Assalammualaikum w.b.t

D’Kayangan Syurga Steamboat | Bila sebut sahaja di kayangan melambangkan seperti di awangan atau syurga gitu. Begitu juga dengan restoran D’Kayangan yang melambangkan syurga steamboat nombor 1 di Malaysia. Memang rugilah siapa yang tak mencuba sendiri makan steamboat disini, pelbagai jenis pilihan makanan laut mahupun darat.

3

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Mrsyanie lepas kerja terus ke Shah Alam yang mengambil masa lebih kurang 45 minit – 1 jam, cian juga Mrlaling gigih ikutkan kehendak isteri bambam dia ni kan.hihi Tak sabar nak makan besar bersama dengan keluarga KBBA9 dan blogger lain. Lokasi memang mudah untuk dicari, seperti biasa Mrsyanie gunakan waze sahaja. Taip je D’Kayangan Shah Alam, waze akan bawa terus ke restoran.

1 IMG20160525193308

Memang banyak jenis makanan laut mahupun darat yang disediakan untuk grill dan steamboat. Ada Ayam Skewer Berempah, Ayam Skewer Kunyit, Ayam Skewer Cilantr, Daging Skewer Hitam Manis, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Sotong Skewer Berempah, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper, Kambing Skewer Hitam Manis, Otak–otak, Pari Assam Nyonya dan pelbagai jenis kerang-kerangan tau seperti lala dan siput buluh.

IMG20160525194634
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
IMG20160525200851
D’Kayangan Seafood
IMG20160525201712
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
IMG20160525202002
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
IMG20160525201918
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Tidak ketinggalan pelbagai jenis noodle dan sayur-sayuran segar, paling best ada cendawan pelbagai jenis tau. Sampai tak tahu nak ambil yang mana kan, tapi korang boleh makan tenang-tenang. Ambil sedikit-sedikit supaya korang dapat merasai semua jenis tau.

IMG20160525194833
D’Kayangan Sayur-sayuran
IMG20160525194317
D’Kayangan Noodle
IMG20160525194112
D’Kayangan Sos

Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti sos Cili Pedas, sos Cili Thai, sos Manis, sos Bawang Putih, sos Lada Hitam, sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Menu Istimewa Ramadhan

Mrsyanie ingatkan semata-mata makanan steamboat dan grill, rupanya ada menu istimewa sempena Ramadhan kali ini. Untuk bulan Ramadhan ini, diorang akan sajikan Kambing Panggang ni setiap hari khas untuk pelanggan yang hadir. Teruja pula Mrlaling nampak menu feveret dia kan.

Kambing Panggang 2
Kambing Panggang
Kambing Panggang
Kambing Panggang

Selain itu, disediakan juga sajian istimewa iaitu Nasi Briyani Gam yang dimasak menggunakan beras Basmathi bersama rempah briyani. Sangat wangi dan sedap makan dengan Ayam Kampung Goreng Berempah dan gulai kawah tau. Bukan nasi sahaja malah terdapat juga masakan goreng lain seperti mee goreng dan kuey teow goreng. Memang kena dengan tekak Mrsyanie lak tu, sedap!

Nasi Briyani Gam
Nasi Briyani Gam
Gulai
Ayam Kampung Goreng Berempah, Gulai Kawah Daging Cincang, Gulai Kawah Ayam, Ikan Patin Masak Tempoyak
IMG20160525194712
Masakan Goreng

Sambil borak-borak dengan kawan korang boleh juga menjamah pencuci mulut. Ada rojak, kek, ais krim, ais batu campur dan ada macam ais snow tau. Sedap sangat dan berperisa buah-buahan lagi.

Rojak Buah
Rojak Buah
Pelbagai Jenis Kek
Pelbagai Jenis Kek
IMG20160525194041
Ais krim
Ais Snow
Ais Snow
ramadan
D’Kayangan steamboat Buffet Ramadan

Disini parking memang mudah, berhadapan restoran jew dan kemudahan lain seperti surau dan tandas juga disediakan. Harga yang ditawarkan pun tak mahal, harga mampu milik iaitu RM 49.90+ untuk dewasa dan RM 24.00+ bagi kanak-kanak berusia 5 hinga 11 tahun.

Mempunyai ruang yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang di bahagian penghawa dingin dan 320 orang di bahagian luar restoran tapi korang kena tempah awal ye untuk berbuka disini, risau tak ada tempat je nanti kalau korang main terjah.

Untuk maklumat lanjut:

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Alamat : No 1 , Apartment Servis Sri Acapella ,
               Jalan Lompat Tinggi 13/33 ,
               Seksyen 13, Shah Alam.
No Telefon : 012 2971091
                      017 507 6274
                      03 55234979
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *