Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson Dengan Sajian Klasik & Kibas Golek

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Sajian Klasik Buffet Ramadan 2026 | “Senja Seri Warisan” tema buffet Ramadan 2026 di Klana Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan. Kali ini pihak Klana Beach Resort menawarkan juadah baru yang istimewa dan mengekalkan hidangan pilihan ramai. Malah lebih menarik dari buffet Ramadan yang lepas.

Mamayanie berpeluang untuk menghadiri previu Buffet Ramadan 2026 yang tidak pernah mengecewakan dari segi pilihan juadahnya. Buffet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson menawarkan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan gabungan hidangan tradisional Melayu dan juadah kegemaran tempatan yang menyelerakan.

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Berlatarbelakangkan suasana resort yang tenang dan pemandangan indah pesisir pantai, para tetamu dapat menikmati pelbagai pilihan menu yang disediakan segar setiap hari. Ianya menjadikan momen berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan lebih bermakna, selesa dan penuh kenangan.

Berinspirasikan tema “Senja Seri Warisan”, buffet kali ini mengetengahkan pengalaman rasa klasik yang menyusuri pelbagai hidangan tradisional Malaysia dan mencerminkan keunikan serta keindahan warisan turun temurun yang terus dipelihara.

Kibas Golek Menjadi Menu Istimewa Buffet Ramadan 2026

Diketuai oleh Chef Sarimah, buffet ini menampilkan rangkaian menu istimewa yang pasti menggoda selera, antaranya Kibas Golek selaku hidangan ikonik wajib setiap tahun. Di samping menu pilihan kali ini iaitu Gulai Kawah Batang Pisang dan Sup Kibas yang kaya rasa.

Kibas Golek antara hidangan kesukaan Ensuami dan kini anak Mamayanie pun turut menjadi peminat selera Kibas Golek di Klana Beach Resort Port Dickson. Rasa keenakan dagingnya yang penuh dengan rempah ratus dari perapan serta kuah lada hitam yang pekat membuka selera.

See also  Resepi Penkek Berkhasiat Untuk Anak-anak

Tak ketinggalan Sup Kibas juga menjadi satu tarikan pengunjung di Bulan Ramadan nanti. Rasa pekat rempah sup dan isi daging yang lembut membuka selera tau. Makan pula dengan roti atau nasi putih panas memang sedap.

“Warisan Tanah Beradat”, Hidangan Klasik Negeri Sembilan

Lebih mengujakan, kelainan tahun ini diperkenalkan menerusi gerai khas “Warisan Tanah Beradat” yang mengangkat hidangan legenda Negeri Sembilan seperti Rendang Minang Ayam Tua dan Maman, Sambal Daun Kayu Tempoyak, Rendang Kepayo (Rendang Betik), serta Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam dan Ikan Bilis.

Tidak ketinggalan, empat menu putaran harian turut disajikan bagi menambah variasi, termasuk Rendang Tok, Daging Kerutup, Ayam Opor dan Ayam Ungkep yang lazat dan autentik.

Semua juadah Warisan Tanah Beradat memang sedap tapi dalam banyak-banyak juadah tersebut Mamayanie paling suka Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam dan Ikan Bilis. Cendawan dia besar-besar dan tidak liat digabung pula dengan rasa kuah yang sangat berlemak pedas.

Selain itu, bila ada juadah klasik mesti ada lauk-pauk sampingan seperti ulam-ulaman dan pelbagai versi sambal juga turut disediakan disini.

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Hidangan Sampingan Juga Menjadi Keutamaan

Pihak resort turut memeriahkan buffet dengan pelbagai stesen masakan secara langsung serta gerai istimewa yang menggamit selera. Antaranya Somtam segar, Roti Jala Serawa, Pulut Mangga, Popia Basah dan Keropok Lekor Picit. Bagi melengkapkan pengalaman manis, pencuci mulut tradisional seperti Nekbat, Puding Diraja dan Butir Nangka disajikan untuk dinikmati.

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Kids Stall

Tidak dilupakan juga juadah untuk kanak-kanak jugak ye. Lebih istimewa, Kids Stall khas turut disediakan bagi menceriakan si cilik dengan hidangan kegemaran mereka seperti Makaroni Bakar, Nugget Ayam dan pelbagai jajan pilihan.

See also  PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

Bila ada anak-anak mesti lah ada aiskrim kan. Antara menu yang wajib untuk pencuci mulut anak-anak. Banyak lagi menu anak-anak untuk kali ini. Jadi Ibu Ayah tidak perlu risau untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson.

Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Harga Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Untuk harga bagi tahun ini sangat berbaloi dengan juadah yang bakal disajikan. Harga Normal (Bermula 21 Februari 2026):

  • Dewasa: RM 70.00
  • Kanak-kanak (5-12 tahun), Warga Emas (60+), & OKU: RM 38.00

Tapi jangan risau masih sempat lagi untuk korang dapatkan harga promosi iaitu harga pembelian awal (Early Bird): RM 60.00 (Dewasa sahaja – Tersedia sekarang!). Sangat jimat dan berpatutan untuk korang buat tempahan sekarang.

Pakej Istimewa Ramadan 2026

Menarik untuk korang yang ingin mencari pakej penginapan bersama sahur dan berbuka puasa nanti. Pakej istimewa Ramadan 2026 kali ini sangat berbaloi degan penginapan yang selesa dan juadah yang sedap.

Pakej A: Penginapan, Berbuka Puasa & Sahur

  • Pakej bermula RM168+ termasuk bilik penginapan 2H1M & Buffet Ramadan serta Sahur bagi setiap orang.

Pakej B: Penginapan & Sahur

  • Pakej bermula RM120+ termasuk penginapan 2H1M bersama sahur/sarapan pagi.

Pakej C: Pakej Seminar (min 20 Orang)

  • Pakej C adalah pakej untuk seminar bagi minimum 20 orang termasuk bilik penginapan 2H1M, penggunaan Bilik Mesyuarat & Dewan Seminar, Buffet Ramadan, Set kudapan Malam dan Set Sahur.

Bagi Mamayanie penginapan sini sangat selesa dan kemudahan lengkap termasuk telekung dan kain pelekat untuk kegunaan solat. Malah pemandangan dari bilik juga sangat cantik bagi yang menghadap pemandangan laut pantai.

See also  Berbuka di Four Points by Sheraton Puchong

Tempahan Buffet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson

Bagi tempahan ntuk buffet Ramadan atau pakej yang disediakan boleh hubungi pihak Klana Beach Resort Port Dickson 06-648 7888 atau boleh hubungi terus Puan Amalina (016-661 9030), Encik Misraini (016-6619050) atau Puan Ayu (016-6616089).

Boleh juga layari: https://klanabeachresortpd.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*