Aonang Beach, Krabi Thailand
Dah kami ronda awal pagi, tak banyak kedai yang buka. Sebelum itu nak bagitahu pakej pulau yang kami ambil dijalankan disebelah petang yelah untuk tengok sunsetkan. Jadinya sebelah pagi kami pusing-pusing dulu naik motor yang disewa. Harga sewa motor brape? tengok entry INI. Comelkan helmet yang diberikan.hihi Sarapan pagi kali ini kami ambil yang berat sedikit sebab nak cover untuk tengaharai, kerana tour kami akan ambil di lobi resort jam 1230 pm (waktu tempatan).
Sarapan kami pagi hari ke 3 agak berat juga. Kami ambil makan nasi goreng dan paling best teh tariknya sangat sedap. Kali ni kami pergi ke kedai makan tak sampai lagi dengan masjid. Tukar kedai pula untuk merasa perbezaan rasa. Harga sama murah.
Untuk kuih ini kami beli sewaktu sarapan. Sedap tau kuih ni, lupa pulak tanya nama kuih ni. Manis dan agak liat sedikit. Harga makanan di Thailand ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada penjual dan lokasi. Tapi kalau korang nak harga yang murah di Aonang Krabi korang boleh cari disekitar Masjid Aonang. Kebanyakkannya halal dan murah.
menariknya makanan goreng tue..kemain besar lagi sotong tue
kueh yg lupe nma tu nmpk sedap la.. xpnh try plk.. mcm nk kne repeat g krabi je lgi ni..
haah besar-besar.. best sangat kat Krabi..
Bestsnyaaa gi Krabi
Bestsnyaaa gi Krabi