Peta Malaysia Tanah Airku

Malaysia Penuh Dengan Keunikkan | Peta Malaysia bukan sahaja mempunyai 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan malah Malaysia kaya dengan berbilang kaum, adat, perayaan dan keunikkan bahasa. Sejujurnya Mamayanie bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia dan alhamdulillah Mamayanie juga berjaya menjejaki kaki kesemua negeri.

Mamayanie dulu mula suka travel bila arwah Abah suka bawa anak-anaknya bercuti. Sejak itu, Mamayanie tekad untuk pergi keseluruh negeri yang berada di Malaysia walaupun bukan setiap daerah tapi dapat jejak kaki di Ibu Kota setiap negeri pun dah seronok.

Bila dah berkahwin tahun 2011, Mamayanie mula travel dengan Ensuami pulak dalam Malaysia sebelum kami travel ke luar negara pulak. Kira semua negeri Mamayanie dah pergi cuma belum ada entry mengenai Kelantan dan Terengganu sebab pergi dulu sebelum aktif berblog.

PETA MALAYSIA

gambar: https://www.worldometers.info/maps/malaysia-road-map/
Peta Malaysia

Bagi jiran negara pula, di Utara Semenanjung Malaysia ialah negara Thailand dan di Selatan ialah negara Singapura. Malaysia Timur terdiri daripada negeri Sabah dan Sarawak di pulau Borneo. Negara Brunei yang kaya dengan minyak bersempadan dengan negeri Sarawak dan Kalimantan Indonesia terletak di sebelah selatan dua negeri Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri Di Malaysia

Ini menunjukkan peta Malaysia yang terdiri daripada 13 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Malaysia juga mempunyai 1 Wilayah Persekutuan yang terdiri 3 wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Peta Malaysia Tanah Airku

Fakta Mengenai Malaysia

  • Latitud dan Longitud

Latitud Kuala Lumpur adalah kira-kira 3° Utara Khatulistiwa. Longitud Kuala Lumpur adalah kira-kira 101° Timur. Di Malaysia kami dapat menikmati cahaya matahari sepanjang tahun.

  • Iklim Iklim
See also  Tidak Mengecewakan Masakan Western | Pekan Station Kampung Baru

Malaysia mempunyai iklim Khatulistiwa dengan suhu antara 21°C hingga 31°C di bandar-bandar utama (secara umumnya). Di kawasan tanah tinggi, suhunya lebih sejuk dan berkisar antara 16°C hingga 24°C seperti di Tanah Tinggi Cameron Highland.

Iklim khatulistiwa, juga dikenali sebagai iklim hutan hujan khatulistiwa, ialah sejenis iklim yang tidak mengalami musim kering, iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilai kerpasan min sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci).

  • Ibu Negara

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.

  • Jumlah Penduduk

Jabatan Perangkaan Malaysia kini berkongsi statistik dan data berkaitan demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2023, sekaligus memperlihatkan jumlah populasi di Malaysia kini mencapai 32.7 -33.2 juta orang.

  • Bahasa

Bahasa rasmi di Malaysia adalah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas. Terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek lain yang digunakan di Malaysia, antaranya bahasa Mandarin, Tamil, Hokkien dan Kantonis.

  • Perayaan

Perayaan keagamaan utama yang disambut di Malaysia adalah perayaan Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Bukan itu sahaja, Malaysia juga turut merayaan kepelbagaian perayaan agama yang lain mengikut kaum masing-masing.

Perayaan lain yang bukan keagamaan seperti Tahun Baru, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Sultan-sultan Negeri, Hari Pekerja dan sebagainya.

Peta Malaysia Tanah Airku

Semoga ianya membantu serba sedikit maklumat untuk korang mengenal dan mengetahui peta mengenai Malaysia.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*