Cukai Pelancongan Dilaksanakan, Kesan Pada Traveler?

Assalammualaikum w.b.t

Adakah Besar Impak Bagi Traveler ? |  Bermula 1 Julai 2017 Pelaksanaan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar antara RM2.50 sehingga RM20 untuk penginapan di seluruh Malaysia, samada hotel-hotel mahupun homestay. Agaknya adakah ia akan menjadi impak buruk atau impak yang baik untuk traveler khususnya bagi rakyat Malaysia sendiri? Apa pun pasti ada penjelasan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berpatutan mengenai cukai ini.

Sumber gambar : Gabungan gambar dari google.com
Sumber gambar : Gabungan gambar dari google.com

Cukai Pelancongan Malaysia Berkuatkuasa 1 Julai 2017

Cukai Pelancongan Malaysia Berkuatkuasa 1 Julai 2017 (kiranya bulan ni dah mula lah ye huhu) dan dilaksanakan bagi seluruh premis penginapan. Apa yang Mrsyanie faham buat masa sekarang ianya tidak tertakluk kepada pelancong asing sahaja, ianya dikenakan keatas semua pelancong samada dalam negara mahupun dari luar. Semua rate sama katanya, cuma lepas ni nak duduk hotel mewah kena pikir panjang supaya tak lama. hihi..

cukai itu tidak termasuk homestay, premis yang diuruskan oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta institusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial, termasuk premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan. – sumber http://www.thereporter.my

Walaubagaimana pun ianya merupakan cukai khas yang ditambah untuk pelancongan selepas cukai GST dan cukai perkhidmatan dikenakan. Adakah ia akan memberi kesan kepada traveler tempatan yang memfokuskan ”cuti-cuti dalam Malaysia” ? .. Jom kita lihat berapa rate cukai yang dikenakan keatas setiap hotel atau homestay.

Cukai Pelancongan Malaysia Berkuatkuasa 1 Julai 2017
Cukai Pelancongan Malaysia Berkuatkuasa 1 Julai 2017

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:

  • Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
  • Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
  • Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
  • Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
See also  Rasai Ikan Patin Tempoyak Asli Dari Pahang | Istana Bambu Restoran

Korang nak bercuti boleh tapi perlu bijak dalam membuat pemilihan penginapan dan lokasi yang sesuai. Yelah dalam ekonomi sekarang banyak aspek perlu diambil kira bila nak bercuti. Ermm Mrsyanie pun terpaksalah buat kira-kira ekonomi sebelum nak bercuti. Apakan daya ia tetap dijalankan..

 

Percutian Dalam Malaysia !

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*