakan salah satu pusat seni yang paling aktif dan sibuk di dunia. Dengan bentuk atapnya yang unik dan mirip berbentuk microfon tau, bukan apa ada yang kata mirip buah durian. Ini info yang diterangkan oleh tour guide Singapore kami, tapi secara logik memang berbentuk microfon, tak kan lah sebuah teater nak dikaitkan dengan buah durian. hihi Esplanade memiliki banyak fasilitas yang berhubungan dengan seni, misalnya ruang konser, teater dalam ruangan, teater luar ruangan, perpustakaan, ruangan pameran lukisan, hingga food court dan lain-lain.

Sewaktu trip penuh 1 hari ke Singapore havoc dan padat ni cuaca agak kurang baik, sekejap hujan sekejap berhenti. Awan pula sentiasa mendung jew, tapi kami meneruskan perjalanan untuk melihat keunikkan dan kesenian bangunan yang terdapat di Singapore. Banyak lagi lokasi yang perlu kami jelajah, cewah.. Apa yang Mrsyanie nampak di Singapore ni lebih menekankan keunikan dari segi struktur bangunan yang mencakar langit dan unik. Habis pusing di Merlion Park, kami teruskan ke lokasi seterusnya iaitu.. eh nantilah tunggu entry seterusnya. hihi..

See also  Tayangan Drama Sweet Dreams Episod ke4 Online

 

Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*