Assalammualaikum w.b.t
Perubatan Tradisional | Mandian herba selepas bersalin sebenarnya merupakan salah satu petua untuk memberi kesegaran dan memberi aura kepada ibu-ibu yang selepas bersalin. Ianya merupakan petua nenek moyang yang perlu kita kekalkan kerana secara logiknya setiap daun-daun herba mempunyai khasiat yang tersendiri lagipun wangian yang dihasilkan memberikan ketenangan dan segar.
Mandian Tradisional Selepas Bersalin
Mandian herba ini bukan sahaja bagus untuk ibu-ibu yang lepas bersalin malah ianya bagus untuk semua bagi memberikan kesegaran dan aura herba yang positif. Bukan kata untuk wanita sahaja malah bagus juga untuk kaum lelaki. Mrsyanie berlajar mandi herba ini daripada keluarga mertua tau. Ibu mertua Mrsyanie kata ianya bagus untuk sesiapa sahaja bagi kembalikan aura dan kesegaran badan.
Jenis daun mandian selepas bersalin
- Daun Serai Wangi
- Daun Kopi Hutan
- Daun Pokok Bunga Kemuning
- Daun Kunyit Hitam
- Daun Kunyit Putih
Cara-cara Rebusan Mandian Tradisional
Cara penyediaannya sangat mudah, korang hanya perlu basuh daun tersebut sebelum direbuskan. Daun tersebut direbus bersama air sehingga mendidih. Kemudian jangan terus dibawa mandi kang melecur pulak. hihih Korang campur dengan air biasa ye bagi air rebusan tadi suam-suam dan boleh dibawa mandi.
Khasiat Daun Herba
Sebenarnya petua Mak-mak kita ni sangat berguna tau, yelah kalau korang lihat secara saintitif khasiat-khasiat yang terdapat pada daun herba itu bagus. Sebagai contoh Daun Kemuning mempunyai cadinene, methyl-Anthranilate, bisabolene, P-earyophyllene, geraniol, carene-3, eugenol, Citronellol, methyl-salicylate, s-guaiazulene, osthole, paniculatin, tanin, dan coumurrayin. Dimana kahsiatnya membantu dalam mengurangkan keputihan, jangkitan saluran kencing, pelangsing tubuh (mengurangkan lemak yang berlebihan), dan sebagainya.
Mrsyanie sangat suka bila dapat mandi dengan air herba ni kerana dapat rasa kesegaran badan dan pastinya bau wangi jew. Selalu kita dengar orang mandi bunga kan, apa kata korang cuba pula dengan mandian daun herba. Selamat mencuba dan selamat berpantang! Petua dari Ibu mertua ku.
Akak x pernah mandi traditional macam ni….nampak macsam best jer..
Petua yang semakin dilupakan. Rugi jika ianya hilang begitu saja.
Betul, jarang dah orang nak ikut petua lama.
tak pernah pun mandi macam ni..hehee..mandi dengan air suam je
Bagusnya petua ibu mertua yanie ni…kalau tak bersalin pun boleh juga amalkan mandi air ni bagi wangi badan yanie.
Lepas mandi tu makan pulak Nasi Lemuni (aka Nasi Legundi)
Hoi sedap hoiii
bestnya yanie.. dapat pulak berendam dengan air herba tu panas2.. bestnya…
Salam…
terima aksih atas perkongsian yang bagus
Salam…
terima aksih atas perkongsian yang bagus
Sesuai bagi saya yang mencari khasiat mandi secara tradisional ini