Assalammualaikum w.b.t

Makanan Wajib Singapore | Dah lama sebenarnya Mrsyanie nak rasa sajian yang menjadi bualan ramai tiap kali rakan-rakan ke Singapore. Wajib rasa Nasi Briyani dan Murtabak Singapore jika korang datang bercuti kesini. Kali pertama Mrsyanie datang dapat gak lah merasa Nasi Briyani tapi bukanlah nasi Briyani dari kedai paling terkenal di Singapore. Waktu tu tak tahu lagi ada kedai femes jadinya singgah je kedai yang ada logo halal. Alhamdulillah rezeki kali ini dapat rasa Nasi Briyani Dan Murtabak Singapore dari kedai yang terkenal tu iaitu Singapore ZAM ZAM Restaurant.

Singapore ZAM ZAM Restaurant
Singapore ZAM ZAM Restaurant

Singapore ZAM ZAM Restaurant

Bila sebut sahaja makanan wajib cuba di Kota Singa ni pasti akan tersenarai menu Nasi Briyani dan Murtabak Singapore dalam list teratas. Antara restoran yang menjadi pilihan ramai adalah Singapore ZAM ZAM Restaurant. Ianya telah dibuka sejak seawal tahun 1908. Singapore ZAM ZAM Restaurant terletak di Arab Street, Bridge Road dan betul-betul berada dihadapan jalan dengan Masjid Sultan salah sebuah Masjid di Singapore yang menjadi tumpuan. Wajib rasa Nasi Briyani dan Murtabak Singapore ZAM ZAM tau kerana ianya dari resepi turun-temurun yang hampir 100 tahun jugak lah beroperasi.

Restoran ini mempunyai 2 tingkat dimana tingkat bawah adalah tempat dimana makanan disediakan dan hanya ada beberapa meja sahaja. Selebihnya pengunjung akan makan ditingkat atas. Restoran ini menyajikan makanan yang berasaskan makanan India tetapi ianya kepunyai India Muslim atau lebih mesra dipanggil kedai mamak. Menu yang menjadi rebutan adalah Nasi Briyani dan Murtabak istimewa dengan cara masakan Singapore.

Walaupun kedai ini agak sempit tetapi disini memang ramai pengunjung yang hadir, sentiasa penuh tapi nasib kami baik. Naik je atas dah ada pengunjung yang nak balik jadi dapatlah meja kosong untuk kami berlima. Pekerjanya memang pantas buat kerja, cepat jew diorang kosongkan meja untuk pengunjung lain.

Wajib Rasa Nasi Briyani Dan Murtabak Singapore ZAM ZAM

Kebanyakkan yang datang ke restoran ini pasti mencari Nasi Briyani dan Murtabak Singapore. Mrsyanie dan rakan pun tak lepaskan peluang, kami order 2 jenis menu ni jew. Itu pun kami kongsi kerana ianya menyediakan dalam kuantiti yang agak banyak tapi kalau makan seorang waktu tengah lapar memang boleh habis licin. hihi

Wajib Rasa Nasi Briyani Dan Murtabak Singapore ZAM ZAM
Wajib Rasa Nasi Briyani Dan Murtabak Singapore ZAM ZAM

Nasi Briyani disini sama seperti di Malaysia, ada beberapa pilihan lauk iaitu Nasi Briyani  Ayam, Nasi Briyani Kari Ikan dan Nasi Briyani Daging. Bagi Nasi Briyani  daging ada beberapa pilihan samada daging Lembu, Kambing atau daging Rusa. Setiap set Nasi Briyani disini dihidangkan sekali dengan sayur sedikit. Harga pula hanya 6.50sgd bagi Nasi Briyani Ayam, Kambing, Daging Lembu dan Ikan. Jika nak tambah lauk lain atau masakan utama yang lain ada harga tersendiri. Masakan lain ini seperti masak Masala, Kurma atau masak lada.

Murtabak Singapore sama seperti Malaysia cuma ianya lebih nipis dan rasa isinya lebih. Beza disini lagi adalah dari segi harga, diorang pelbagai jenis harga mengikut saiz dan isi dalamnya. Harga pula bermula dari 5sgd sehingga 18sgd. Kelainan disini juga diorang ada sediakan Murtabak Daging Rusa. Saiz murtabak Rusa ada 2 jenis saiz iaitu besar berharga 20sgd dan 10sgd bagi saiz kecil. Mrsyanie kongsi dengan sorang kawan beli daging Rusa yang saiz besar. Mungkin sebab penat tak lalu nak makan banyak tapi rasanya memang sedap dan garing. Diorang punya murtabak tak tebal dan dimakan dengan kuah kari.

Nasi Briyani Ayam Merah
Nasi Briyani Ayam Merah
Murtabak Daging Rusa
Murtabak Daging Rusa

Disini bukan hanya Nasi Briyani dan Murtabak sahaja, ada pelbagai menu yang lain. Tetapi ianya fokus kepada menu masakan mamak seperti masakan Masala dan Kari. Bagi yang nak makan makanan barat pun boleh ada beberapa hidangan yang disediakan dari menu barat dan menu masakan goreng yang lain. Datang sini korang memang wajib rasa Nasi Briyani dan Murtabak Singapore ZAM ZAM baru lah boleh dikatakan dah pernah jejak kaki ke Kota Singa. hihi

 

Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

You may also like

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *