Assalamualaikum w.b.t

Penyakit Berjangkit | Mamayanie terdetik untuk kongsikan tentang penyakit berjangkit yang kini semakin menular. Terutamanya penyakit berjangkit Influenza A yang kini sedang menyerang. Jika kita orang yang sihat dan tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya. Mamayanie pun risau dengan Babyfh, yelah masih kecil kan. Moga anak-anak dan ahli keluarga kita sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang sihat oleh Allah SWT aamin.

Wabak Influenza

Sebelum Mamayanie kongsikan cara pencegahan awal wabak Influenza , kita ketahui dulu apa itu Influenza?

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi (antara simptomnya):

  • Demam & Mengigil
  • Deman yang suhu tinggi tapi tidak surut walaupun dengan paracetamol
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Sakit otot
  • Cirit birit dan
  • sakit perut, loya dan muntah (khususnya dikalangan kanak-kanak)

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak kecil, warga emas, wanita hamil, serta pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

PENCEGAHAN AWAL WABAK INFLUENZA

Cara Pencegahan Awal Wabak Influenza A

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.

Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
  • Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
  • Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
  • Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask);
  • JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.

Jadi bersama-sama kita ambil berat tentang ini dan jika sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom

  • SESAK NAFAS
  • NAFAS LAJU
  • DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
  • KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
  • KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
  • BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah

  • SAKIT DADA
  • SESAK NAFAS
  • KEBINGUNGAN
  • MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
  • SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Semoga perkongsian ini bukan untuk Mamayanie sahaja malah moga ia membantu para Ibu Bapa dan semua dalam mencegah penularan Influenza A. Insya-Allah.

Segala info Mamayanie dapat dari https://www.infosihat.gov.my/index.php/influenza https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *