Tips Ajar Anak Bermain Sendiri Diusia Seawal 6bulan Keatas

Ajar Anak Untuk Bermain Sendiri | Baby yang mula melangkah ke usia 6 bulan keatas telah mula belajar untuk bermain. Tapi kebiasaan baby nak kita ada bersama dengan mereka, bila letak mula lah merengek atau menangis. Begitu lah yang dilalui oleh Adikfh sekarang tapi Mamayanie dapatkan tips ajar anak bermain sendiri ini dari perkongsian oleh National Child Development Research Centre (NCDRC) dan ianya membantu dalam proses mengajar anak supaya dapat bermain sendiri.

Bukan kata kita nak biarkan anak itu bermian sendiri setiap masa tanpa pemantauan kita tapi kita perlu ajar supaya mereka dapat mempelajari konsep bermain sendiri jugak. Bermian sendiri juga adalah salah satu keupayaan buat anak-anak dalam meningkatkan kemahiran imaginasi dan kreativiti mereka.

Tips Ajar Anak Bermain Sendiri Diusia Seawal 6bulan Keatas

#1 Tips Ajar Anak Bermain Sendiri Dengan Cipta Ruang Permainan Yang Selamat

Dalam proses untuk anak-anak bermain dengan sendiri, pertama sekali kita sebagai Ibu Bapa perlu pastikan ruang untuk mereka bermain perlu lah selamat dan sesuai untuk anak-anak kecil.

Ibu Bapa juga boleh buat ruang mainan (playarea) yang berpagar, dimana menghadkan kawasan yang bersesuai untuk anak-anak bermain. Selain itu, ianya membantu membina kemahiran dan kebolehan anak-anak dalam independent play.

See also  Wajah Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza

#2 Pastikan Mainan Sesuai Mengikut Peringkat Umur Anak

Dalam pemilihan permainan untuk anak-anak juga sangat penting, pastikan mainan sesuai dengan peringkat umur anak-anak. Setiap permainan juga mempunyai peringkat umur, jadi peranan penting Ibu Bapa untuk memberikan mainan yang betul dan sesuai untuk anak-anak.

Sebagai contoh baby tidak boleh diberi mainan yang keras sehingga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya mereka bermain dengan mainan yang salah. Pemilihan mainan bayi jugak sangat penting.

#3 Turut Serta Dalam Proses Bermain Anak-anak Pada Peringkat Awal

Mulakan dengan menemani anak korang sebelum mereka bermain sendiri. Dimana korang boleh berada bersama anak-anak tanpa perlu turut serta dalam permainan mereka. Biarkan mereka bermain sendirian tetapi sekiranya ada pertanyaan perlu respon secara efektif kepada anak-anak.

Korang boleh turut serta secara diam tanpa turut bermain dengan mereka selama dalam 10-20 minit sebelum korang mengundur siri secara senyap. Biarkan anak-anak fokus dengan permainan mereka terlebih dahulu.

BACA: Doa mustajab depan kaabah

Tips Ajar Anak Bermain

#4 Duduk Dalam Jarak yang Tidak Terlalu Jauh Dari Anak

Langkah seterusnya Ibu Bapa boleh mulakan duduk jauh sedikit dari anak tetapi masih lagi boleh dilihat untuk pemantauan. Dududk dalam jarak yang masih boleh dilihat dan didengari apa yang anak-anak sedang lakukan atau bermain.

Ini sebenarnya untuk membantu anak-anak supaya mereka turut merasakan kehadiran kita secara tidak langsung dalam keadaan selamat sebelum betul-betul kita beri ruang kepada anak-anak bermain sendirian.

#5 Tips Ajar Anak Bermain Sendiri Dengan Letak Jauh Permainan Bernyala dan Berbunyi

Letakkan jauh mainan yang menyala dan permainan muzik supaya ianya tidak menggangu fokus anak-anak. Untuk pemilihan mainan yang tidak menyala dan tidak berbunyi sebenarnya bagus untuk membantu anak-anak menerokai mainan tersebut dan lebih fokus kepadanya.

See also  Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Dimana kita nak anak menerokai sesuatu mainan dengan cara mereka sendiri dan membantu lagi minat mereka kepada sesuatu mainan yang mereka ada.

Jangan Terlalu Mendesak dan Berikan Masa

Dalam proses peralihan kepada anak-anak untuk bermain dengan sendiri, Ibu Bapa perlu memberikan masa dan jangan terlalu mendesak mereka. Jangan biarkan anak menangis sehingga teresak-esak semata untuk mereka bermain sendiri. Ini kerana mereka akan merasakan keadaan yang tidak selamat dan membuatkan mereka trauma.

Jadi jangan marah-marah anak-anak kecil yang baru untuk pelajari bermain dengan sendiri dan hargai masa bersama mereka.

Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 dan 5 tahun Mulai 1 Jun 2023

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*