“Hadiah Terbaik” Buat Insan Tersayang Di Alaf Baru!

Assalammualaikum w.b.t

Hadiah Terbaik Untuk Hari Bapa | Tak dapat nak diungkap sebenarnya, sebab tahun ini Mrsyanie tak dapat nak bagi hadiah secara berdepan dengan Abah. Tapi Mrsyanie tetap dan sentiasa hadiahkan doa buat Abah. Pilu rasanya bila orang yang paling kita sayang tiada disisi tetapi bagi Mrsyanie, Allah SWT lebih menyayangi dan dia bukan milik kita tetapi milik Allah SWT. Beruntung korang yang masih mempunyai Abah kandung untuk dihadiahkan pada hari istimewa iaitu Hari Bapa. Alhamdulillah Mrsyanie masih ada Ayah Mertua, jadi kena lah hargai yang masih ada. Betul tak.

Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017
Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017

Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017

Minggu ini adalah minggu untuk bapa-bapa diseluruh dunia, lebih tepat pada 18 Jun ini merupakan Hari Bapa Sedunia. Korang rancang bagi hadiah apa nanti? Msryanie yakin mesti semua orang pernah memberikan hadiah buat insan tersayang sempena hari istimewa kan. Pasti ada bermacam-macam idea nak bagi hadiah apa pada Abah korang kan dan yang selalu kita fikirkan adalah hadiah seperti bunga, coklat, kek, dan ada juga yang memberi hadiah seperti kereta, rumah dan sebagainya mengikut kemampuan masing-masing.

Tapi adakah itu merupakan “hadiah” terbaik? Ye semua hadiah yang nak diberikan walaupun hanya sehelai baju adalah hadiah yang terindah janji kita ikhlas kan tapi apa yang Mrsyanie maksudkan adalah hadiah yang dapat memberikan jaminan masa hadapan buat insan yang tersayang kelak jika korang sudah tiada.

Hibah Takaful Adalah Hadiah Terbaik!

Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017 adalah hadiah yang boleh menjamin masa hadapan mereka apabila kita sudah tiada. Ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Bapa tetapi juga jaminan untuk anak-anak dan isteri tau. Pernah tak korang dengar mengenai Hibah Takaful? Hibah bermaksud hadiah manakala hibah takaful pula bermaksud hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.

See also  Merawat Kulit Bermasalah Dengan Hawa Skincare

Kenapa kita perlu ambil Hibah Takaful? Sebenarnya ia dapat menjamin masa depan buat ahli keluarga apabila kita sudah tiada. Setidaknya mereka akan lebih terjamin dan ia dapat membantu kehidupan mereka selepas ketiadaan kita terutamanya dalam hal kewangan. Malang selalunya tidak berbau, semua adalah ketentuan tetapi kita boleh membuat perancangan untuk menjaga orang tersayang selepas ketiadaan kita.

Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017
Hadiah Paling Istimewa Khas Untuk Hari Bapa 2017

Antara kelebihan Hibah Takaful ialah:

  • Dapat mengelakkan perebutan harta atau konflik keluarga terhadap harta yang ditinggalkan melalui hukum faraid.
  • Penama adalah penerima mutlak.
  • Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit dan makan masa yang panjang.
  • Penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
  • Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.

Apa pula Hukum Faraid ni?

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak. Pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

  • Bahagian si ayah 1/6,
  • Bahagian si ibu: 1/6,
  • Bahagian si isteri: 1/8,
  • Anak lelaki akan terima 2 bahagian
  • Anak perempuan akan terima 1 bahagian.

Adakah Hibah Takaful ini dibolehkan dalam Islam?

Menurut undang-undang Islam seseorang itu dibenarkan memberi atau menghadiahkan sebahagian atau seluruh harta kekayaannya ketika dia masih hidup kepada orang lain tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan.

Mahal ke nak buat Hibah Takaful ni?

Dengan caruman serendah RM100 sebulan, anda dapat pampasan minimum berjumlah RM250,000 sebagai hadiah buat insan tersayang.

Hibah Takaful merupakan hadiah terbaik buat insan tersayang bukan sahaja untuk Hari Bapa tetapi jaminan buat Ibu, Anak-anak dan Isteri. Hadiah yang mana dapat menjamin masa depan insan tersayang jika kita sudah tiada kelak. Jika kita sudah tiada kelak, insan tersayang dapat melangsaikan segala hutang-piutang dengan hadiah yang telah anda tinggalkan. Manakala lebihan hadiah tersebut dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan yang akan datang. Bukankah itu merupakan hadiah terbaik?

See also  Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Essential Oils Bagi Ibu Lepas Bersalin

 

Untuk maklumat lanjut:

Prudential Wealth Planner

Encik Sazali Zamani

No Tel: 0164114020 (sms atau Whatsapp)

Facebook: https://www.facebook.com/sazali.zamani

Instagram: https://www.instagram.com/sazalizamani

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*