Percutian Keluarga : Water Park Legoland Resort Malaysia |Sebelum ini Mrsyanie pernah kongsikan dengan korang antara mainan air yang menarik di Water Park Legoland Resort Malaysia. Seperti Joker Soaker, pelbagai jenis slaid dan sebagainya. Kalau korang nak tahu Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-kanak, dimana mereka menyediakan permainan khas buat kanak-kanak bermain.
Legoland Resort Malaysia merupakan salah satu taman tema yang menekankan konsep keluarga trip dimana disediakan permainan khas buat kanak-kanak terutamanya untuk taman tema air. Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-kanak kerana ia menyediakan permainan mengikut kesesuaian untuk semua dan ada juga yang khusus untuk kanak-kanak.
Ianya bagi menjaga keselamatan dan memberi ruang untuk kanak-kanak bermainan mengikut peringkat umur mereka. Bukan semua kanak-kanak yang berani untuk ke permainan extreme dan disitu peranan Legoland untuk membina permainan khas buat kanak-kanak mengikut umur.
Water Park Legoland Resort Malaysia Mesra Kanak-kanak
Legoland Malaysia bukan sahaja menyediakan 1 atau 2 permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak di Taman tema Air tetapi menyediakan hampir 5 jenis permainan air yang boleh dimain oleh kanak-kanak dengan pengawasaan penjaga. Jadi ia memudahkan penjagaan dari segi keselamatan dan kesesuaian permainan mengikut umur dan ketinggian kanak-kanak. Jom kita lihat permainan yang disediakan khas buat:
DUPLO® Splash Safari
Kali ini Mrsyanie berpeluang untuk bermain di kawasan yang di khas untuk kanak-kanak dibawah 5 tahun kebawah. Sebab kali ini Mrsyanie jadi penjaga untuk anak buah. wee… Ianya diberi nama DUPLO® Splash Safari.
DUPLO® Splash Safari
DUPLO® Splash Safari
DUPLO® Splash Safari
Disini ada 3 jenis slaid air khas dan permainan lebih santai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Walaupun ianya khas untuk kanak-kanak bawah 5 tahun tetapi ianya perlu penjagaan dan pegawasaan dari penjaga atau Ibubapa.
Wave pool boleh dimain oleh semua peringkat umur tetapi untuk kanak-kanak korang masih perlu pengawasaan demi keselatan anak.
LEGO® Wave Pool
LEGO® Wave Pool
Build-A-Boat
Build-A-Boat
Joker Soaker
Ia bersesuain untuk semua peringkat umur kanak-kanak dan permainan slaid bergantung kepada ketinggian kanak-kanak. Disini juga terdapat satu permainan giant splash (baldi besar) yang mempunyai kuantiti 300 gelen air yang tumpah dengan terpancut apabila ia penuh dan membasahi pengunjung dengan percikkan air.
Slaid yang disediakan terbahagi kepada 2 peringkat:
Slaid Peringkat rendah : Kanak-kanak berukuran ketinggian 91cm keatas dibenarkan dan bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
Slaid Peringkat atas (Top) : Kanak-kanak berukuran ketinggian 102cm keatas sahaja dibernarkan.
Build-A-Raft River
Build-A-Raft Riveradalah permainan air yang berbentuk aliran sungai yang mengelilingi taman tema dan di berikan permaianan berbentuk lego untuk aktiviti kreatif dan pendidikan dalam membina rakit.
Imagination Station
Kreativiti hidup dengan membina jambatan, empangan dan kota dari DUPLO ® batu bata, dan membuat simfoni air muzik dengan squirts air yang mewujudkan bunyi dan muzik.
Tidal Tube
Kanak-kanak berukuran rendah dari 107cm tidak dibenarkan.
Tidal Tube
Brick Blaster
Kanak-kanak perlu berukursan 107cm keatas sahaja dibenarkan.
Red Rush
Red Rush sesuai juga untuk permainan keluarga tetapi kanak-kanak dibawah 6 tahun perlu penjaga dan ketinggian 102cm. Pakaian yang bersesuai diperlukan, elak menggunakan seluar yang berzip dan baju cotton.
Red Rush
Kemudahan lain Water Park : Baby Care
Terdapat juga kemudahan untuk keluarga yang membawa anak kecil (baby), disini disediakan bilik khas iaitu Baby Care. Ianya memudahkan para Ibu untuk menyusukan anak dan disini juga disediakan bilik mandi khas untuk baby. Selesa sangat!
Disini juga disediakan kemudahan tandas yang selesa, bilik mandi, loker penyimpanan yang boleh dibuka bila-bila masa, private cabanas dan cafe.
Lengkap dengan kemudahan dan sangat mesra seisi keluarga. Kemudahan dari anak kecil sehingga dewasa. Tambahan pula disediakan kemudahan untuk baby, mudah kakak Mrsyanie nak salinkan baju Baby Aqil. Baby Aqil pun mandi tau, tapi kejap je. Pihak Legoland juga menyediakan pampers mandi khas untuk umur 2 tahun kebawah (pampers khas supaya tak bocor gitu). Tak perlu risau kalu anak kecil nak membuang ‘air kecil’, yelah bila bercampur ni kan. hihi..
Selesai kami berendam sehingga jam 1.00 petang, kami terus ke Theme Park pula. Makan tengahari pun kami plan di Theme Park sahaja, sebab ada cafe feveret Mrsyanie hihi.. Nantikan entry Theme Park pula.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:
LEGOLAND Malaysia
Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia,
wahhhh bestnya! impian anak² nak pi sini, bilalah boleh bwk diorg..
Memang best! Masa akak pi dulu, mak akak pun turut terjun mandi skali hehe
Wahhhh. Seronok betul ni
Wah ada baby care… Bagus sgt.
MashaAllah!!! Bestnya tengok gelongsor air tu semua… Ena yang tengok ni jadi excited.. Ahaks. Hope one day dapat bercuti kat sini