Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Ramadan 2025 Penuh Dengan Keindahan | Bandar Baru Bangi salah satu lokasi panas untuk kita shopping Raya setiap tahun. Dan tak lupa jugak Bangi Golf Resort (BGR) jugak merupakan salah satu lokasi panas untuk berbuka puasa secara buffet. Setiap tahun mesti ramai sangat akan datang ke buffet Ramadan Bangi Golf Resort pilihan dengan harga berbaloi. Dan Mamayanie juga tidak lepaskan peluang berbuka secara buffet Ramadan di BGR setiap tahun.

Mamayanie terpaksa buat semula entry baru ini sebab entry lepas. Ada masalah tapi jangan risau Mamayanie akan kongsikan segala info dan menu-menu menarik di buffet Ramadan Bangi Golf Resort.

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Sambutan keindahan bulan Ramadan kali in tak bermakna ye kalau korang tak rasai sendiri keunggulan rasa masakan kulinari yang digabungkan dengan masakan rasa warisan budaya. Ditawarkan sehingga 100 jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung.

Menu Utama Pilihan di Bangi Golf Resort (BGR)

Pilihan menu utama yang wajib ye korang cuba adalah Kambing Golek dan Sup Kambing Mamak. Ini memang menjadi sajian utama setiap tahun dan kira macam identiti Bangi Golf Resort (BGR).

Kambing golek ini pihak BGR akan adakh live cook tau malah ianya sedap dimakan dengan kuah lada hitam yang mereka sajian bersama. Tapi korang nak makan dengan nasi pun boleh ye.

buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Bagi Sup Kambing Mamak ini pulak pilihan ensuami tau. Memang tak akan lepaskan rasa Sup Kambing Mamak yang akan dimasak panas-panas. Sup Kambing Mamak ini jenis pekat dan cukup semua rasa. Korang boleh makan dengan nasi atau roti tau.

See also  Festival Ramadan di GM Klang
buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Selain itu, pasukan kulinari BGR akan menyediakan juadah berbuka yang akan menjadi pilihan ramai. Antara juadahnya adalah Sate Ayam resepi istimewa dan Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma.

Menu baru nasi untuk tahun ini korang boleh rasai Nasi Maqluba tau. Hidangan nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan gabungan rempah yang memukau rasa aromanya. Terdiri dari aroma kulit kayu manis dan jintan memberikan lagi rasa wangi dengan gabungan ayam yang empuk.

buffet Ramadan Bangi Golf Resort
buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Nai Kerabu juga merupakan salah satu menu kegemaran Mamayanie ye kalau datang ke buffet Ramadan Bangi Golf Resort. Nasi nya sangat sedap terasa keunikan dari bunga telang dan gabungan sambalnya.

Masakan Menarik Dari Chef Selebriti Kemboja

Pengunjung juga boleh rasai masakan Ayam Kuzi yang kaya dengan rasa aroma rempah ratus. Pelbagai menu lauk-pauk yang lain antaranya Daging Lol Lak, Ikan Amok, Kari Ayam Kemboja yang akan dimasak oleh chef terkenal iaitu Chef Selebriti Kemboja, Chan Kanha (Best Female in MasterChef Combodia Season 1).

Bukan itu sahaja, Chef Chan Kanha juga turut memperkenalkan pencuci mulut terkenal di Kemboja seperti Kek Beras Pandan dihidangkan bersama Gula Melaka Kemboja, Puding Beras, Jagung Kukus, Kek Beras Keladi bersama Kelapa Parut dan banyak lagi. Ianya akan jadi satu hidangan menarik di buffet Ramadan Bangi Golf Resort.

buffet Ramadan Bangi Golf Resort
buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Hidangan Barat dan Menu Kanak-kanak

Tidak ketinggalan dengan juadah barat yang turut disajikan seperti Bebloa Daging Ayam bersama Sos Cendawan Bawang Putih, Spageti Laksa Kering, Spageti Pad Thai dan banyak lagi. Juadah barat yang lebih memberikan kesegaran seperti Sup French Prawn Bisque turut disajikan bersama roti buat pengujung yang hadir.

See also  [Hotel Review] Uniquely Malaysia Di Tadom Hill Resorts

Hidangan kanak-kanak tidak pernah dilupakan ye olrh pihak BGR. Antaranya Spanish Churros yang boleh dimakan dengan pelbagai sos pilihan, gula-gula kapas, cendol, aiskrim, ABC dan ada juga Jagung karamel. Ini salah satu kenapa Mamayanie memilih Buffet Ramadan Bangi Golf Resort tau kerana juadah pelbagai dan bersesuaian juga untuk kanak-kanak. Abgfh dan Adikfh memang sangat suka lah ye, tambahan Adikfh kali ini dah 3 tahun boleh makan macam-macam. Dia paling suka bab makan ini hihi Jadi Mamayanie memilih BGR untuk pilihan Ramadan kali ini.

Harga Buffet Ramadan BGR 2025

Harga yang ditawarkan untuk pengunjung sangat berbaloi:

  • Dewasa: RM68.00+
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM34.00+
  • Kanka-kanak bawah 4 tahun: Percuma

Apa tungghu lagi korang boleh buat tempahan secara dalam talian: https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/

Korang boleh rasai juadah berbuka Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR) dari 2 Mac 2025 sehingga 29 Mac 2025. Masih sempat lagi korang nak berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan disana.

Bangi Golf Resort (BGR) Pilihan Kami

Kenapa kami memilihan Bangi Golf Resort (BGR) :

  • Mesra kanak-kanak
  • Ruang makan yang luas
  • Kemudahan fasiliti seperti Surau, Tandas bersih, Baby room
  • Mempunyai sijil Halal Jakim sejak 2009
  • Mempunyai sijil HACCP sejak 2021
  • Kebersihan terjaga dan mempunyai tahap piawaian yang tinggi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*