Air Viral Untuk Hidangan Berbuka Puasa | Korang dah cuba ke air soda yang sekarang diviralkan tu? Bukan sebarang air soda tetapi ianya diberi nama Resepi Air Viral Soda Herbs . Walaupun air soda ni manis dan bergas tetapi Mrsyanie tetap suka minum air soda kerana ianya dapat menghilangkan haus tekak yang kering dikala bulan puasa ni.
Yelah nak minum air kosong rasa tawa je tekak kan. Ingat jangan berlebihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam air soda tu tau. Mrsyanie jika minum air soda suka tambah air kosong kerana dapat mengurangkan rasa gas dan kemanisan. Kali ini Mrsyanie nak kongikan resipi air viral yang sibuk pakat-pakat share tu.
BACA: Resepi Sotong Masak Kicap
Air Soda Herbs Viral
Mudah sangat nak sediakan air yang sedap dan sesuai untuk dijadikan hidangan ketika berbuka puasa. Ramai yang kata air viral ni sedap ya amat lah, tapi jika korang tak suka air soda korang boleh gantikan dengan air kosong dicampur dengan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) dan bahan-bahan herbs yang lain. Cuma tak jadilah resepi air soda herbs hihi Ia akan lebih kepada air detox.
Resepi Air Viral Soda Herbs Lagi Sedap Dan Mudah
Resepi Bahan-bahannya
- 1 botol besar air krim soda
- 1 tin laici – ambil buah sahaja tetapi boleh juga tukar buah longan
- 2 batang serai – diketuk/dititik
- Beberapa helai daun pudina
- 1 biji lemon – dihiris nipis
- 4-6 biji asam boi putih
- ketulan ais secukupnya
Cara-caranya Penyediaan
- Cuci semua bahan hingga bersih.
- Hiriskan lemon nipis nipis
- Masukkan daun pudina, lemon yang telah dihiris, asam boi putih, serai yg telah dititik dan buah laici .
- Kemudian tuangkan air krim soda.
- Gaul sehingga sebati rasanya.
- Akhir sekali masukkan ketulan ais jika suka dan siap untuk dihidangkan.
Tejua abang Adam nak rasa tau, sebenarnya dia nak laici. hihi Sedap tau dapat berbuka dengan air soda herbs ni tau, rasa campuran serai dan mint pudina memikat rasa ditekak.
Korang boleh lah cuba Resepi Air Viral Soda Herbs Lagi Sedap Dan Mudah untuk disediakan. Lagi enak jika korang buat awal dan simpankan dalam peti sejuk dalam 1jam supaya rasa herbs yang dicampur dalam air tadi sebati.
Yanieyusuf.com
dulu biasa buat.
la ni..dah ada bini, bini la yang kena buat.
hehe
adik ipar IQ dari minggu lepas nak minum air xdapat2, sebab xjumpa daun mint. heehhee
susahnya nak jumpa daun pudina.. huhu..
haihhhh nak kena try ni sedapnyaaaa tapi dah jarang sgt minum air gas huhuu