Kuching, Sarawak | Holiday | Part 3 | Damai Beach | Muzium Kucing | KUD

Assalammualaikum w.b.t
Selepas dah jelajah dalam pusat budaya Sarawak tu, kami singgah kejap ke Damai Beach.. Ya Allah cantiknya pemandangan kat sana.. siapa yang buat photoshoot wedding sangat sesuai nok.. sangat cantik tau..tapi agak panas sket lah kalu tenghari..hihi nama pun tenghari u..panas ler..tambahan plak tepi laut ye.. so kat sini kami tak buat pe pe aktiviti pun just shoot gambar je dan layan lah kejap pemandangan kat sana.. tapi diorang ada sediakan ala-ala cam small mall kat sana..ala tempat makan, kedai dan ada lah game yang korang leh layan..

kapal karam wei..hihih 🙂

Dekat Damai beach ni ada jugak disediakan hotel untuk sesiapa nak menginap..sangat cantik..ala-ala Langkawi dekat private beach tu..hihhi.. yang menariknya.. Gunung Santubung betul2 dekat dengan damai beach ni..antara gunung yang dekat pantai..menarikkan..selalu nya gunung dekat ngan land je kan..maknanya tengah-tengah land.. ni kedudukan nye dekat dengan pantai..pada yang minat dengan alam semulajadi sangat sesuai datang sini..korang boleh layan daki gunung Santubung dan boleh layan main pantai..aisyik nak sebut gunung Kinabalu je aiyoo…tu Sabah..hahah nasib bek perasan… Lepas tu kami teruskan perjalanan kami pulang ke bandar Kuching..tapi sebelum tu kami singgah lah sebentar ke Muzium Kucing… 
Yang unik mengenai Muzium Kucing ni, ianya bukan lah mcm muzium yang lain tau.. yang mempunyai bangunan sendiri tapi muzium kucing ni terletak didalam bangunan Majlis Bandaran Kucing Utara.. Untung para pekerja kat situ..hihi boleh selalu melawat muzium kucing hihih..

Lepas dah pusing pusing muzium kucing ni kami terus balik, tp kami mintk tlg pemandu pelancong kami hantar kan dekat waterfront Kuching sebab time tu dah start KUD- Karnival Usahawan Desa.. alhamdulillah time kami datang Sarawak banyak plak aktiviti kerajaan Sarawak buat..best best… Dekat KUD lah kami kenal dengan usahawan kek lapis Sarawak yang sedap dan harga snagat berpatutan..

Petang tu kami jalan-jalan area waterfront je..nasib baik lah hotel kami dekat je dengan waterfront..leh lah jalan-jalan..sampai malam kat situ.. sangat seronok dan tak pikir pasal koje u..enjoy je..hihihi… so tinggal 1 hari kami dah kena balik..tu yang jalan sakan sambil shopping keperluan yang nak dibawa balik..hihi keperluan sangat… hahaha.. kami shopping baju, beg, kek lapis wajib..dan ikan masin terubukk…..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*