Singapore Day Trip Part 3 | Fokus Shopping Pulak!

Assalammualaikum w.b.t

Lebih Meluas Jelajah Ke Singapore | Dalam entry yang lepas Mrsyanie kongsikan dengan korang lokasi menarik yang memaparkan mercu tanda Singapore. Apa yang Mrsyanie nampak di Singapore antara yang menjadi tarikan adalah struktur bangunan yang dibina penuh dengan keunikkan dan diterapkan elemen-elemen tersendiri. Singapore Day Trip bajet dan lebih menarik Part3 kita teruskan jelajah bandar Singapore walaupun cuaca pada hari kami sampai kurang baik tapi ia tidak mematahkan semangat trip kami. Kepenatan kami belum berakhir lagi, selepas dah berposing sakan depan patung mercu tanda Singapore kami terus berjalan kaki ke lokasi menarik yang lain. Tak jauh pun kami hanya perlu berjalan kaki sekitar dalam 5 minit sampai.

Singapore Day Trip Bajet Dan Lebih Menarik Part3
Singapore Day Trip Bajet Dan Lebih Menarik Part3

Singapore Day Trip Bajet Dan Lebih Menarik Part3

Lokasi seterusnya adalah melihat struktur seni bina Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore. Bila dilihat ianya seperti bangunan mahkamah jew dan dilihat penuh misteri gitu. Kami tak sempat nak masuk kedalam tetapi cukuplah sekadar bergambar diluar. Mungkin satu hari nanti Mrsyanie boleh menonton teater dalam Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore ni. Insya-Allah. Unik tentang bangunan ini adalah ditengahnya terdapat satu menara jam yang tinggi dan diapit dibawahnya 2 bangunan.

  • Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore

Ia merupakan sebuah kompleks dua bangunan dan ditengahnya terdapat menara jam yang terletak di satu koridor yang sama; bahagian tertua bangunan mula dibina pada tahun 1862, dan kompleks ini telah disiapkan pada tahun 1909. Kompleks ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan baik pulih, kebanyakannya baru-baru ini pada tahun 2010 apabila kompleks itu ditutup untuk projek pengubahsuaian empat tahun. Ia dibuka semula pada 15 Julai 2014. – wikipedia.org

Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore
Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore

Sekitar Victoria Theatre dan Concert Hall Singapore terdapat beberapa simbolik menarik yang boleh korang bergambar seperti Mirror Balls, tugu dan sebagainya. Mrsyanie tak sempat nak bergambar dekat Mirror Balls tu sebab terkejar masa. Banyak lagi lokasi yang perlu kami lawati. Ha lagi satu Mrsyanie nak ingatkan korang, pastikan korang jangan langgar peraturan lalu lintas di sana tau. Nanti korang kena saman sebab setiap trafik light disana ada kamera cctv. Pengalaman betul rasanya sebab ada yang lintas sewaktu lampu merah jenuhlah tour guide kami jerit jangan lintas..haha..

See also  Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur

Tak shopping ke? ha dalam entry Singapore day trip bajet dan lebih menarik part3 ni Mrsyanie kongsikan dengan korang lokasi shopping yang terkenal di Singapore. Tapi bukan shopping yang bajet mahal-mahal, kita hanya shopping barangan cenderahati yang murah-murah jew. hihi. Nama pun trip bajet, jadi kita kenalah pilih lokasi yang bajet jugak.

  • Mustafa Center

Kemudian kami terus dibawa ke satu lokasi shopping yang terkenal dengan barangan minyak wangi import dan barangan gajet, iaitu Mustafa Center. Ianya beroperasi 24jam dan menjual pelbagai barang serta perkhidmatan dalam bidang perlancongan. Mustafa Center mall ini terkenal dengan barangan yang lebih murah berbanding di shopping mall yang lain.

Antara menarik yang boleh korang shopping disini adalah minyak wangi berjenama. Jualannya siap dengan potongan harga sehingga 20%-90% pun ada dan minyak wangi disini bukan calang-calang tau, semuanya berjenama dan diimport dari luar negara. Mrsyanie maaflah tak beli sebab memang target travel hanya untuk melihat sekitar negara orang. Nak shopping pun hanya yang perlu sahaja, minyak wangi tunggu sale dekat SOGO KL lah baru Mrsyanie beli hihi. Ada jugak minyak wangi import yang tak pernah Mrsyanie tengok di Malaysia, rambang mata jugak lah sebenarnya. Tapi tahan supaya tak beli yang tak perlu untuk masa terdekat.

Selain minyak wangi disini juga terdapat barangan mewah yang lain seperti jam tangan, barang elektrik, barang kemas, makanan dan barangan gajet. Mustafa Center mempunyai 4 tingkat dan bukan sahaja barangan yang dijual ada juga dijual keperluan makanan disini.

  • Bugis Street

Di Mustafa Center Mrsyanie dan kawan-kawan hanya ‘window shopping‘ je, nak beli pun ekonomi agak kurang membenarkan hihi. Seterusnya kami terus dibawa ke satu lagi kawasan shopping. Lokasi seterusnya adalah lokasi yang wajib untuk korang shopping. Lokasi shopping murah dan terkenal dengan barangan cenderahati iaitu Bugis Street.

See also  Fungsi Berus Makeup Berbeza-beza

Bugis Street adalah sebuah jalan di Singapura yang terkenal dengan barangan cenderahati yang bersimbolkan  pusat perlancongan di Singapore. Ia menawarkan keperluan dan barangan yang murah disetiap kedai yang ada disini. Nak beli cenderahati disini adalah lokasi yang sangat sesuai kerana murah dan berpatutan. Penuh dengan lambang Singa berbadan Ikan tau, maskot Singapore lah tu. Kedai yang kami masuk adalah Singapore Souvenir Centre dan setiap pelanggan yang datang ke kedai ini diberi kupon untuk gift dengan pembelian 20sgd.

Cenderahati yang sempat dibeli
Cenderahati yang sempat dibeli

Singapore Souvenir Centre  mempunyai 2 tingkat dan menjual pelbagai barangan cenderahati seperti keychain, baju, beg dan makanan istimewa di Singapore. Disini korang boleh dapatkan pelbagai cenderahati untuk kenangan dan sebagai hadiah kepada ahli keluarga. Mrsyanie tersangkut jugak lah dengan beberapa cenderahati disini, harga jika di Singapore memang murah. Tapi kalau ditukar, harganya boleh tahan gak lah. Cuma di Malaysia korang tak dapatlah beg atau keychain dengan lambang Singa hihi.

Dah penat berjalan dan shopping sakan, kami terus dibawa untuk makan tengahari. Apa lagi Nasi Beriani dan Murtabak Singapore lah jadi tumpuan, makanan yang memang menjadi tumpuan food hunter jika ke Singapore. Tunggu entry seterusnya ye. Panjang-panjang sangat nanti korang tak nak baca pulak.haha

 

Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

7 Comments

  1. Bestnyaaaa ke Singapore.. Killa ada juga pasang niat nak travel-travel ni, bila go through blog yanie, rasa macam nak booking cuti je ni nak travel2 juga.. good info dear Yanie..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*