
Hotel Sesuai Untuk Anak-anak | Doubletree by Hilton Damai Laut Resort salah satu hotel yang mesra dengan kanak-kanak. Hotel yang mesra kanak-kanak adalah destinasi percutian yang memahami keperluan dan kehendak keluarga yang melancong bersama anak-anak. Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak, hotel ini menyediakan persekitaran yang selamat, selesa, dan menghiburkan untuk kesemua ahli keluarga.
Dari bilik-bilik yang mesra keluarga hingga kepada program-program rekreasi yang bersifat mesra kanak-kanak. Hotel ini menyediakan pengalaman percutian yang tak terlupakan bagi keluarga yang mencari keseronokan bersama-sama.

Doubletree by Hilton Damai Laut Resort
Untuk pengetahuan korang dulunya adalah percutian Swiss-Garden Beach Resort tau sebelum ianya ditukar kepada Doubletree by Hilton Damai Laut Resort. Teringat lagi arwah Abah lah paling teruja nak pergi hotel ini sebab nak mandi air laut katanya. Alhamdulillah dapat jugak tunaikan hasrat arwah Abah untuk bercuti kesini. Selepas 7tahun jugak lah baru lah kami datang semula ke hotel ini untuk percutian bersama keluarga kecil kami.
Banyak perubahan bagi fasiliti terutamanya kolam renang nya dah ada tempat permainan kanak-kanak yang sekarang menjadi tumpuan utama hotel ini. Malah bilik yang disediakan pun sangat cantik, besar (sesuai untuk 4 orang), dan bersih.

Bilik Pilihan Percutian
Bila dapat bercuti, kalau boleh nak lah rasa bilik yang lebih selesa kan. Jadi pilihan bilik kami adalah Twin Guest Room Sea View. Tapi bukan lah bilik dibahagian tengah, kami punya bilik belah wing tepi tapi masih boleh nampak pemandangan pantai.
Kami mudah ambil 2 katil single sebab bila dah ada anak, lebih selesa dengan katil 2 single. Bilik ini adalah sea view dan mempunyai private balcony. Antara kemudahan lain adalah WiFi, rain shower, Bilik air asing (separate toilet area), sofa dan meja disediakan (seating area with sofa), iron/iron board, hairdryer, dan kemudahan asas hotel.






Harga Bilik Doubletree by Hilton Damai Laut
Mamayanie ambil bilik Twin Guest Room Sea View yang mana kadarnya untuk satu malam adalah: RM537.00 MYR dan tambahan cukai sebanyak RM43.00. Bagi jumlah kadar 2 hari 1 malam adalah RM580.00.
Ianya disediakan sekali dengan sarapan pagi untuk 2orang, jadi Mamayanie hanya tambah sarapan pagi untuk Abangfh dengan kadar kanak-kanak. Adikfh pula tiada bayaran sarapan dikenakan.
Kemudahan Rekreasi Doubletree by Hilton Damai Laut
Ini paling penting haha bila percutian memang fokus menginap di hotel je antara fasiliti penting adalah kemudahan rekreasi untuk kanak-kanak.
Pool & Mini Water Park
Taman mini air yang mempunyai beberapa jenis gelongsor dan 4 jenis kolam yang sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan 1 kolam khusus untuk dewasa (kolam biasa tanpa gelonsor). Waktu operasi kolan renag adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang.
Untuk mandi ke kolam mini water park ini perlu pakai tag atau stiker gelang tangan yang akan diberikan di kaunter sewaktu pendaftaran masuk. Jika rosak boleh tukar dikaunter, jadi tiada masalah jika kita menginap 3hari atau lebih.





Kids Club
Mamayanie tak sempat nak bawa anak-anak main disini tapi Mamayanie kongsikan supaya nanti korang datang sini boleh lah ke Kids Club bawa anak-anak. Untuk masuk ke Kids Clubperlu memakai stokin ye. Ada permainan kanak-kanak disediakan disini.
Masa dibuka:
- Isnin hingga sabtu: 9.00 pagi sehingga 10.00 malam
- Ahad: 10.00 pagi sehingga 6.00 petang
Gym & Fitness center
Bagi Fitness center dibuka 24 jam tau dan korang hanya perlu menggunakan kunci bilik (room key card) untuk masuk. pastikan menggunakan kasut yang bersesuain untuk masuk kesini.
eForea SPA
Kalau sempat boleh lah korang manjakan diri ke eforea SPA ini. Rawatan istimewa dan produk premium daripada Kerstin Florian akan membuatkan rasa bertenaga semula dengan rasa kesejahteraan yang lebih baik. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Urut. Ianya mampu mengurangkan tekanan dengan pengalaman seluruh badan atau menyasarkan ketegangan pada bahu, leher dan kaki.
Waktu operasi: Setiap hari bermula 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.
Perkhidmatan Makanan dan Minuman
Doubletree by Hilton Damai Laut resort menawarkan 4 jenis perkhidmatan makanan dan minuman. Menawarkan set sarapan pagi, buffet dan makan malam secara set dan ala carte. Antara cafe yang terdapat disini iaitu Makan Kitchen, Hotpot, AXIS Lounge dan perkhidmatan makan dalam bilik (in roon dining).

Makan Kitchen
Menyediakan selera Malaysia serantau yang asli di Makan Kitchen di mana dapur pertunjukan interaktif secara langsung dan hidangan bufet yang luas mempamerkan kepelbagaian besar masakan Malaysia. Nikmati pemandangan lautan yang tiada tandingan sambil anda menikmati hidangan istimewa Melayu, Cina, India dan tempatan yang lain.
Hotpot Doubletree by Hilton Damai Laut
Menyediakan perkhidmatan untuk makan malam sahaja dengan sajian sizzling yang panas dengan sajian makanan laut yang segar.
Axis Lounge
Terletak di lobi, Axis Lounge yang santai adalah tempat yang sesuai untuk minum dengan tenang, mesyuarat perniagaan kecil atau sekadar untuk berehat dan melihat dunia berlalu. Cergaskan diri dengan secawan kopi yang baru dibancuh atau teh sambil menjamu selera dengan pilihan sandwic ringan dan kek lazat istimewa.

Ini serba ringkas mengenai Doubletree by Hilton Damai Laut Resort yang sangat sesuai untuk bawa keluarga terutamanya yang ada anak-anak. Mereka akan sangat seronok dan insyaAllah Mamayanie akan cuba datang lagi kesini.
Untuk maklumat lanjut
Website: https://www.hilton.com/en/hotels/iphdldi-doubletree-damai-laut-resort/
Leave a Reply