Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Theme Park Legoland Resort Malaysia| Kalau sebut sahaja Legoland pasti akan terbayang theme park yang disediakan. Memang sangat memukau pengunjung disini tak kira samada dewasa mahupun kanak-kanak. Paling teruja kanak-kanak lah kan, tapi Mrsyanie pun teruja jugak sebenarnya.

Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia
Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia

Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia

Lepas sahaja Mrsyanie dan keluarga bermain air di Water Park Legoland, kami terus ke theme park. Masuk theme park kami singgah dulu ke cafe feveret Mrsyanie iaitu Market Restaurant, kasi tenaga semula setelah berhabis tenaga di water park. Seronok sangat, sampai anak buah tak mahu keluar dari water park tau. Nasib baik pujuk nak main permainan pulak kat theme park.

Dah selesai tambahan tenaga, kami pun nak mula lah jelajah untuk meneruskan Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia. Sebelum itu rezeki anak buah Mrsyanie kerana pihak Legoland ada buat program membina Lego Ayam. Seronok lah lagi lah diorang dan bila siap belajar buat replika Lego Ayam dapat pulak gift dari Legoland. Best dan terima kasih Legoland.
Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia
Antara kemesraan pihak Legoland Malaysia bersama pelanggan

Aktiviti Menarik Sepanjang Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia

1) Legoland Express Theme Park Legoland Resort Malaysia

Korang tengoklah gambar atas itu, tak lepas dengan gift yang diorang dapat dari Legoland.hihi… Kami terus ke Legoland Express. Ianya merupakan perkhdimatan keretapi yang mengelilingi seluruh theme park. Korang wajib naik ini kerana sepanjang perjalanan akan di ceritakan tentang setiap struktur permainan yang disediakan didalam theme park.
Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia
Legoland Express Theme Park Legoland Resort Malaysia
Percutian Keluarga Ke Theme Park Legoland Resort Malaysia
Seronok dapat naik Legoland Express
Seronok tengok anak buah Mrsyanie dapat naik keretapi tau. Sewaktu kami di theme park cuaca agak kurang baik (hujan renyai-renyai) tetapi tidak menghalang untuk kami teruskan misi jelajah seluruh theme park Legoland Resort Malaysia.
2) Mini Land Theme Park Legoland Resort Malaysia

Tak sah kalu datang ke Legoland tidak melihat setiap replika Lego yang sangat menarik yang menghasilkan setiap reka bentuk bangunan yang unik dan melambangkan sejarah sesebuah negeri mahupun negara.

See also  IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini
Mini Land Theme Park Legoland Resort Malaysia
The Great wall China Mini Land
Mini Land Theme Park Legoland
Mini Land Theme Park Legoland Resort Malaysia
Chima Mini Land Theme Park Legoland Resort Malaysia
Chima Mini Land Theme Park Legoland Resort Malaysia
Mini Land Theme Park Legoland
Mini Land CHIMA

Mrsyanie walaupun dah 3 kali datang Legoland tapi tak pernah lepaskan peluang untuk melihat setiap replika yang disusun bagi menghasilkan setiap reka bentuk bangunan. Kini bukan sahaja bangunan Malaysia tetapi telah lebih luas dengan reka bentuk Lego bangunan sejarah di seluruh negara. Seperti The Great Wall, China. Semua dari Lego tau! Memang best..

3) Land of Adventure Theme Park Legoland Resort Malaysia

Kami terus ke area Land Of Adventure. Disini disediakan permainan yang boleh disertai oleh kanak-kanak mengikut ketinggian. Ada 3 jenis permainan yang boleh disertai. Antaranya adalah:

i: Pharaoh’s Revenge

Land of Adventure Theme Park Legoland Resort Malaysia
Pharaoh’s Revenge

Ia merupakan permainan kanak-kanak yang berundurkan bola-bola. Memang seronok dan ianya membantu kanak-kanak dalam pemikiran strategi tau (ianya lebih kepada permainan tembak bola, memang best sebab makciknya yang teruja nak main hihih).

ii: Beetle Bounce

Untuk permainan ini ada mengikut ketinggian. Ianya berketinggian 15 kaki dan sesuai untuk seisi keluarga.

Land of Adventure Theme Park Legoland Resort Malaysia
Beetle Bounce Theme Park Legoland Resort Malaysia

ii: Lost Kingdom Adventure

Kami teruskan ke Lost Kingdom Adventure, tetapi disini kami tak main kerana kanak-kanak kecil tidak digalakkan untuk bermain. Permainan kembara  dan tembak-tembak menggunakan cahaya laser untuk pengumpulan mata yang boleh disertai oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan orang dewasa (baby sahaja tidak dibenarkan masuk).

Land of Adventure Theme Park Legoland Resort Malaysia
Lost Kingdom Adventure Theme Park Legoland
Land of Adventure Theme Park Legoland Resort Malaysia
Lost Kingdom Adventure

4) Observation Tower

Jangan ingat di Melaka je ada menara tau, hihi di Legoland pun ada tower yang hampir sama dengan menara Melaka cuma tidak setinggi mana lah. hihi Ianya diberi nama Observation Tower.

Observation Tower Theme Park Legoland Resort Malaysia
Observation Tower

Dapat melihat seluruh kawasan Legoland Resort Malaysia tau. Tapi kalau ada pembangunan disekeliling Legoland pun lagi best dapat lihat dari atas tau. Sekarang hanya dapat lihat kawasan Legoland sahaja dan bukit-bukit sekeliling.

5) DUPLO Playtown & Express

See also  [Hotel Review] Pengalaman Bermalam Di Tadom Hill Resort Unik

Akhirnya kami singgah di DUPLO Playtown & Express. Disedia korang boleh benarkan kanak-kanak bebes bermain tetapi masih perlu pemantauan tau. Lebih kepada taman permainan lah gitu tetapi siap ada kererapi mini tau yang diberi nama DUPLO  Express.

DUPLO Playtown & Express Theme Park Legoland Resort Malaysia
DUPLO Playtown & Express
DUPLO Playtown & Express Theme Park Legoland Resort Malaysia
Antara permainan yang disediakan di DUPLO Playtown & Express

Sempat juga kami rehatkan diri, penat juga seharian menghabiskan masa di Water Park dan Theme Park Legoland Malaysia. Tetapi sangat puas dan seronok tau… Korang memang patut bawa anak-anak merasai sendiri setiap pengembaraan Legoland.

Theme Park Legoland Resort Malaysia
Kepenatan bermaian di Theme Park Legoland Resort Malaysia
Eh eh lupa nak cerita, Mrsyanie dapat juga akhirnya patung bulat yang besar tau. Yang ini hadiah hasil dari permainan yang disediakan di Legoland, diorang buat macam oulet kecil tetapi permainan ni korang kena bayar. Yang Mrlaling main berharga RM10.00 untuk baling tin, jika tin semua jatuh akan dapat hadiah tau.hihi..Mrsyanie pilih warna biru tau sebab ada bulu mata macam Che Ta lagi hihi..
Theme Park Legoland Resort Malaysia
Salah satu hadiah untuk game berbayar
.
.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia

Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia,
             Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya
Telefon:  +607 597 8888
Email: info@legoland.my
Website: www.legoland.my 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*