Assalammualaikum w.b.t
Khasiat Betik Membantu Kehamilan? | Mrsyanie sebenarnya tak pernah sangka rupanya buah Betik merupakan salah satu petua bagi memudahkan kehamilan. Kiranya petua untuk mendapatkan zuriat salah satunya adalah memakan buah Betik. Mrsyanie dapat tahu sewaktu menghadiri majlis ilmu sempena ‘Nuzul Al-Quran” yang disampaikan oleh Y.bhg. Prof. Madya Dato’ Haji Ellias Bin Zakaria, Pengarah Pusat Transformasi Insan USM. Mrsyanie pun terpikir kenapa buah Betik salah satu tips mudah hamil?
Petua Mudah Hamil Dengan Pemakanan Buah Betik
Dalam ceramah Dato’ ada mengatakan jika ingin hamil, amalkan mengambil buah Betik. Buah Betik juga merupakan salah satu buah yang tidak bermusim, kiranya mudah untuk korang dapatkan tanpa tunggu musim buah tersebut. Mrsyanie mula buat pencarian kenapa buah Betik? Akhirnya Mrsyanie dapat tahu khasiat yang terkandung dalam buah Betik yang menjadi salah satu tips mudah hamil. Tetapi korang kena ingat kawal juga pengambilan buah Betik ye, untuk mengelakkan penyakit lain lak kan. Yelah maksud Mrsyanie jangan lah ambil 2-3 biji buah Betik sekali gus hihi.. Ambil kuantiti yang berpada ye.
Buah Betik (Papaya)
Buah betik (papaya: dalam bahasa Inggeris) merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Betik juga merupakan buah yang tidak mempunyai musim seperti buah lain seperti Durian dan sebagainya. Ianya mudah didapati terutama di kawasan beriklim tropika
Khasiat buah Betik:
- Buah betik kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.
- Buah Betik juga bagus untuk lelaki kerana ia dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma.
- Mengambil sebanyak 500mg Vitamin C setiap hari amatlah digalakkan.
- Digalakkan pengambilan buah Betik yang masak kerana buah yang masak adalah hampir sifar kandungan latex.
Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol.
Buah Betik juga agen pembersih perut tau, ianya dapat membantu sistem pencernaan yang baik dan mengelak dari sembelit. Lepas ni Mrsyanie nak amalkan pengambilan buah Betik tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Yang penting kita berusaha dan rezeki itu pasti dari Allah SWT. Selamat mencuba!
wahh akakk….templete baruu laaa….suka templete nii kakk..suka tengokkk..hihi
yanie cuba elakkan makan gula putih. husband pun sama.
gula putih? maknanya gula biasa lah ye? tq tau..
Betik makan sejuk2 sedap weii la
setuju..memamg sedap…hihi