Assalammualaikum w.b.t
Taman Tasik Shah Alam | Seronok juga dapat beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Agak menariknya bila ramai keluarga turut serta di Taman Tasik Shah Alam waktu tengahari.
Taman Tasik Shah Alam
Agak terkejut jugak Mrsyanie sebab jam menunjukkan waktu 2 petang tetapi ramai pengunjung di Taman Tasik Shah Alam. Ada yang datang siap bawa bekal makan tengahari lagi. Seronok tengok diorang ramai-ramai makan tengahari di bawah pepohon di Taman Tasik Shah Alam sambil beriadah dengan keluarga. Cuaca agak redup kerana banyak pohon pokok besar yang menutupi cahaya matahari terik.
Mrsyanie dan adik-adik pun tak ketinggalan singgah Taman Tasik Shah Alam untuk beriadah. Siap tapau ABC Coklat yang terbaik di Shah Alam. Feveret tau tiap kali datang Shah Alam mesti layan ABC Coklat di medan makan Shah Alam. Tapi kali ni kami hanya bungkus untuk makan di Taman Tasik Shah Alam.Di Taman Tasik Shah Alam juga terdapat orang yang menjual Giant Bubble. Perkhidmatan yang disediakan adalah sewa alatan untuk bermain bubble, jangan risau sabun diorang dah siapkan.
Harga:
- Besar RM7
- Kecil RM5
- Tambahan air sabun RM3
Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman Tasik Shah Alam adalah tandas awam, surau, taman permainan dan kerusi untuk semua pengunjung datang beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Seronok jugak dapat berkelah dengan keluarga tanpa perlu ke lokasi air terjun atau pantai, hanya di Taman Tasik. Selamat beridah.
Till Next Entry ye!!!
sekarang memang tengah trend main buih sabun ni. ari tu g JB jumpa org jual set belon ni…beli untuk anak2 main kat rumah. memng best. mama pon mcm jakun main. hihi
yg batang dia tu kena pulang balik kan?