Kini Penjagaan Kulit Dimana Sahaja Dengan Set Travel Cosmoderm

Assalamualaikum w.b.t

I LOVE MY SKINBila sebut sahaja produk Cosmoderm mesti korang dah kenalkan, alah yang membawa liputan Attika Choudhary ke IIFA Award New York. Produk Cosmoderm lebih kepada produk penjagaan diri dan kulit. Mrsyanie paling suka dengan produk Vitamin E Creams 3,000i.u yang memberi penjagaan kulit terutamanya kalau korang travel tau. Kini Cosmoderm telah keluarkan set travel yang mempunyai keperluan penjagaan kulit sesuai untuk semua.

Wajib Travel Dengan Set Travel Pack Cosmoderm
Wajib Travel Dengan Set Travel Pack Cosmoderm

Wajib Travel Dengan Set Travel Pack Cosmoderm

Ramai tanya apa keperluan yang wajib dibawa ketika travel. Bagi Mrsyanie antara keperluan yang wajib dibawa adalah set penjagaan diri, yelah cuaca kita tidak dapat ramalkan. Tambahan lagi kalau ke luar negara, mungkin kita dah biasa dengan cuaca lembap tetapi di negara orang ada yang sejuk kering. Jadi set perlindungan kulit sangat penting dan pilihan Mrsyanie adalah produk dari Cosmoderm yang semestinya berkualiti dalam menjaga dan melindungi kulit kita.

Bila Cosmoderm keluarkan set travel pack memang melompat sampai ke bintang Mrsyanie tau, yelah mudah untuk dibawa kemana sahaja. Sebut travel jew mesti korang ingat ke luar negara jew kan, sebenarnya korang bercuti dalam Malaysia pun dah dikira travel. Jadi kalau korang bercuti dalam Malaysia pun wajib travel dengan Set Travel Pack Cosmoderm.

Pack mudah dibawa kemana sahaja
Pack mudah dibawa kemana sahaja

Set Travel Pack Cosmoderm

Macam minggu lepas Mrsyanie pergi ke Cherating sempena Hari Keluarga KBBA9, nasib baiklah Mrysanie jenis wajib travel dengan Set Travel Pack Cosmoderm. Kalau korang nak tahu set travel pack Cosmoderm ini lah menjadi penyelamat kulit wajah dan tangan Mrsyanie tau dari sunburn sewaktu kami bermain sukaneka di pantai.

See also  Menu Bersahur Paling Sedap dan Menyelerekan!

Dalam travel pack Cosmoderm ini ada tiga produk penjagaan diri Cosmoderm iaitu, Vitamin E Cream 3,000iu, Tea Tree Oil Magic Lotion dan juga Advanced Moisture Therapy Cream.

Tea Tree Oil Magic Lotion, Vitamin E Cream 3,000iu dan Advanced Moisture Therapy Cream
Tea Tree Oil Magic Lotion, Vitamin E Cream 3,000iu dan juga Advanced Moisture Therapy Cream
  • Vitamin E Cream 3,000iu

Kelebihan Vitamin E Cream 3,000iu membantu melembapkan kulit wajah yang kering dan tidak selesa dalam keadaan cuaca panas terik atau dingin kering. Macam di Korea hari tu, Mrsyanie pergi sewaktu cuaca dingin sejuk yang akan menyebabkan kulit cepat kering dan kurang selesa. Dengan Vitamin E Cosmoderm ini Mrsyanie dapat kekalkan kelembapan kulit wajah dan melindungi kulit dari mengelupas tau.

Ia juga pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk membaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut. Cara guna nya senang je, selepas cuci muka hanya sapu secara lembut pada kulit wajah.

Selain itu Vitamin E Cream 3,000iu bagus untuk:

  • Terbukti berkesan dalam memulihkan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan

  • Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam

  • Amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas atau sejuk

Mrsyanie juga gunakan produk Vitamin E Cosmoderm yang lain seperti pencuci muka dan Vitamin E Facial Scrub Cosmoderm.

Vitamin E Cream 3,000iu
Vitamin E Cream 3,000iu
  • Advanced Moisture Therapy Cream

Kenapa Advanced Moisture Therapy Cream ini penting untuk travel? Ok kalau korang nak tahu fungsi Advanced Moisture Therapy Cream membantu dalam melembutkan permukaan kulit yang kasar dan juga merekah. Ianya memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan.

Bila kita travel akan banyak bergerak dan akan menyebabkan kulit kaki jadi merekah tambahan kalu cuaca tengah tak menentu. Kejap kering, kejap basah hujan antara penyebab kulit kaki merekah. Advanced Moisture Therapy Cream ini dapat melindungi kulit kaki korang kerana ianya diperbuat dari bahan yang berkualit dengan kombinasi ekstrak herba, minyak zaitun dan juga aloe vera. 

See also  Taiping Bandar warisan, part 1
Advanced Moisture Therapy Cream
Advanced Moisture Therapy Cream
  • Tea Tree Oil Magic Lotion

Tea Tree Oil Magic lotion sangat membantu Mrsyanie sewaktu di Cherating hari tu. Tea Tree Oil Magic lotion ini membantu memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas kering disebabkan oleh cahaya matahari dan angin pantai.

Selain itu, ianya merupakan penyelesaian cepat dan berkesan untuk bau badan, jerawat badan dan selar matahari.

  • Menyamankan kulit terengsa dan tidak selesa
  • Meredakan selar matahari tanpa pengelupasan
  • Membantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman
  • Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
  • Anti-bau badan dengan deodoran asli

Ia diperkaya dengan Aloe Vera, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan dan perlindungan kulit. Cara guna pun mudah sahaja, selepas mandi keringkan permukaan kulit dan hanya sapu sahaja Tea Tree Oil Magic lotion. Tak perlu diurut tau. hihi Magic lotion ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dan juga dewasa.

BB Cream SPF 35PA+++ dan Tea Tree Oil Magic Lotion
BB Cream SPF 35PA+++ dan Tea Tree Oil Magic Lotion
  • BB Cream SPF 35PA+++

Selain dari set travel Cosmoderm, antara produk yang wajib dibawa juga adalah BB Cream Cosmoderm. BB Cream SPF 35PA+++ ni Mrsyanie suka sebab ianya bertindak sebagai Sunblock pada wajah dari sinar matahari terutamanya kalau kita travel. Tak kira lah walaupun di tempat bercuaca sejuk pun kita masih terdedah dengan cahaya matahari nya sinaran. Kelebihan BB Cream Cosmoderm ini mempunyai 5 fungsi dalam 1 produk. Ianya berfungsi sebagai:

  • 1. Pelembap
  • 2. Bedak Asas
  • 3. Sunblock 
  • 4. Kawal Minyak
  • 5. Anti-Jerawat

BB Cream ni mengandungi Minyak Tea Tree, Minyak Jojoba, Kulit Kayu Manis dan juga Glutathione yang membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 35PA +++.

Jadi korang dah tak perlu risau dengan sinaran cahaya matahari mahupun kelembapan cuaca. Dimana sahaja korang pergi, wajib travel dengan Set Travel Pack Cosmoderm tau. Harga nya sangat murah dan berbaloi, tambahan pembelian online di website Cosmoderm dapat diskaun tau. Harga selepas diskaun hanya RM50.90 dan dapat Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100ML) secara percuma. Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion antara kegemaran produk Mrsyanie jugak untuk hilangkan rasa lenguh bila kita banyak berjalan sewaktu travel.

See also  Rugi Tak Ambil Pakej Bersalin @ Rampai Puteri Medical Centre

Maklumat lanjut:

COSMODERM

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*