Assalammualaikum w.b.t
Ramadhan ke 9 Baru Dapat Berbuka Berdua | Akhirnya semalam Mrsyanie dapat berbuka berdua di luar, selalu kami akan ambil peluang Ramadhan pertama untuk berbuka diluar berdua. Tapi tahun ini agak berbeza, kami berbuka bersama keluarga dan dirumah dahulu, hari ke 9 baru lah dapat berbuka diluar berdua. Pilihan kami tahun ini dekat je, area Tanjung Malim iaitu Eplace Restaurant.
Eplace Restaurant Tanjung Malim
Eplace Restaurant antara lokasi feveret Mrlaling kerana disini disajikan dengan makanan berat seperti nasi. Kalau Mrsyanie pula Easy Cafe menjadi pilihan kerana sajian barat tapi mana-mana pun boleh kerana dua-dua adalah pemilih cafe yang sama. hihi.. Petang dalam jam 5.00 Mrsyanie pun telefon Elpace untuk tempah meja, tapi tak sempat nak pergi untuk tempah makanan. Kami buat keputusan untuk sampai nanti baru order.
Kami sampai dalam jam 7.15 petang, sempat ke dapat makanan waktu berbuka nanti. Tak pelah tawakal je, Mrsyanie pun order Big Boss Fried Rice with Chicken serta minuman oren jus suam. Mrlaling pula order Chicken Chop dan Tea Jasmine pot. (maaf tak sempat ambil gambar menu yang kami order hihi). Tapi perkhidmatan yang disediakan cepat, lepas je makan kurma untuk berbuka terus kami dapat sajian yang telah diorder. Rasa makanan disini memang cukup kena dengan tekak Mrsyanie tau.
Selain dari tu, Eplace ada menu special untuk Ramadhan tapi Mrsyanie tak cuba yelah lambat sampai kan. Lagi menarik jika korang order sajian ”Taste of Indon Tiffin Set” korang akan disajikan dengan mangkuk tingkat tau. Konsep yang sangat menarik!. Lepas ini boleh lah Mrsyanie nak mencuba menu masakan Indon Tiffin Set, agaknya Mrlaling nak belanja lagi tak? hihi..
Untuk maklumat lanjut:
E Place Restaurant
Alamat: 15, Jalan Permai 1,
Taman Ketoyong Permai,
35900 Tanjung Malim, Perak.
No. Tel: 05 -458 5855
Facebook: ePlacebyEASY
Boleh jugak klik entry dibawah:
wahhh bestnya..banyak pilihan makanan..