PENJAGAAN WAJAH: Apa Itu Double Cleansing?

Double Cleansing atau pembersihan berganda | Kebanyakkan ramai yang dah tahu apa itu Double Cleansing kan. Yang mana memang menjaga kulit wajah diorang akan buat setiap hari Double Cleansing untuk penjagaan kulit wajah yang bersih dari pori-pori dalam dan permukaan luar. Kali ini Mamayanie nak kongsikan serba sedikit mengenai penjagaan wajah dengan melakukan Double Cleansing. Sebelum itu korang tahu tak apa itu Double Cleansing ?

Apa itu Double Cleansing Dalam Penjagaan Kulit Wajah

Apa Itu Double Cleansing

Double cleansing adalah proses membersihkan wajah dengan dua tahap pembersihan menggunakan dua jenis produk yang berlainan bahan. Tahap pertama adalah dengan menggunakan pembersih wajah berasaskan seperti minyak (cleansing oil), susu (milk cleanser), dan air (micellar water) untuk membersihkan wajah dari makeup. Tahap kedua pula adalah membersihkan wajah dengan sabun pembersih (pencuci muka / cleanser).

Lebih mudah untuk tahu jenis bahan berbeza adalah dari Oil based dan water based. Kalau tak cuci muka dengan pencuci muka oil based, kulit muka mudah terdedah dengan blackhead/whitehead, pori-pori tersumbat.

Baca: Laser Jeragat

Jenis Kotoran Wajah

Terdapat dua (2) jenis kotoran pada muka:

  1. Kotoran berasaskan minyak seperti sebum, sisa makeup, sunscreen, mousturizer, sel kulit mati
  2. Kotoran daripada air seperti peluh, debu.

Apa itu Double Cleansing Dengan CB

Obsess Cleansing Balm (CB)

Korang pernah dengar tak pasal cleansing balm? Dimana cleansing balm juga merupakan agen pembersih bagi double cleansing. Mamayanie nak kongsikan mengenai Obsess Cleansing Balm yang viral dengan keberkesanan kualiti produknya dengan harga rakyat marhaen. Mamayanie sendiri pengguna tegar Obsess Cleansing Balm dan consultant bagi Obsess Skin. Disebabkan Mamayanie dah guna dari awal pengeluaran CB ini, jadi Mamayanie yakin untuk kongsikan dengan korang keberkesanan produk ini.

See also  Digital Arts Giveaway by Nasuha-itsmyessay

Apa itu Double Cleansing Dengan solid oil-based cleanser

Obsess Cleansing Balm merupakan solid oil-based cleanser. Dimana ianya berfungsi untuk membersihkan kotoran mekap, sunscreen, pencemaran, dan kotoran-kotoran degil lain di kulit sepanjang hari. Obsess Cleansing Balm dirumus khas dari enam natural oils yang memberi manfaat kepada kulit, lebih cepat, serta lebih berkesan untuk menanggalkan mekap degil dan lebih berformula berbanding pembersih mekap lain.

Ini bermakna, Obsess Cleansing Balm dapat membantu melarutkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit, selain minyak kotoran degil yang terhasil dari pemakaian mekap seharian. Penggunaan Obsess Cleansing Balm juga dapat membantu untukmenyingkirkan segala minyak dan kotoran degil di wajah, dan memastikan kulit dibersihkan secara keseluruhan dengan mudah.

Apa itu Double Cleansing Dalam Penjagaan Kulit Wajah

Kelebihan Double Cleansing

Kelebihan Double Cleansing Dengan Obsess Cleansing Balm

  • Bersihkan pori-pori dengan lebih dalam.
  • Kulit bernafas dan segarkan kulit.
  • Bersihkan sisa makeup dan krim yang dipakai pada siang hari.
  • Singkirkan semua kotoran berminyak pada muka.

Obsess Skin telah menggabungkan dua kebaikan menjadi satu iaitu membersihkan wajah dan pada masa yang sama, ia juga merawat kulit. Dengan menggunakan Obsess Cleasing Balm sebagai langkah pembersihan pertama dalam rutin penjagaan wajah, ia amat membantu untuk menjaga, melembutkan, merawat, dan dapat menjadikan kulit wajah kekal terhidrat dalam jangka masa panjang.

Selain itu, Obsess Cleansing Balm juga telah di formulasikan dengan Vitamin E dan Vitamin C yang dapat membantu membersihkan tanpa membasahkan wajah terlebih dahulu. Ia juga mudah digunakan, jimat masa, dan lebih baik berbanding pembersih mekap lainnya. Obsess Cleansing Balm ini juga direka khas untuk pengguna yang memerlukan kelembapan yang menyegarkan selepas membersihkan wajah. Ia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, tetapi juga baik untuk mengimbangi kulit berminyak atau kombinasi.

See also  Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Menyegarkan Dengan F&N!

Selain ianya sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Apa itu Double Cleansing Dalam Penjagaan Kulit Wajah

Cara-cara penggunaan Obsess Cleansing Balm

  • Pastikan muka kering, letak sedikit Obsess Cleansing Balm dan gosok seperti biasa.
  • Gunakan 60 second rules untuk cuci muka.
  • Cuci muka seperti biasa sehingga bersih.
  • Guna water based produk pula dan cuci muka macam biasa. Boleh gunakan facial wash atau facial foam mengikut kesesuaian kulit wajah korang.

Maksudnya ada 2 proses cara pembersihan wajah korang, kebiasaan Mamayanie akan buat Double Cleansing ini pada waktu malam. Selepas seharian kita melakukan pelbagai jenis kerja dan pendedahan kulit pada persekitaran, kira sebelum korang tidur.

  • Buat sehari sekali, pada waktu malam atau sebelum tidur.
  • Buat pada waktu malam kerana muka perlu sebersuh-bersihnya sebelum tidur dan berehat.
  • Tidak terdedah dengan cuaca panas, peluh dan bebas makeup.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan serba sedikit ilmu mengenai penjagaan wajah seharian agar lebih bersih dan sihat dari kekotoran. Lagi satu kenapa Mamayanie suka dengan Obsess Cleansing Balm kerana ianya dipacking (packaging) dalam bekas yang sangat comel dan mudah bawa kemana sahaja, boleh letak dalam handbag je tau.

Maklumat lanjut Obsess Cleansing Balm

Obsess Skin

Instagram: @Obsessyanie

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*