Assalamualaikum w.b.t
Floyds Kitchen Sajian Barat | Korang pernah dengar tak pasal kedai makan barat yang viral dekat Melaka? Alah konsepnya makanan barat dengan ala hipster tu. Kalau korang buat carian dekat google mesti jumpa punya Floyds Kitchen.
Warga Tanjung Malim tak perlu nak ke Melaka merasai masakan barat dari Floyds Kitchen Western dah. Kerana ianya telah dibuka di Tanjung Malim tau. Terasa nak jadi pekan maju dah Tanjung Malim tapi semuanya bab makanan haha. Yelah baru ini Subway dibuka, akan datang akan dibuka pula Tealive. Teringat dulu sewaktu Mamayanie pindah ke Tanjung Malim, tak banyak yang ada. Kalau nak cari makan pun, perlu cari makan masakan ala Thai banyak lah hihi.
Floyds Kitchen Western Kini Dibuka Di Tanjung Malim
Kini satu-satu kedai tumbuh seperti cendawan tumbuh lepas hujan haha, mukadimah dia bukan main kan. Mamayanie cuma nak kongsikan dengan korang yang Babyfh ikut selera Mama lah. Suka makan masakan barat dan Itali gitu. Yelah dah Mama rajin masak spaghetti, macaroni lah kan hahah Ini antara aktiviti Mama dengan Babyfh, minum petang yeahh hihi
Apa yang Mamayanie suka dengan cafe ini adalah dekorasi dia sangat santai, sesuai lah untuk pelajar atau orang yang nak lepak secara santai dan rilex. Lokasinya juga menarik tak terlampau padat dan senang untuk korang parking. Cuma siapa yang nak datang sini kena ada pengangkutan sendiri lebih senang.
Floyds Kitchen
Floyds Kitchen Western ini baru je dibuka, ada lagi beberapa menu yang diorang tidak dapat sediakan. Mula sampai tengok menu dia, teruja dengan Brownies ada aiskrim tu. Tapi masih belum ditawarkan jadi kami order menu utama je.
Ini anatara menu yang kami order beserta harga.
- kids Mac & Cheese RM9.90
- Hawaiian Fried Rice Chicken Grill RM12.90
- Chicken Parmesan RM16.90
- Brain Damage Water RM7.90
- Plain Water RM0.50
Bagi Mamayanie Chicken Parmesan dia sedap, dia macam sos Bolognese tu letak diatas ayam dan letak cheese. Tapi dalam menu nama sos yang diletak adalah sos concasse. Fuh memang sedap dan ayam dia masak dengan baik. Bagi penggemar cheese memang sedap lah, bila digabungkan dengan ayam yang digoreng dan letak ala sos Bolognese yang masam-masam sedikit, fuh nikmat. Diorang sediakan juga sos blackpaper. Bagi Mamayanie sos blackpaper dia biasa jew, cukup rasa tapi cair sedikit. Dalam menu tu disediakan juga dengan side dishes.
Untuk Babyfh pulak, menu yang Mamayanie order adalah set Kids Macaroni dan cheese. Untuk set kids ini, diorang hidangkan sekali dengan air vitagen. Kuantiti dia kecil je ada sekali dengan kentang goreng. Sedap dan cukup untuk potion budak-budak. Cuma kalau budak yang selera makan (kuat makan), kurang cukup lah bagi mereka. Bagi Babyfh memang cukup ada lebih lagi sebab main je banyak, nak suap dia tak bagi haha Nak suap sendri dah sekarang. Seronok Mamayanie tengok Babyfh makan macaroni cheese tu, haih anak Mama ni suka makanan barat/Itali ye.
Cuma Mamayanie tak rasa pulak Hawaiian Fried Rice Chicken Grill hihi Jadi Mamayanie tak tau rasanya, nak suggest tu tak berani. Cuma apa yang boleh Mamayanie bagitau kawan Mamayanie makan sampai habis lah nasi tu hihi Air pulak Mamayanie order air kosong, cuma terkedu jugak sebab air kosong kena cas RM0.50 hihi Tak pelah mungkin diorang cas sebab nak basuh cawan tu balik pakai kos kan hihi Yang dalam gambar itu post semata-mata haha
Ini bukan paid review tau haha, Mamayanie kongsikan jew menu apa yang kami kan dekat Floyds Kitchen Western. Korang yang berada berdekatan boleh lah nak cuba, kalau nak rasa kelainan.
Untuk maklumat lanjut:
Floyds Kitchen Western Tanjung Malim
Alamat: 1, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Jaya, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak
Facebook: Floydstanjungmalim
Till Next Entry ye!!!
Waa nampak sedap ai pun suka.