Triple C Cafe Tanjung Malim Bertemakan Butik Cafe

Triple C Cafe Tanjung Malim | Wah cafe baru di Tanjung Malim yang boleh menjadi salah satu cfae pilihan ramai yang inginkan menu berasaskan barat. Mamayanie ni pantang je dapat tahu ada cafe baru dekat Tanjung Malim ini mesti nak cuba. Yelah setiap cafe mempunyai rasa dan konsep yang tersendiri kan, nak lah jugak merasanya.

Triple C Cafe

Triple C Cafe Tanjung Malim Bertemakan Butik Cafe

Menariknya cafe ini kerana ianya berkonsepkan butik cafe, tapi tak banyak sangat lah pilihan untuk butiknya. Tapi nice sambil-sambil menikmati makanan, boleh lah cuci mata dengan barang yang dipamerkan.

Triple C Cafe
Triple C Cafe

Selain itu ianya lebih kepada konsep cafe santai tau. Ada ruang atau sudut buku-buku yang boleh korang baca.

Triple C Cafe Tanjung Malim Bertemakan Butik Cafe

Ianya jugak style modern cafe yang mana korang boleh menikmati makanan dan minuman bersama rakan-rakan secara santai dan sangat selesa tempatnya.

Menu Utama Pilihan di Triple C Cafe

Semestinya kalau ke sesuatu kedai makan atau cafe nak tahu menu nya kan. Ha menu yang disediakan disini lebih kepada western atau barat dengan gabungan menu Asian Fusion jugak. Untuk signature menu bagi nasi disini adalah Japanese Katsu Chicken Rice. Nasi dengan gabungan ayam dan ala kari style Japanese.

Selain itu, terdapat menu seperti Chicken Chop, Fish and Chips, Pasta, Rice, Noodles, Kids Meal Set, Snack dan pelbagai jenis kek dan Mille crepe.

Sajian Utama Pilihan

Kami buat pilihan untuk ambil pelbagai menu dari sajian utama. Macam Ensuami nak Nasi, Mamayanie pulak nak pasta, yang Abangfh semestinya pilihan kanak-kanak hihi Jadi dapat lah kami merasa pelbagai menu yang ada. Pilihan Mamayanie sekeluarga adalah:

  • Thai Sauce Chicken Rice
See also  Kek Coklat Kukus Resepi Yang Mudah dan Senang

Untuk Ensuami membuat pilihan berasaskan nasi, disebakan nak ada rasa pedas perlu ambil menu Thai Sauce Chicken rice. Rasanya pedas dan ada sedikit rasa sos Thai manis, bagi Mamayanie rasa nya sedap tapi untuk yang suka pedas ianya kurang pedas sket.

Harga : RM 12.80

Triple C Cafe
  • Creamy Carbonara Spaghetti with ham + add Chicken Chop

Ini pula pilihan menu untuk Mamayanie, yang berasaskan pasta. Mamayanie pilih Creamy Carbonara Spaghetti dan tambah Chicken Chop. Rasa nya memang berlemak dan sedap. Bagi Mamayanie boleh bagi 5star untuk menu ni dengan tambahan Chicken Chop baru ngam. Tambahan Chicken Chop pun harganya tak mahal, hanya RM5 sahaja.

Harga : RM 13.90 + RM 5.00 = RM 18.90

Triple C Cafe
  • Kids Meal Fried Chicken Rice Set

Ini pula pilihan Abangfh, semestinya kids meal set. Untuk kids mest set ada 2 pilihan iaitu Bolognese Spaghetti with Fries Set dan Mini Fried Chicken Rice Set. Abangfh yang buat pilihan sendiri katanya nak makan ayam goreng, jadi kami ambil Mini Fried Chicken Rice Set. Kuantiti nasi dan ayam pun cukup sesuai dengan kanak-kanak, tidak lah terlalu sedikit dan banyak. Sesuai lah untuk anak-anak makan.

Harga : RM9.90

Sajian Pemanis Mulut (dessert)

Pemanis mulut memang tak tertinggal lah ye hihi Menarik dekat sini disediakan Mille Crepe tau dan ada beberapa pilihan rasa jugak. Kek pun ada jadi korang boleh pilih mana yang korang suka tau. Kali ini kami pilih Manggo Mille Crepe RM 14.00 untuk satu slice.

Rasanya dia memang sedap dan manggo manis serta rasa fresh je. Ini memang sdap dan akan jadi pilihan Mamayanie.

Untuk bayi pulak menu korang boleh berikan susu yang dibawa dari rumah masing-masing ye hahah Ok ini Mamayanie gurau je ye. Dia belum boleh makan makanan yang bukan-bukan, jadi siap-siap lah Mamayanie bawa susu untuk dia tapi disebabkan menu Abangfh ada buah limau yang manis. Ha dapat jugak lah Adikfh rasa kemanisan buah limau.

See also  Style Semudah ABC by Wawa Idris

Menu Minuman Pilihan

Minuman semestinya kalau nama je cafe mesti terkenal dengan coffee dan pilihan yang minuman ala hispter. Kali ini Mamayanie pilih minuman bukan berasaskan coklat tau, biasanya Mamayanie mesti nak minum coklat kan. Tapi kita cuba lah minuman lain sket ye dari berasaskan coklat.

Minuman pilihan kami :

Triple C Cafe
  • Hot Latte RM 8.00
  • Matcha Latte Iced RM 9.00
  • Strawberry Ice Blended RM 8.00
Triple C Cafe

Pilihan Abangfh memang menepati citarasa betul, sedap dan kaw lah rasa starwberry nya. Gabungan dengan cream yang sangat sesuai. Mamayanie pulak pilih Matcha Latte, rasa sedap tapi mungkin bukan kena dengan tekak Mamayanie yang suka manis kan haha. Untuk akan datang nak cuba minuman berasaskan coklat jugak haha

Lokasi Triple C Cafe Tanjung Malim

Kalau korang nak tahu lokasi Triple C Cafe terletak di kawasan Taman Universiti Tanjong Malim. Deretan kedai yang awal-awal jumpa jika masuk ke Tanjung Malim dari sempadan Selangor.

Alamat: 45, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

Triple C Cafe

Waktu Operasi Cafe

Waktu operasi cafe adalah bermula jam 11.90 pagi sehingga 9.30 malam bagi setiap hari kecuali tutup hari Isnin sahaja.

Untuk lebih mudah korang juga boleh buat tempahan terus ke cafe di talian 011-3618 6167.

Triple C Cafe

Kesimpulan

Ini antara salah satu cafe yang boleh Mamayanie syorkan kepada semua. Rasanya makanan dan minuman nya pun sedap dan harga jugak tidak terlalu mahal dan masih berpatutan bagi Mamayanie. Cuma kalau untuk nasi tu ada sup kosong tambahan mungkin lagi bagus untuk pilihan bagi yang suka makan nasi ada kuah dan tidak kering.

Untuk pasta pilihan Mamayanie memang sedap dan creamy rasanya dengan gabungan chicken chop cukup masak dan cukup rasa. Maybe next Mamayanie nak cuba pulak Mee Kari dia nampak sedap je dalam gambar.

See also  Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Sebelum terlupa baru-baru ini Triple C Cafe menerima anugerah premis makanan Bersih, Selamat & Sihat sempena Program Kaunter2U 24 Jun 2023 yang lepas, tahniah.

Baca: Review Cafe di Perak

Untuk maklumat lanjut:

Triple C Cafe Tanjung Malim

Facebook: Triple C Cafe Tanjung Malim

Instagram: Triple.c_cafe

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*