Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 dan 5 tahun Mulai 1 Jun 2023

Vaksin Pneumokokal Untuk Kanak-kanak | Dalam peningkatan menjaga kesihatan kanak-kanak, terkini Vaksin Pneumokokal telah dimasukkan kedalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak. Pada 1 Jun 2023 yang lepas telah dilaksanakan pemberian Vaksin Pneumokokal percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 dibawah Program Pemberian Imunisasi Catch-Up Pneumokokal.

Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma

Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma

Apa Itu Pneumokokal

Pneumokokal merupakan penyakit yang dijangkiti oleh bakteria yang diberi nama streptococcus pneumoniae. Ianya boleh menyerang kepada semua peringkat usia tetapi lebih kerap menyerang kanak-kanak dan warga emas.

Bakteria ini boleh menyerang terus kepada bahagian organ penting dalam badan dan boleh menyebabkan rasang paru-paru, radang membran (selaput otak), jangkitan dalam darah, jangkitan sinus, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan jangkitan di telinga tengah. Ianya salah satu penyakit yang bahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tiada rawatan awal.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menitikberat akan penyakit ini, maka telah memasukkan Vaksin Pneumokokal kedalam Program Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma kepada bayi.

Fungsi Vaksin Pneumokokal

Vaksin Pneumokokal memberi perlindungan dan membantu untuk mencegah daripada jangkitan. Ianya membantu merangsang badan untuk menghasilkan antibosi dalam mencegah bakteria streptococcus pneumoniae ini. Ia juga bertindak dalam membina dan meningkatkan imunisasi badan kepada penerima vaksin.

Pemberian Vaksin Pneumokokal Program Imunisasi Kebangsaan

Pemberian Vaksin Pneumokokal Konjugat (PCV) dibawah Program Imunisasi Bayi & Kanak-kanak di fasiliti kesihatan KKM bermula pada 1 Disember 2020 dan seterusnya.

See also  Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Jadual pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan :

  • Dua (2) dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan
  • Satu (1) dos penggalak pada umur 15 bulan

Kini bayi yang lahir pada bermula tahun 2020 dan seterusnya dan bertaraf warganegara Malaysia adalah layak untuk menerima vaksin ini secara percuma yang boleh menerima suntikan di fasiliti kesihatan KKM.

Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma

Jenis-jenis Vaksin Pneumokokal

  • Vaksin PCV-10 Synflorix digunakan pada tahun 2020 (sehingga 15 Mac 2023)
  • Vaksin PCV-13 / Prevenar 13 digunakan terkini (16 Mac 2023 sehingga 15 Mac 2025)

Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Kanak-kanak 4,5 tahun

Kementerian Kesihatan Malaysia telah lancarkan satu Program Pemberian Imunisasi Catch-Up Pneumokokal yang akan diberikan kepasa kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun bagi tahun 2023 ini.

Sasaran Kanak-kanak Yang Layak

Pelaksanaan pemberian imunisasi catch-up PCV ini bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 kepada kanak kanak yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019. Mereka layak menerima suntikan Vaksin Pneumokokal disemua fasiliti kesihatan KKM.

Kiranya kanak-kanak yang layak adalah berumur 4 tahun dan 5 tahun bagi tahun 2023. Termasuklah Abangfh juga layak untuk menerima suntikan dalam program catch-up ini.

Tetapi bagi kanak-kanak lahir tahun 2018 & 2019 yang telah menerima suntikan Vaksin Pneumokokal bagi dos lengkap (primer dan penggalak) di fasiliti kesihatan swasta adalah tidak perlu.

Jenis Vaksin Yang Diberikan

Bagi Program Pemberian Imunisasi Catch-Up Pneumokokal, vaksin yang diberikan adalah jenis PCV-13/Prevenar 13. PCV-13/Prevenar 13 adalah jenis Pneumococcal 13-valent Conjugate Vaccine (Prevenar 13 Suspension for injection) yang melindungi daripada 13 serotaip bakteria Streptococcus Pneumoniae 1, 3, 4, 5, 6A. 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19A, 19F & 23F.

See also  Madu Saffron Asli Rahsia Tingkatkan Fokus Dan Kesihatan Anak

Fasiliti KKM Yang Terlibat

Pelaksanaan pemberian imunisasi catch-up akan melibatkan fasiliti kesihatan kerajaan iaitu:

  • Klinik Kesihatan
  • Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)
  • Klinik Desa
  • Perkhidmatan Kesihatan Bergerak KKM

Cara Mendapatkan Suntikan

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan imunisasi catch-up ini, pihak KKM telah menawarkan beberapa kaedah untuk memudahkan Ibu Bapa membawa anak-anak mereka.

  • Membuat temujanji melalui telefon ke fasiliti yang terdekat
  • Walk-in ke fasiliti KKM yang terlibat
  • Daftar melalui aplikasi MySejahtera

Sebaiknya korang boleh buat temujanji terus melalui aplikasi MySejahtera atau hubungi terlebih dahulu klinik yang terlibat. Ianya boleh memudahkan mengikut tarikh dan masa Ibu Bapa itu sendiri untuk membawa anak bagi mendapatkan suntikan vaksin.

InsyaAllah lagi 2 minggu Mamayanie akan bawa Abangfh untuk temujanji, sebab dia baru dapatkan suntikan Vaksin Influenza. Semoga anak-anak kita dilindungi dan ianya menjadi salah satu ikhtiar perlindungan dengan izin Allah SWT.

Baca: Berkaitan Kesihatan

Untuk maklumat lanjut:

Klinik Kesihatan Daerah Muallim

Sumber maklumat ini Mamayanie dapat sewaktu Taklimat Pemberian Vaksin Pneumococcal Catch-up secara atas talian yang dianjurkan oleh KKM Tanjong Malim, terima kasih Dr Maskinah dan Dr Shahnul Kamal.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tips Ajar Anak Bermain Sendiri Diusia Seawal 6 bulan Keatas
  2. Vaksin Influenza Pentingkah Untuk Anak-anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*