Gulai Lemak Mudah Masaknya | Mamayanie bab masak resepi gulai-gulai ini memang tak pandai sangat, lagi-lagi Resepi Gulai Masak Lomak. Macam-macam pikir kalau masak gulai ni, cukup ke rasanya, cukup ke santan yang diperlukan, takut pecah minyak. Fuh alasan seribu satu alasan yang diberikan.
Tapi memang resepi asli Melayu maaflah memang tak pandai, boleh kira lah berapa kali jew Mamayanie masak resepi masakan kampung. Tapi sekarang tak ada masalah dah, Mamayanie ada pembantu tau untuk masak terutamanya masak Gulai Masak Lomak Cili Api Segera jew Mamayanie siapkan tau.
Resepi Gulai Masak Lomak Cili Api Segera
Mercik tau rasanya, cewah puji diri sendiri pulak. Tapi betul tanpa pembantu Mamayanie tak akan sama rasa yang aslinya. Nak tahu siapa pembantu Mamayanie? ha inilah dia PES Dilaila Resepi Gulai Masak Lomak Cili Api segera yang kaw kaw pekat dan asli. Membantu para isteri masak dengan segera dan mengekalkan rasa yang enak tau.
Bahan-bahan Yang Diperlukan
- PES Dilaila Masak Lomak Cili Api
- Udang Segar (10-13 ekor)
- Santan Kelapa (RM2.00)
- 1 biji Bawang besar
- 1 biji Tomato
- Beberapa Kacang buncis
Dalam pes Masak Lomak Cili Api Dilalila ini sebenarnya telah terkandung semua bahan kisar seperti bawang, kunyit dan sebagainya. Mrsyanie suka dengan kemanisan bawang besar bila masak, jadi Mrsyanie tambahkan 1 biji bawang besar untuk menumis permulaan sahaja. Bagi naik wangi bawang besar baru kita masukkan pes segera.
Cara-caranya Penyediaan Resepi Gulai Masak Lomak
- Hiris bawang besar. Masukkan minyak sedikit kedalam periuk dan masukkan bawang tadi.
- Bila bawang dah naik bau wangi, masukkan pes Resepi Gulai Masak Lomak Cili Api Segera yang lengkap. Kuantiti bergantung kepada berapa banyak udang dan kuah yang korang nak. Mrsyanie hanya gunakan 2 1/2 senduk (senduk seperti dalam gambar dibawah). Selebihnya boleh simpan untuk masak hari lain, simpan dalam peti sejuk ye.
- Tumis seketika, masukkan santan pekat dan sedikit air. (bergantung kepada kepekatan yang korang nak). Mrsyanei suka gulai lemak yang pekat.
- Masukkan kacang, Udang. Biarkan sehingga mendidih. Pastikan korang kacau perlahan supaya tidak pecah minyak santan tadi.
- Dah masak masukkan tomato dan tutup api. Tomato tak leh lama sangat sebab takut lembik dan berair.
- Siap untuk dihidang.
Kenapa tak masuk garam atau perasa?? Ha ini kelebihan PES Dilaila Masak Lomak Cili Api kerana siap disediakan segala rasa garam dan perasa. Untuk kuantiti yang banyak sebaiknya rasa dahulu, kurang rasa baru tambah sedikit garam ye.
Rasa Gulai Masak Lomak
Siap untuk dimakan bersama nasi yang panas. Super sedap tau dan rasa pedas nya pun cukup. PES Dilaila Masak Lomak Cili Api ini juga boleh digunakan untuk masak lemak yang lain seperti Ikan Keli, Ayam dan sebagainya. Hanya tukarkan bahan basah sahaja, cara dan keperluan tetap sama. Tak suka sayur tak perlu tambah, kan senang nak masak sekarang ni.
Selamat mencuba!
BACA: Resepi Mudah dan Sedap!
yanieyusuf.com
alahai, kenapa sedap sangat ni. pes tu macam best je kalau pakai.
aduhh sedapppnya kak yanieee
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan