Assalammualaikum w.b.t
Geylang Kopitiam | Mungkin ramai yang dah tahu lokasi menarik dengan deko yang sangat menarik iaitu Geylang Kopitiam. Pernah masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan. Antara menu yang sangat femes di Geylang Kopitiam adalah Sup Tulang Geylang.
Contents hide
Geylang Kopitiam
Lokasinya yang terletak di Shah Alam dengan deko restoran yang sangat unik. Deko kopitiam disini ala-ala kopitiam 60-an. Ini sebab adik ipar Mrsyanie tergoda dengan rancangan jalan-jalan cari makan lah ni. Yang menariknya adalah menu yang sangat unik iaitu Sup Tulang Ketuk.
Sup Tulang Ketuk
Agak menarik Sup Tulang Ketuk ni, bukan seperti sup biasa tetapi lain dari lain. Hanya boleh didapati di Geylang Kopitiam sahaja. Disajikan dengan roti dan 3 ketul tulang daging bahagian ala-ala Sup Gear Box. Selain itu, terdapat pelbagai menu menarik lagi seperti Kacang Phool. Mrsyanie order Kacang Phool, rasanya sedap dengan rempah ratus dan dicampur sedikit daging cuma agak berminyak (rasanya minyak dari goreng telur).
![]() |
Datang kopitiam tak sah kalu tak minum kopi. Tak kisah lah kopi ais atau pun panas. Layan ala-ala 60-an katakan hihi |
![]() |
Roti French Toast |
![]() |
Soto Ayam + Air Teh Layer |
Sewaktu Mrsyanie datang tak ramai pun orang, mungkin ramai yang datang petang atau malam. Kami datang waktu tengahari. Geylang Kopitiam dimiliki oleh orang melayu dan Halal. Harga yang ditawarkan agak mampu milik dan terdapat cas perkhdimatan 5%.
Address: 4;6, Jalan Opera G U2/G, Seksyen U2 Taman Ttdi Jaya,
40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 8 pagi- 11 malam
Sally ingatkan kat Singapore tadi sbb nama Geylang…
Sup tulang ketuk tu macam sup tulang merah ke? ke lain eh?
tu la masa mula2 tgok tadi ingatkan kat Spore, rupanya kat Shah Alam..banyak betul tempat makan best kat Shah Alam Erk…
haah sup merah.. Yanie 1st time try..
haah kak SA.. banyak yang menarik..
French toast tu… alaaa.. sedapnya !