Assalamualaikum w.b.t
Percutian Ke Cherating Pahang | Baru-baru ni Mrsyanie dan Mrlaling bersama dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan aktiviti hari keluarga di Cherating. Kenapa pilihan kami ke Cherating? Cherating merupakan sebuah bandar peranginan di pantai timur Malaysia yang mempunyai keunikkan dan keindahan yang tersendiri.
Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang
Cherating antara salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di Pahang khususnya dikalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Ianya terkenal dengan Pusat Penjagaan dan Perlindungan Kura-kura dan Penyu.
Ini baru serba sedikit tentang Cherating, banyak lagi menarik yang boleh korang terokai disana. Mrsyanie bukan nak cerita pasal sejarah Cherating tau, Mrsyanie nak kongsikan dengan korang itinerary percutian 3 hari 2 malam di Cherating Pahang yang boleh korang jadikan sebagai panduan percutian di sana.
Itinerary 3 Hari 2 Malam Di The Legend Resort
Itinerary ini telah dirancang atau disediakan oleh pihak The Legend Resort bagi percutian santai selama 3 hari 2 malam yang berkonsepkan ”Hari Keluarga #KBBA9”.
Hari Pertama:
- Check-in sekitar jam 2:00 petang
- Free at Leisure
- Jam 7:00 petang, Dinner di Coffee House
- Bergerak dari Legend Cherating ke Hafiz Firefly Tour
- Penerangan dari Encik Hafiz (Hafiz Firefly Tour)
- Pengalaman Firefly Tour (Program melihat kelip-kelip)
- Hotel Presentation di Sri Kenanga Hall
- Supper di Coffee House
Hari Kedua:
- jam 6.45 pagi, Sunrise Watching
- Sarapan di Coffee House
- Jam 9:00 pagi, Telematch atau sukaneka keluarga
- Makan Tengahari di Coffee House
- Menaiki Bas ke Pusat Pembuatan Keropok Lekor
- Melawat ke Turtle Sanctuary
- Melihat Keindahan Mangrove Tours di Sungai Cherating
- Turtle Release at The Legend Resort Cherating
- BBQ Dinner Pirate Night Theme Party di Deep Sea Beach Bar
Hari Ketiga:
- Jam 7:00 pagi sarapan di Coffee House
- Sea Rafting (Aktiviti berkumpulan)
- Melawat Sekitar Resort
- Makan Tengahari dan Check-out
Percutian hari keluarga kali ini disusun dengan pelbagai aktiviti menarik dan santai yang disediakan oleh pihak The Legend Resort. Terima kasih kepada pihak The Legend Resort yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jadual perjalanan percutian yang cukup seronok. Bukan sahaja dapat melihat keindahan dan keunikkan yang terdapat di Cherating malah kami dapat ukhuwahkan lagi ikatan silaturahim antara ahli Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.
Banyak lagi Mrsyanie nak cerita setiap aktiviti yang kami jalankan tau, tak sabar nak cerita ni.hihi Korang kenalah tunggu entry selanjutnya, sebelum tu Msryanie sangat syorkan pada korang yang tengah mencari lokasi menarik untuk hari keluarga, seminar ataupun kursus ”team building” boleh datang ke The Legend Resort ni. Diorang boleh aturkan segala perancangan aktiviti menarik untuk korang tau. Moga itinerary percutian 3 hari 2 malam di Cherating Pahang ini dapat memberi satu panduan untuk korang bercuti dalam Malaysia.
Maklumat lanjut:
THE LEGEND RESORT CHERATING
Director of Sales : Encik Meor Amran
Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,
26080, Kuantan, Pahang Malaysia.
No Tel: 013 3319822
E-mail : dos@legendresort.com.my
Website : www.legendresort.com.my
Alaaa nK baca lagi , tak sabar :p
Cantiknya pool dia
boleh juga ajak reunion sek kesini kan..menarik juga
Bestnya dapat join team building sambil cuti-cuti malaysia. Nanti update gambar. Mcm best jer acara tu.
Bestkan Cherating, terutama menginap di Legend. Banyak aktiviti menarik!
jadual padat tapi best!
Memang tempat ini Charating Resort,, Pahang menarik dan sangatcsesuai untuk bercuto sempena cuti sekolah, boleh bawa keluarga.
Saya pernah ke sana 1 hari 1 malam. Best sangat-sangat.
Tidak rugi bercuti ke sana.
Best gile..nak ulang lagiii plssss
Dah banyak kali pergi Cherating.. Tapi tak pernah stay kat Legend ni.. Sekali dapat peluang stay, terus jatuh cinta..
Memang best KBBA9 FAMILY DAY kali ni kan yanie.. terbaek.. aktiviti memamg padat tapo kita enjoy .. seronok dapat jumpa ramai2..bila lagi laa blh jumpa.balik..
mr laling yer hehe