Resepi Sahur Mudah Dan Menyelerakan

Assalammualaikum w.b.t

Menu Sahur Pilihan 2017 | Pejam celik dah nak puasa tahun ni, hari ni last untuk makan disiang hari lepas tu kita mula berpuasa selama 1 bulan(alah lepas raya makan balik disiang hari hihi). Mrsyanie paling buntu kalau bab menu sahur ni, sebab nak cari menu yang boleh buka selera makan diawal pagi. Terutamanya diawal Ramadhan sebab kita perubahan waktu sarapan pagi. Jadi Mrsyanie cari beberapa menu yang mudah dan boleh membuka selera Mrlaling awal pagi untuk puasa.

Resepi Sahur Mudah Dan Menyelerakan diawal Pagi
Resepi Sahur Mudah Dan Menyelerakan diawal Pagi

5 Resepi Sahur Mudah

Ada 5 resepi sahur mudah dan menyelerakan diawal pagi yang Mrsyanie sempat cari untuk Mrsyanie sediakan sepanjang Ramadhan nanti. Mrsyanie kumpulkan supaya mudah untuk Mrsyanie rujuk semula dan alang-alang tu Mrsyanie kongsikan dengan korang semua yang masih mencari-cari menu sahur mudah seperti Mrsyanie hihi. Ini adalah Resepi Sahur Mudah Dan Menyelerakan diawal Pagi Mrsyanie. Lagi sedap ditambah dengan menu telur goreng dengan bawang bersama nasi yang panas.

Resepi Sahur Mudah Dan Menyelerakan diawal Pagi

1.Sambal Cili Padi Ikin Bilis

Resepi Bahan-bahannya:

  • Ikin bilis
  • Cili api / padi
  • Bawang besar
  • Minyak masak
  • Garam / perisa secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Basuh ikin bilis dan gorengkan dengan minyak yang secukupnya.
  2. Goreng sehingga ranggup dan angkat & toskan.
  3. Tumbuk cili api (mudah kisar kasar jew.)
  4. Agak cili api dah lumat masukkan bawang yang telah dipotong.
  5. Tumbuk sedikit bagi sekata dengan bawang.
  6. Masukkan minyak yang digunakan mengoreng ikan bilis untuk menumis.
  7. Masukkan cili api dan bawang yang ditumuk. Masukkan garam / perisa.
  8. Masak dalam 2-4 minit sahaja. Kemudian tutup api.
  9. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ranggup dalam cili api yang telah dimasak.
  10. Gaul dan terus angkat hidangkan dalam mangkuk lauk. Siap
See also  Kuih Onde Onde Gula Melaka Berlemak Versi YanieYusuf

Resepi penuh: Sambal Cili Padi Ikin Bilis

2.Daging Masak Kicap

Resepi asalnya guna daging Rusa, tapi boleh je tukar daging lembu hihi..

Resepi Bahan-bahannya:

  • Daging (telah direbus terlebih dahulu)
  • Minyak
  • Bawang besar (telah dikisar)
  • Bawang kecik (telah dikisar)
  • Halia
  • Bawang putih (telah dikisar)
  • Cili kering (telah dikisar)
  • Kicap manis
  • Gula, garam and perasa.

Cara-caranya:

  1. Masukkan minyak dalam kuali.
  2. Tumis semua bawang besar, bawang kecil, bawang putih & halia                                                                                (lebihkan bawang besar supaya jadi lebih pekat).
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Biar sehingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan daging, kicap, gulu dan sedikit garam.
  5. Biar sehingga daging sekata dengan kicap dan bahan tumis. Siap dimasak.

Resepi penuh: Daging Masak Kicap

3.Tumis Sosej Masam Manis

Resepi Bahan-bahannya:

  • Sosej (dipotong setebal 1cm)
  • Nenas (beli yang dalam tin jew)
  • Capsicum merah, hijau dan kuning (dipotong kiuc)
  • Tepung (yang dibancuh sedikit dengan ai, untuk pekatkan kuah)
  • Sos tiram
  • Sos Cili
  • Kicap manis
  • Gula, garam and perasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan minyak dalam kuali.
  2. Goreng sosej supaya garing sedikit.
  3. Masukkan Nenas, Capsicum merah, hijau dan kuning.
  4. kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.
  5. Letakkan sedikit garam tapi jangan banyak kerana  sos tiram dah masin.
  6. Kemudian masukkan sedikit sahaja tepung yang telah dibancuh untuk kepekatan kuah.
  7. Biarkan seketika dan Siap dimasak.

Resepi penuh: Tumis Sosej Masam Manis

4.Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Resepi Bahan-bahannya:

  • 4 genggam ikan bilis mata biru
  • 2 genggam cili api merah
  • 2 biji cili merah besar*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 4 helai daun kunyit dihiris
  • halus garam dan gula secukupnya
  • 4 batang serai dititik
  • 10 sudu tempoyak petai secukupnya
See also  Masakan Warisan Johor Kini Diketengahkan | Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bahan2 bertanda (*)
  2. Panaskan 1 cawan minyak. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan.
  4. Masukkan pula serai dan tempoyak,petai dan sedikit air.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun kunyit.

Resepi penuh: Sambal Ikan Bilis Tempoyak

5.Keli sambal hijau

Jika tak nak Ikan Keli, korang boleh gantikan dengan ayam. Goreng terlebih dahulu ayam. Atau korang juga boleh ubah menggunakan cili merah.

Resepi Bahan-bahannya:

  • Segenggan cili padi hijau
  • Beberapa cili hijau (cili besar)
  • 10 biji bawang besar
  • 20 biji bawang putih
  • 5-6 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 batang serai.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Kisarkan bahan cili padi, cili hijau, bawang besar, bawag putih.
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar. dan masukkan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  4. Masaklah sampai garing dan naik minyak.
  5. Masukkan ikan keli yang telah digoreng dan gaulkan.

Resepi penuh: Keli sambal hijau

Selamat berpuasa dan salam Ramadhan.

Till Next Entry ye!!!

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*